𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 40

Mulai dari awal
                                    

Sekali lagi Eima bagai dipukul. Kuat kata-kata lelaki itu menghentam dirinya.

"Abang. Bukan itu niat Eima. Eima cuma tak nak susahkan abang. Sejak Eima hadir dalam hidup abang, Eima dah kongsi banyak beban. Eima tak nak susahkan abang lagi..." Beritahunya berselang dengan tangisan.

Jika tadi air mata yang tumpah kerana pemergian ayah, sekarang tangisannya asbab daripada perbuatannya sendiri. Tidak pernah Altaf sebegini keras dengannya. Ini kali pertama. Cukup membuktikan perasaan kesal lelaki itu terhadapnya.

Altaf hembus nafas perlahan. Lebih-lebih lagi selepas menyapa tangisan si isteri. Sedar dengan dirinya yang agak berkasar dengan Eima.

"Pernah ke abang beritahu Eima yang Eima dah susahkan abang?" Suara Altaf beralih sayu. Lembut, tidak seperti tadi.

Eima geleng pantas menjawab pertanyaan si suami.

"Eima rasa layanan abang terhadap Eima masih banyak kurang? Atau kasih yang abang dah curahkan pada Eima selama ini dah susahkan Eima? Am I a burden to you?"

Bila diasak sebegitu, makin memuncak tangisan Eima. Air mata yang jatuh, serupa air terjun yang mengalir deras. Tiada tanda mahu berhenti.

"Tak, abang. Tak... Tak pernah sekalipun Eima anggap abang macam tu."

Ya Tuhan, apa yang Eima dah buat ini? Khilaf apalagi yang Eima dah lakukan?

Eima capai tangan Altaf diriba lelaki itu. Dipegang lembut, diangkat dan dibawa ke wajah. Jemari lelaki itu Eima kucup.

Altaf hanya diam membiarkan. Waima hati, sudah berteriak pilu. Bagai terpanggil-panggil untuk menyeka dan mendakap si isteri yang begitu rapuh di hadapannya, tapi niat Altaf sekadar untuk menyedarkan Eima. Altaf tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Eima bahagia dengan abang. Eima dah pernah cakap pada abang yang kebahagiaan Eima sebelum ini tak setanding dengan bahagia yang Eima dapat setiap kali Eima dengan abang." Sangkal Eima sungguh-sungguh.

"You are the best thing that has happened to me, abang..."

Dan sedikitpun Eima tidak menipu. Aksara yang diungkapnya itu, bukan sekadar untuk menyejukkan hati si suami. Eima memang benar-benar maksudkannya. Bahagia Altaf adalah bahagia Eima. Tiada rasa yang lebih indah berbanding kasih yang telah Altaf curahkan padanya.

Altaf ketap bibir merasakan air mata Eima yang jatuh terkena tangannya. Tidak tertahan, tubuh si isteri direngkuh lembut dan dibawa ke dalam pelukan. Belakang kepala Eima yang beralas telekung, Altaf tolak sehingga wajah itu tersembam ke dada bidangnya.

"Don't cry, sayang. Abang minta maaf." Ubun-ubun Eima dikucup bertalu-talu. Sakitnya melihat Eima sebegini. Teganya hati Altaf menambah luka pada parut insan yang amat dicintainya ini. Altaf memang melampau!

"Abang..." Eima merongoi disebalik tubuh itu. Makin bertinggung rasa perit menerima kalimat maaf daripada Altaf.

"Abang dah biasa disisihkan. Sejak kecil, abang memang dah selalu diabaikan. I've never become someone's priority." Altaf ketawa sejenak. Sinis dan penuh kepura-puraan.

Eima yang makin galak mengeluarkan air mata, dia pandang teduh. Wajah cantik yang lencun dengan air mata itu, dia seka lembut.

"Tapi bila abang tahu Eima diamkan hal sepenting ini daripada pengetahuan abang, abang rasa sakit. Abang kecewa sangat. Abang tak okey. It pains me, sayang..." Rendah suara maskulin itu kedengaran.

Altaf tahu kata-kata dia mungkin lebih buat Eima rasa serba salah dengannya, tetapi Altaf tetap memilih kejujuran.

Altaf benar-benar sedih. Sehingga dia terpaut dengan hasutan syaitan. Macam-macam andaian dia buat terhadap Eima tika itu. Berkali-kali bait istighfar meniti di bibir.

ALTAF'S SAVIOURTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang