BAB 4

306 35 3
                                    


NASH berhenti di hadapan bangunan tempat Ashmal berkerja.

Fuh! nak jadi apapun jadilah. Masa sudah semakin suntuk. Janji nenda tak ambil semula rumah aku. Kondo tu sarang aku kut! nenda itu bukan boleh kira. Kalau dia kata dia mahu ambil semula rumah itu, maka orang tua itu akan lakukannya tanpa banyak kata lagi.

Nash hembus nafas sebelum teruskan hayunan langkahnya.

Sampai di depan meja penyambut tetamu. Dia turunkan headphone ke leher.

"Encik Ashmal ada?" Soalnya tanpa berbasa basi. Kepala terteleng kesana-kesini. Mencari kelibat lelaki itu jikalau ada.

"Tuan Ashmal maksud cik? Cik ada apa-apa urusan ke dengan dia? Dah buat temujanji?" Penyambut tetamu itu menatap dia atas bawah. Heh! dia dah biasa dengan pandangan pelik begitu.

Nash jatuhkan siku ke atas meja yang tinggal separas lengannya itu.

"Tak ada. Tapi kalau I nak buat temujanji dengan you, boleh?" Nash kenyit mata pada gadis itu. Alang-alang berurusan dengan awek cantik. Apa salahnya dia mengurat. Untung-untung boleh jadi pengganti Lini.

"Eham!" Tiba-tiba saja ada suara garau berdeham di belakangnya.

"You buat apa kat sini, Nasha?" Ashmal angkat kening tinggi menatap gadis bertopi dan berbaju besar itu. Sempat lagi Nash mengurat pekerja syarikatnya.

"Aku nak jumpa kaulah, bro." Nash tayang sengihan. Nak minta tolong Ashmal. Kenalah muka manis-manis.

"Baju you kat rumah I. Tak ada kat sini."

"Tak, tak. Bukan pasal baju tu. Pasal hal lain. Hal penting." Nash gawang tangan tanda dia bukan datang kerana hal baju limitied editionnya itu. Ini hal penting. Penting sangat-sangat.

"My friend." Ashmal mencarik senyum pada gadis penyambut tetamu tadi seraya mengatur langkah.

Terkedek-kedek Nash ekori langkah lebar Ashmal hingga ke pejabat lelaki itu.

"Hal apa you nak cakap dengan I ni?" Ashmal melabuh duduk di kerusi kerjanya. Sambil itu tumpuannya tetap pada fail-fail yang tersusun di atas meja.

Tangannya lincah mencapai pen dan menandatangan dokumen-dokumen kerjanya.

Sementara Nash melabuh duduk di sofa tetamu. Liar anak matanya mengitari bilik pejabat milik Ashmal itu. Not bad! Bibirnya mencebik sendiri.

"Nashatul Aliya..." Ashmal menyeru gadis itu dengan kerlingan kecil. Tadi konon ada hal penting sangat. Ini siap melepak sila panggung atas sofanya.

Nash tersentak. Langsung dia menelan liur. Anak matanya tunak menatap susuk Ashmal yang sedang tekun buat kerja itu.

"Aku... Nak minta tolong kau jadi suami aku. Kau boleh tolong aku tak?"

Terlepas pen di tangan Ashmal apabila mendengar permintaan luar alam Nash.

"Please Ash..."

Apa Nash ingat minta tolong jadi suami itu seperti Nash minta tolong ajarkan naik moto macam dulu-dulu ke?

"You nak apa? Nak I jadi suami you?" Ashmal menyoal semula. Dia cuba mencerna. Betul dah apa yang dia dengar.

Nash bangkit mendekati Ashmal. Tangan Ashmal digapai dan digenggam erat.

Terkulat-kulat Ashmal jadinya.

"Please! Kau aje lelaki yang aku kenal. Aku percaya nenda takkan rijek kau. Dia kan sukakan kau. Boleh ya, Ash?" Nash tayang muka mengharap. Bersinar-sinar biji matanya bersabung dengan anak mata Ashmal yang terpinga-pinga.

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang