Fredella leka menanggalkan makeup. Figura dirinya yang di cermin ditatap penuh fokus. Kasar pergerakan tangannya ketika membersihkan muka menggunakan cleansing tissue.

Ketika dia hampir selesai membuang solekan, sistem pendengarannya disapa dengan bunyi seseorang yang cuba membuka pintu. Sah sah itu suaminya. Fredella merengus kasar. Tajam jelingannya melihat pintu bilik melalui cermin.

Sesaat kemudian pintu tersebut berjaya dibuka oleh Qayyum. Ya, Fredella masih di posisi yang sama. Dia hanya curi-curi pandang melalui cermin sahaja.

Fredella sedar yang Qayyum semakin dengan dengannya. Jejaka itu menapak perlahan-lahan tanpa bersuara.

"You want some coffee?"

Soalan mengejut dari suaminya. Sebab Fredella tahu Qayyum tak suka dia minum coffee. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut namun dia respon melalui gelengan kepala. Fredella masih lagi membelakangi suaminya.

"Aglio olio, maybe?"

Ya Allah... menguji nafsu dan kesabaran betul soalan-soalan yang ditanya. Aglio olio tu favourite dia kut! Tak boleh! Tarik nafas dalam-dalam, Khalisa Fredella. You have to reject it. Bisik wanita itu di dalam hati.

"Ke... awak nak saya, sayang?" Kali ini, suara yang digunakan Qayyum hampir mencairkan ais beku di dalam diri Fredella. Jejaka itu sudahpun berada di belakang kerusi yang diduduk oleh si isteri.

"Stop questioning me. Saya taknak apa-apa. Termasuk awak." Selesai menutur ayat itu, terus Fredella bangun menjauhi suaminya. Dia bangun tanpa alihkan pandangan langsung.

Ruang wardrobe dituju. Dalam otaknya sekarang hanya mahu membersihkan badan.

"Saya takkan tanya apa-apa melainkan awak bagi saya masa untuk bercakap." Anak mata Qayyum mengekori langkah Fredella. Ayatnya terselit dengan nada tegas.

Seperti yang Qayyum agak, Fredella terus berhenti dari cuba mengelak. Wanita itu menghentikan langkah. Tubuh kembali dipaling menghadap suami. Wajah Fredella beku tanpa reaksi mahupun senyuman.

"Awak nak cakap apa? Semua awak dah bagitahu, kan?" Fredella merapat ke Qayyum. Berombak dadanya ketika hendak menyambung ayat seterusnya.

"Pertama, sebelum kahwin awak curi fon saya. Kedua, awak hack dan trace apa saja aktiviti saya. Ketiga, awak sanggup simpan fon tu sampai sekarang tanpa jujur dengan saya..."

"Keempat? Kelima? Ada lagi, sayang?" Qayyum menyengetkan kepala. Keningnya turut terangkat sama. Ya, dia minta untuk Fredella senaraikan sampai habis.

Fredella terdiam seketika. Tetapi itu bukan bermaksud dia berhenti dari marah. Pandangan mata mereka berlaga.

"Awak cakap saya dah bagitahu semuanya? Belum. Ada benda lagi yang belum saya bagitahu." Sambung jejaka itu sebelum bergerak setapak ke hadapan.

"Apa dia?" Desak Fredella. Apa pulak lepasni yang belum dia tahu? Qayyum ada buat benda bukan-bukan ke?

"Saya hack sebab saya nak dapatkan info diri Uqael. Saya nak tahu, apa latar belakang dia. Memandangkan waktu tu awak dah bertunang dengan dia, jadi mestilah serba sedikit Uqael ada ceritakan dekat awak tentang privasi diri dia. Uqael dengan awak berkawan sejak sambung belajar dekat Itali lagi kan? Jadi dah tentu... dalam fon awak ada banyak maklumat yang saya cari selamani." Setapak lagi Qayyum mara ke hadapan. Panjang lebar dia menjelaskan. Iris hazel isterinya direnung lama.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGМесто, где живут истории. Откройте их для себя