Teaser - Can you stop it?

178 11 0
                                    

ASHMAL hidangkan makanan ke atas meja. Cerunan mata Nash sengaja dia buat tak nampak.

“Done, jom makan.” Ceria dia mempelawa isterinya itu.

“Apa yang kau rahsiakan dari aku ni? Memang betul kan Cassandra ex kau?” Nash menyoal lagi. Dia tak puas hati apabila Ashmal tak mahu menjawab soalannya.
Ashmal hela nafas seraya melabuh duduk.

“So kenapa kalau dia ex I sekali pun? Dia bukannya siapa-siapa pun dalam hidup I.” Balas Ashmal menatap wajah Nash kurang senang. Dia tak mahu hal Cassandra menjadi perbalahan mereka. Nash tak tahu apa-apa dan dia tidak berhajat mahu memberitahu apa-apa pada isterinya itu.

“Kau nak kita mencuba tapi kau berahsia dari aku? Macam mana kau nak aku terima kau?” Nash nyatakan rasa tidak puas hatinya pada Ashmal. Bukan dia yang beria-ia sebelum ini. Ashmal yang menabur kata-kata manis pada dia. Janji lelaki memang tak boleh dipakai. Nak mencuba konon. Nak move on. Kalau betul nak move on, sekurang-kurangnya Ashmal berkongsi cerita dengannya, bukannya kunci mulut dan berahsia.

“Can you stop it? Hal I mahupun Cassandra tak ada kaitan dengan you. Fine, kalau you tak mahu terima I. Up to you!” Ashmal bangkit membentak. Kehadiran Cassandra yang tiba-tiba betul-betul merungsingkan kepalanya dan Nash sengaja mahu menduganya.
Kot nya dicapai dari atas kerusi. Langsung dia berlalu pergi.

“Ashmal!” Panggil Nash kuat tapi langsung lelaki itu tidak pedulikannya. Yang dia dengar cuma bunyi dentuman pintu ditutup oleh suaminya itu.

Tanpa sedar iris matanya panas sendiri. Kenapa? Kenapa dadanya terasa sendat dan sakit sekarang ni? Nash sentuh dadanya. Kemudian, dia terasa ada cecair jernih jatuh ke permukaan meja.

Nash kerdipkan mata tapi semakin laju air mata yang mengalir ke pipi. Buat pertama kalinya dia rasa takut. Takut jika Ashmal pergi dari hidupnya.  Dia tak tahu jika dia mampu kehilangan lelaki itu, hati yang dulunya cuba ditutup rapat kini sedikit demi sedikit terbuka buat Ashmal. Cinta yang dulunya ingin dilenyapkan, kini kian mekar berbunga semula.

TAK MASUK PBAKL
Cetakk ikut permintaan.

Linkkk di komen

#hakmilikterpeliharamrromantis #kombohottest

#hakmilikterpeliharamrromantis #kombohottest

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)Where stories live. Discover now