𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 41

Start from the beginning
                                    

Eima menunduk. Tubuh genitnya hanya tersarung jubah hitam yang turut dipadankan dengan tudung sarung yang senada dengannya. Wajah pun hanya dicalit lipbalm oleh Altaf sebentar tadi. Celah mana cantiknya?

"Abang jangan mula lagi. Jantung Eima masih belum bersedia. Dah lama dia tahan rindu nak jumpa pemilik dia. Abang pula, belum apa-apa dah buat hal." Sambil membebel, sempat Eima menyisipkan jemari runcingnya ke celah jemari kasar milik Altaf. Erat dan kemas.

Altaf sejak semalam lagi. Suka buat jantung Eima bekerja lebih masa!

Tidak mahu mendengar suara si suami, lekas Eima pimpin tubuh sasa itu keluar dari bilik tidur mereka.

Altaf hanya menekur belakang kepala Eima. Senyuman kelat terlakar di bibir. Semoga Eima baik-baik sahaja.






Diam. Hening dan bening suasana ruang tamu itu selepas kepulangan Tuan Fattah— Peguam Encik Zain yang telah dilantik untuk menguruskan hal hartanya itu.

Elyas dan Ebrahem mula berpandangan antara satu sama lain. Sekejap anak mata masing-masing turut melirik ke arah Eima dan Edrees yang duduk bertentangan.

Tiga pasang mata melekat ke arah Eima yang sudah bangun berdiri.

"Eima masuk dulu."

"Duduk, Nur Eima."

Suara keras Edrees yang selamba melontarkan arahan, cukup menggetarkan seluruh tubuh milik Eima. Liur diteguk berulang kali sementelah sisi jubahnya digenggam erat.

"Hal kita masih belum selesai." Tajam anak mata Edrees melorot belakang tubuh Eima yang menggelentar kecil itu.

"Hal apa?" Meskipun gugup, tetap Eima menyoal. Dia lebih pada tahu tentang hal yang disebut oleh si abang, tetapi Eima tidak mahu buruk sangka. Dia yakin, Edrees tidak sekejam yang dia fikirkan.

"Hal kita." Tekan Edrees. Perlahan tetapi cukup untuk pendengaran tiga beradik itu.

Altaf yang berada di anjung rumah mula melangkah masuk ke dalam rumah, tetapi pergelangan tangannya dilelar oleh seseorang. Pusing tubuh, wajah si sahabat menghiasi retina mata.

"Bagi mereka adik-beradik masa. Banyak benda yang dorang perlu bincangkan. Kau pun dengar tadi, kan?" Zaril mencelah.

"Aku tak sedap hati." Altaf rentap perlahan pegangan itu.

Dia dengar. Lebih pada dengar. Dan sejujurnya Altaf juga terkejut dengan cara pembahagian harta itu. Sesuai dengan hukum faraid, masing-masing tiga beradik itu telah mendapat bahagian yang telah ditetapkan. Tetapi ada satu hal yang mengejutkannya. Hibah.

Hibah yang bernilai hampir satu juta Encik Zain telah berikan kepada satu-satu anak perempuannya, Eima.

Altaf sendiri melihat wajah tiga beradik itu bila Tuan Fattah menyebutkan hal berkaitan tadi. Terkejut, terbungkam dan tergamam. Hanya isterinya yang memaparkan wajah tidak beriak. Bagai tidak berminat langsung.

"Macam mana ayah boleh hibahkan kepada kau tanah itu?" Suara Edrees celah gigi. Tajam bak belati anak mata helangnya memandang belakang tubuh Eima.

Eima kerdip kelopak mata laju. Bibir bawahnya diketap. Sejujurnya inilah ketakutan  Eima. Eima tahu perihal tanah yang bernilai sebanyak ini. Eima cuma terkejut ayah hibahkan untuknya. Bukankah ayah mahu wakafkan tanah itu?

Kenapa ayah ubah fikiran?

"Jawab aku Eima." Suaranya masih tertahan. Edrees cuba untuk tidak memberontak.

"Eima rasa ay—"

"Kalau kau nak aku naik angin, kau mengelak." Cabar Edrees. Dia cukup kenal adiknya ini.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now