Bab 20: MAYA!

22 0 0
                                    

"Master, bad news! The Flip... raided just fifteen minutes ago... aku ke sana sekarang."

"Damn!" Jeritan lelaki itu disambut hentakan kuat ke meja kopi di hadapannya. Tak sempat ambil nafas, dia menjerkah di talian. "Where's Bull?"

"Dissapeared. Aku tak dapat contact dia lagi. Tadi aku cakap dengan orang kita. Perempuan tu ada di Bukit Aman baru-baru ni..."

Alvin terlonjak berdiri. Amarahnya melahar. "Get the damn file, Ravi! Aku nak semua maklumat yang mereka dapat dari perempuan tu. I don't care what it takes. Burn them down if you must! You get me?"

"Sure, Master. Soon!"

Talian diputuskan. Telefon bimbit tipis yang tadi melekap di telinga Alvin dibaling ke sofa yang kosong di hadapannya.

"Get out! Get the hell out!" jerkah Alvin kepada semua yang ada di bilik itu. Mencicit dua orang gadis yang tadi melayaninya. Pirate dan Tiger juga melangkah laju keluar dari bilik itu. Hanya Bintang saja yang masih tega berdiri. Jarang Alvin mengamuk. Selalunya walau marah melahar, dia akan ketawa berdekah-dekah mempamerkan egonya. Hari ini, jelas ego lelaki itu terguris parah.

"Bintang, kerahkan semua orang-orang kita cari perempuan tu malam ni juga. Ravi uruskan Bukit Aman. Kita hanya ada masa satu minggu saja lagi nak gerak ke Sabah. Dapatkan perempuan tu, hidup atau mati! Malam minggu nanti, bawa semua ke pelabuhan. Kali ni, kalau gagal... mereka tahu akibatnya! Contact Bull, suruh dia datang. NOW!" Pandangan mata Alvin menghunjam ganas ke muka satu-satunya orang yang dia percaya – Bintang. Lelaki berdarah campuran India dan Cina itu adalah bekas komando dan penembak tepat yang sudah lama berkhidmat dengannya.

Urat merih Alvin yang jelas tegang membuatkan Bintang telan liur. Kalau Alvin turun padang, mungkin ada nyawa yang akan terkorban. Tanpa banyak soal, dia anggukkan kepala dan melangkah laju keluar dari situ.

Alvin merengus kasar. Mujur Bull sempat selamatkan diri. Hanya Bull yang berhubung terus dengannya. Yang lain tak kenal dia. Itu paling penting. Biar macammanapun disoal siasat pihak berkuasa, mereka tak tahu tentang kewujudannya.

Minggu depan, salah seorang ketua gangster di perairan Sabah akan menunggu ketibaan mereka seperti yang sudah dijanjikan. Kapal pesiar yang baru dibelinya akan beroperasi untuk kali pertama ke sana. Deng, anak jati Sabah dari etnik bajau yang menguasai pelacuran laut di sana akan bekerjasama dengannya.

Alvin akan membawa pulang wanita-wanita dari Filippina dan Thailand sementara Deng akan menerima wajah-wajah baru yang dibawanya. Selera para pelanggan mereka harus dijaga. Ada yang mahukan wanita tempatan tapi ramai juga yang mahukan wanita luar. Yang penting, perniagaan mereka mesti terus berkembang. Kalau di darat mereka terkepung, di laut pula akan mereka terokai.

Tapi bagaimana mereka akan jadi rakan niaga kalau keadaannya tergugat begini? Alvin mencengkam kepalanya yang sakit. Kerugian demi kerugian melanda. Yang paling dahsyat, dia kini bagaikan pelarian. Pihak berkuasa sedang menjejakinya. Malah keluarganya sendiri sudah didatangi pihak polis dan waran tangkap untuknya sudah dikeluarkan.

Gila! Ini semua gila! Dia sedang membina empayar. Satu demi satu bandar besar di kawasan tengah negara ini mahu dikuasainya. Selama ini, dia terlalu licik untuk dihidu pihak berkuasa. Ahh... kebanyakan dari mereka sudah berada di bawah telunjuknya. Namun masih ramai lagi yang bodoh mahu mempertahankan negara yang sudah hampir tersungkur di kaki-kaki raja kongsi gelap sepertinya.

Mana mungkin semua yang dia bina hancur hanya kerana seorang perempuan! PEREMPUAN!

MAYA!

Maya bukan sebarang perempuan. Dia tahu betapa perempuan itu kecewa ditinggalkan Remy. Tapi tak seperti perempuan lain, dia tidak meratap kerana lelaki. Maya... seperti menemui dirinya semula selepas sedar yang Remy mem-pergunakannya. Kemahuan Maya untuk bebas dari perangkap Remy selalu ada dalam senyum dan lirikan mata cantiknya.

PERSIS AKAR DANIWhere stories live. Discover now