𝓜𝓲𝓭𝓷𝓲𝓰𝓱𝓽 𝓡𝓪𝓲𝓷 | 15

7.4K 525 13
                                    

"TOKDY, tokmi. Niall nak pergi jalan-jalan boleh?"Daniall meminta izin dengan Tuan Davin dan Puan Sri Nerizza.

"Boleh tapi jangan jauh-jauh, okay? Nanti mama marah."Tuan Davin mengusap kepala cucunya itu sambil tersenyum.

"Okay tokdy."Daniall pun mula berjalan di dalam galeri ibunya itu.

Tuan Davin dan Puan Sri Nerizza memerhati sahaja cucu mereka, sukar untuk mereka percaya yang mereka mempunyai cucu lelaki.

"Cepat betul Niall membesar, rasa macam semalam je dia lahir."kata Puan Sri Nerizza mendapat anggukan dari Tuan Davin.

"Muka dia sebiji macam Hawa."

Walaupun status cucu mereka itu agak sulit tapi mereka tetap menyayangi Daniall seikhlas hati kerana budak itu tidak bersalah dan apa yang terjadi merupakan sesuatu yang sudah tertulis. Jadi, mereka menerima dengan hati yang terbuka dan akan terus mencurahkan kasih sayang pada Daniall Zander.

Daniall berlari anak di sekitar kawasan potret, boleh dikatakan ini tempat dia bermain kalau dia ikut mama dia ke galeri sebab dia suka tengok Hawa melukis dan menghasilkan seni.

Sedang dia berlari anak, entah bagaimana dia boleh pula tersadung hingga dia hampir jatuh tertumus ke hadapan tapi rasa pelik mula menyapa Daniall bila dia perasan yang dia masih belum meniarap di atas lantai.

Daniall membuka matanya kemudian dia lihat ada dua tangan yang menahan sisi badannya, kepala didongak dan ada satu wajah yang sedang memandang ke arah dia sambil berteleku.

"Be careful, boy."kata lelaki itu sambil membetulkan posisi Daniall.

Daniall sengih sambil angguk kepala.

"Thank you, uncle tolong Niall tadi."ucap Daniall. Mama pesan kalau orang dah tolong, sila ucap terima kasih.

"You're welcome, nama siapa ni? Kenapa kat sini sorang-sorang?"soal lelaki itu sambil merapikan tuxedo Danial, sempat juga kepala budak itu dia usap.

"Oh, nama saya Daniall Zander. Boleh panggil Niall and Niall saja jalan-jalan kat sini sementara tunggu mama habis jumpa orang-orang."

Lelaki itu angguk kepala, terhibur juga dia dengan budak kecil ni. Badan kecil tapi mulut petah bercakap, ni kalau adjust sikit confirm mulut budak ni boleh jadi mulut puaka.

"Nama uncle siapa?"giliran Daniall pula bertanya.

"Nama uncle Jebat Mikael."Jebat memperkenalkan diri pada Daniall.

"Oh...uncle Jebat. Macam pahlawan Melaka tu ke? Yang jadi kawan Hang Tuah? Hiyaa!"siap buka langkah silat lagi Daniall.

Jebat ketawa kecil, boleh tahan kelakar juga budak ni. Tengok perangai dan wajah budak ni tiba-tiba mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang pernah menjadi sebahagian dalam hidup dia dahulu.

"Takdelah macam pahlawan Melaka tu."Daniall angguk kepala sambil mulut membuat 'o' faham.

"Ni sorang-sorang, tadi kata mama jumpa orang kan? Mana mama Niall?"

"Entah, kejap lagi dia datang kot. Biasa dia tahu kalau nak cari Niall sebab ni macam playground Niall."

"Kalau macam tu, nak uncle teman tak?"

"Takpe, takpe. I can take care of myself, no worry."penuh yakin Daniall berkata sampai dia tak perasan tali kasut dia terbuka dan dia hampir terjatuh sekali lagi.

"Can take care sangat, ni kalau uncle takde memang dua kali Niall jatuh agaknya."sengaja Jebat sindir Daniall.

Daniall sengih tak bersalah, jangan salahkan saya sebab jatuh. Salahkan tali kasut, siapa suruh dia tak ikat? Kalau tidak mesti Niall tak jatuh.

"Uncle teman Niall sampai mama Niall datang, okay?"

"Okay!"Daniall setuju, yeay ada orang teman. Tidaklah aku berasa sunyi kalau berjalan sorang-sorang dalam ruangan galeri ni.

Jebat geleng kepala, dia hulur tangannya kemudian Daniall sambut dan mereka pun mula berjalan di ruangan potret itu. Sepanjang mereka berjalan di situ, mulut Daniall tidak berhenti berbual dan Jebat hanya layankan sahaja kerana dia rasa senang dengan budak ini.

Selepas hampir 20 minit, Jebat membawa Daniall untuk duduk di satu bangku bila budak itu kata dia sudah penat berjalan.

"Nak air tak?"soal Jebat.

"Taknak, nak duduk. Dah lama Niall tak exercise jalan lama-lama."seloroh Daniall sambil bersandar santai, macam penat sangat padahal mereka berjalan sahaja bukannya berlari balapan dalam galeri itu.

Sedang Jebat duduk di sebelah Daniall, melayan karenah si budak itu. Dia tiba-tiba menerima panggilan telefon dari seseorang.

"Hello?"

"Tuan, kita dah dapat orang yang buat masalah dengan kita."kata satu suara garau dalam panggilan tersebut.

"Bagus, bawa dia pergi tempat biasa. Tahulah aku macam mana nak ajar tak guna tu."arah Jebat mendatar.

"Baik, tuan."panggilan terus dimatikan.

Jebat menoleh kemudian dia lihat Daniall sudah tertidur di ribanya, patutlah dia rasa riba kanan dia macam berat semacam. Perlahan-lahan dia bangun kemudian dia meletakkan kepala Daniall di atas bangku, kot yang dia pakai itu dia tanggalkan kemudian dilipat sebelum dia jadikan kot itu sebagai bantal untuk Daniall tidur.

"Sorry, Niall. Uncle kena pergi, tak dapat teman Niall sampai mama Niall datang."dahi budak itu dikucup sebelum dia bangun meninggalkan Daniall yang lena di atas bangku itu.

Selang beberapa minit, Hawa muncul dengan wajah risau bersama Tuan Davin dan Puan Sri Nerizza. Dia melihat anak lelakinya yang lena di atas bangku, dia tarik nafas lega melihat anak dia di situ. Takut betul dia bila anak lelakinya tiada bersama ibu bapanya tadi.

"Kan daddy dah cakap, mesti Niall datang sini. Inikan favorite place dia."kata Tuan Davin sambil memegang tangan Puan Sri Nerizza.

Hawa angguk kepala, memang ruangan potret ini menjadi tempat kegemaran Daniall untuk bermain walaupun ada yang lebih menarik dari ruangan ini namun ia tetap pilihan Daniall.

Dia mendekati anak lelakinya itu kemudian dia kerut dahi bila lihat Daniall tidur beralaskan kot seseorang, ada orang yang bersama dengan anak dia ke tadi?

Perlahan-lahan Hawa menggosok lengan Daniall.

"Niall...bangun sayang, kita balik sleep kat rumah jom."lembut sahaja Hawa mengejut Daniall.

Selang beberapa saat, Daniall terpisat-pisat bangun dari lenanya. Terkedip-kedip matanya sambil dibantu untuk duduk oleh mama dia.

"Eh mama? Dah habis ke jumpa orang-orang?"soal Daniall dengan nada mengantuk.

Hawa senyum sambil usap kepala Daniall.

"Dah, jom balik."Daniall angguk kepala kemudian dia toleh lihat sekeliling.

"Niall cari apa, sayang?"soal Puan Sri Nerizza pada cucunya bila kepala budak itu menoleh tengok ruangan potret tersebut.

"Mana uncle Jebat?"tersentak Hawa, Tuan Davin dan Puan Sri Nerizza bila dengar soalan itu.

"Apa, Niall? Ulang balik?"

"Uncle Jebat mana? Tadi dia teman Niall kat sini sementara tunggu mama."kemudian Niall pandang kot yang dilipat tadi.

"Ini kot uncle Jebat."Daniall angkat kot itu.

Hawa terkedu, Jebat? Adakah itu nama orang yang dia kenal?

"Boleh mama tahu siapa yang teman Niall?"pinta Hawa lembut ingin kepastian.

"Oh boleh, nama uncle tadi uncle Jebat Mikael."

MIDNIGHT RAIN: JEBATWhere stories live. Discover now