PROLOG

496 51 5
                                    

HARI INI hari jadinya yang ke 21. Tengku Nashatul Aliya mengenakan blaus ropol-ropol dengan jeans ketat buat pertama kali dalam sejarah hidupnya. Selalunya gayanya bukan begini. Baju T longgar atau hoodie hitam serta seluar kargo besarnya menjadi pilihan. Tetapi kerana hati berentak luar biasa buat seorang sang pria yang dia kagumi dalam diam, dia tukar gayanya. Dia kenakan solekan di wajah. Ah, dada Nash terasa mahu meletup.

Dia rasa sudah terlalu lama dia menyimpan perasaan ini. Setiap kali dia bertemu dengan si jejaka, terasa ada rama-rama menyerbu dalam perut. Kata orang, itu simbolik kita jatuh cinta. Ya, dia telah lama jatuh cinta tapi lidahnya sentiasa kelu untuk menyatakan rasa.

Hari ini harinya. Hari untuk dia memberanikan diri memecah tembok malunya.

Nash mengatur langkah dengan penuh sopan. Yalah sopan, kan dia sudah berjanji mahu tawan hati lelaki itu. Hello! Nashatul Aliya boleh jadi sopan juga okey. Walaupun hakikatnya ini bukan dirinya. Pakai skirt pun dia tak pernah! Ya Allah... apa benda aku buat ni? Nash mula meragui keputusannya.

Hinggalah langkahnya semakin dekat dengan gerangan pemilik hati dalam diamnya itu.

"You, you kan rapat dengan Nash. She's cute. You tak pernah ke rasa nak try dia?"

"Nash? Nashatul Aliya? You gila ke? Mustahillah dia taste I. Kalau dia jadi bini I, silap-silap hari bulan mati I kena wrestling. Taste I yang lemah lembut macam you."

"Yelah tu, you tak nampak ke hari ni dia pakai blaus sempena hari jadi dia? Pertama kali tau dia pakai macam tu. Cantik gila! Takkan you tak suka."

"Really? I tak jumpa dia lagi."

Langkah Nash termati. Tawa yang sedang bersahutan itu seolah mengejeknya. Tangan tergenggam erat. Dada Nash terasa seperti di tikam belati. Sakit sangat.

Beginikah pandangan lelaki itu padanya? Untuk dijadikan bahan ejekan? Dia pusing badan semula dan atur langkahnya semula dengan pantas. Harapannya musnah di hempas ke lantai.

Berhenti, dia tunduk menanggalkan kasut tumit tinggi yang menjadikan langkahnya sumbang dan compang. Untuk apa? Untuk apa dia buat semua ini?

Tanpa sedar air mata jatuh ke pipi. Bukan dia mahu jadi kasar begini. Tapi ini dirinya yang sebenar. Dia tak boleh ubah semua ini. Dia tak tahu caranya. Membesar dengan seorang abang yang menjadi model hidupnya. Dia terbiasa dengan gaya yang sama.

"Nasha? You nak ke mana tu? I nak bagi you hadiah ni."

Nash cepat-cepat mengesat air matanya. Pusing ke belakang, si jejaka yang mengutuknya tadi sudah berada di depan mata.

"Aku nak balik." Balasnya mendatar.

"Lah, birthday girl nak balik dah?"

'Kau tak datang sebab aku pun, kau datang sebab perempuan-perempuan tu.'

Nash menggerutu dalam hati.

Kononnya dia menjemput semua kawan-kawan untuk bergembira bersama-sama. Tapi sudahnya hatinya sendiri yang terluka. Sungguh dia menyesal.

Si jejaka sempat lagi menarik senyuman manisnya tanpa sedar dia telah melukakan hati si gadis tomboy ini.

"Aku penat."

"Sorry tau, I terlambat. By the way, you look cute today and this is for you. Limited edition tau! Kil kata you pengumpul barang limited edition. So, this is special for you." Pemuda itu letak topi dari kelab bola keranjang kegemarannya ke atas kepalanya. Tak silap ini topi ulang tahun kelab itu.

Nash tunduk menahan air mata dari jatuh semula. Pemuda itu tidak pernah menganggap dia sebagai seorang gadis yang punya perasaan. Baginya, Nash mungkin cuma adik kepada kawan baiknya yang kini nun jauh belajar di luar negara. Yang terpaksa di layannya apabila abangnya itu tidak ada.

"Thanks, aku balik dulu." Nash tinggalkan majlisnya sendiri. Pandai-pandailah pengurus majlis uruskan semua nanti. Dia tak mahu berada di sini lagi.

NASH tunggang motosikal berkuasa besarnya menuju ke arah kondominium yang baru saja nenda hadiahkan dan serahkan kunci buatnya pagi tadi. Lemah Nash mengatur langkah ke pintu lif dengan bir di tangan. Hah, dia dah 21 tahun kan? Dia sudah dapat kunci kebebasan. Dia boleh buat apa yang dia suka bila tinggal sendirian. Kan nenda suruh dia berdikari. Ya, dia berdikari sekarang.

Nash teguk lagi bir itu hingga mukanya kemerahan. Dia tak peduli walaupun ada sepasang mata sedang merenungnya atau mungkin berpasang-pasang mata.

"Hey kau! Kau tahu tak aku dah bebas sekarang!" Jerit Nash tergelak-gelak. Entah pada siapa dia teriakkan.

"Aku pun hebat jugaklah! Dia ingat dia playboy, aku hairan? Sikit pun taklah! Aku boleh jadi lagi hebat dari dia." Mulai hari ini, dia takkan ubah dirinya lagi untuk sesiapapun! kau rasa kau hebat kan? Aku akan tunjuk aku lebih hebat dari kau! Nash menyimpan dendam sendiri.

ITU KISAH beberapa tahun yang lalu. Tapi hari ini kehebatan yang Tengku Nashatul Aliya junjung jatuh di kaki nenda.

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni, Nashatul? Kamu tu perempuan. Tahu tak, perempuan!" Nenda tekan perkataan perempuan itu. Sejak Nash hidup sendiri. Entah berapa kali Nash muncul depan matanya. Kalau dia panggil balik, Nash takkan balik. Nash rela terperap dalam kondonya itu.

Nash korek tahi telinga yang hampir mencair dengan hujung jari kelingkingnya. Boleh cair tahi telinga asyik kena bebel dari tadi.

Kalau dia tahu nenda bohong dia yang kononnya orang tua itu jatuh sakit. Dia tak balik rumah nenda hari ini. Pandai betul nenda berlakon. Nenda patut gantikan Wan Maimunah. Letak pula kain tuala good morning atas bahu. Fuh! Pasti lagi menjadi lakonan nenda. Tapi nenda kesayangannya ini versi tegas dan garang.

"Nashatul Aliya! Nenda cakap dengan kamu ni!" Puk! Kepalanya di cepuk nenda. Haa, kan dah kat tadi. Garang sungguh! Orang tua nilah, main cepuk-cepuk pula! Nash nak marah tapi tengok muka bengis nenda. Tak berani dia nak melawan.

"Ye, ye. Kita dengarlah nenda... Bila pula kita kata kita ni jantan. Kita tahulah kita ni perempuan. Kita main-main jelah dengan dia orang tu. Bukan serius pun." Nash menjawab juga. Biasalah tu, adalah mulut-mulut orang bercerita yang dia geng pelangi. Eh, zaman dah modenlah. Takkan benda macam tu pun tak dapat terima di dunia sekarang ni?

"Senangnya kamu menjawab. Muka nenda ni yang malu! Hari-hari orang gosipkan hal kamu. Nenda tak kira kamu kena buktikan pada semua orang yang kamu tu bukan lesbian. Kalau tak, nenda jual rumah kamu tu. Kamu kena ingat, kondo kamu tu masih atas nama nenda. Saham-saham kamu pun nenda masih boleh ubah. I'm still alive."

Membulat besar biji mata Nash apabila nenda mula menggugut. Kondominium yang dia tinggal sekarang nenda yang hadiahkan padanya dikala dia berusia 21 tahun dulu. Sudah lima tahun dia tinggal seorang diri di situ. Dia sayang gila rumah itu. Ingat senang ke nak beli rumah sekarang? Sejak dia berdikari sendiri. Dia sudah tahu susah payah cari wang itu bagaimana. Bila sudah dapat benda percuma, takkan dia mahu sia-siakan. Sayang duit woo!

"Mana boleh macam tu nenda. Buat apa kita nak kena buktikan pada orang pula? Janji nenda kenal kita dahlah... Betul tak?" Nash cuba memujuk walaupun dia tak pandai memujuk. Nash cuba sentuh jemari tua nenda. Laju aje orang tua itu tarik tangannya. Takut cairlah tu!

"Keputusan nenda muktamad! Kamu ada masa sebulan aje untuk bawa calon suami kamu sendiri. Kalau tak ada, nenda kahwinkan kamu dengan kawan-kawan nenda yang nak berbini muda. Tak kisahlah, janji mulut orang berhenti bercakap."

Terlopong Nash mendengar ugutan demi ugutan nenda itu. Apa ni? Takkan dia kena kahwin dengan orang tua? Argghh! Tak nak! Tak nak! 

PLEASE LIKE, COMMENT AND SHARE. TQ

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)Where stories live. Discover now