10 : maggi talk

Zacznij od początku
                                    

Lia muncul depan aku dengan segelas air. Dia ambil satu paket dari tangan aku. Aku simpan balik selebihnya ke tempat asal.

Aku pandang Lia yang tengah menambah air panas ke dalam mangkuk dari water dispenser. Selepas tu, dia buka paket maggi, dan merendamnya dalam air panas. Kemudian ditutup dengan pinggan.

Aku tak perasan apa yang dia buat selepas tu sebab aku kembali merenung baju aku di tubuhnya. Asalnya hanya baju t-shirt putih biasa untuk aku, dan bila aku tengok dia pakai...

Bibir aku tiba-tiba tersengih.

Mata aku naik merenung tengkuknya yang tergantung rantai emas. Leher baju yang besar menyebabkan tali bra di bahunya kelihatan.

Pandangan aku turun ke lengan baju yang menutup sikunya. Gelang emas di tangan kanan. Jemari runcing dan kukunya yang panjang.

Jatuh lagi ke arah hujung bajunya yang sampai ke lutut. Lia pakai stoking putih. Kaki kiri dia juga tersarung gelang emas.

"I bet you love accessories." Aku mengisi suasana sunyi. Lia yang tengah tambah serbuk kari, jeling aku seketika.

"Puas scan aku?" Balasnya. Aku terdiam. Lia angkat mangkuk, menuju ke kitchen island. Bangku tinggi dipanjat sebelum melabuhkan duduk.

"I'm sorry. I was just looking at you."

Aku turut menarik bangku berhadapan dengannya kemudian duduk. Dagu aku ditongkat dan aku kembali, merenung dia. Aku tak tahu mungkin, aku takkan pernah bosan menatap Lia.

"Always with that red scarf, I see." Sengaja aku mulakan perbualan. Lia menyuap suapan pertama, sambil menganggukkan kepala. Aku senyum, suka sebab kali ni dia tak palau aku.

"Mama jahit." Ujarnya tanpa memandang aku.

"Faham." Aku membalas. Memang dua perkataan yang diucapkannya tu, penuh makna.

"What's the plan?" Lia tiba-tiba bertanya seraya mengalih matanya pada aku.

"Err..." Aku lembab seketika. Plan? Plan apa ni? Tak lama aku blur sebelum ternampak tali bra di bahu Lia tu jatuh ke sisi.

Gulp.

Benda macam tu tak perlu ditegur pun kan?

"Your..." Belum sempat aku habiskan ayat, aku terlebih dahulu menampar mulut sendiri. Apa benda kepala otak aku fikir lagikan merepek ini?

"Apa?" Lia pandang aku, hairan. Aku perasan sekelip mata saja dia tarik balik tali tu ke bahu macam biasa dan sambung suapan seterusnya.

"Uh... It's just... The plan? What plan?" Aku tanya dia semula.

"Are we just gonna stay in your house? Until when? How about the police? Did you think about any of it?" Lia menjelaskan kepada aku.

"Wait, what? See I'm not a superior in this, okay? It was... It was you, wasn't it? I'm like, a first time criminal."

"And you want to say that I'm not a first time criminal?" Lia menyindir aku. Sesudu penuh masuk ke dalam mulut.

Aku mengeluh berat. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Telefon aku dicapai dan aku buka mesej Ibu.

Sayang.

Duduk rumah ya?

Nanti ibu cakap dekat polis elok-elok.

"Damn..." Aku letak semula telefon. Aku genggam buku lima dan dibawa ke muka. Otot lengan aku mengeras.

"Kenapa?" Suara Lia menembus gegendang telinga.

"My mum... I guess she's giving a help."

"Wow. That's great," balas Lia.

"Great? How is that suppose to be great?" Aku memandang wajahnya. Lia hanya diam, makan.

Snow Witch and The Bitch.Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz