BAB 5

289 31 2
                                    

MENGHILANG saja bayang pasangan suami isteri tadi, Nash berlari anak mendapatkan Ashmal yang sudah berlalu ke keretanya.

"Wait, wait Ash. Apa benda tadi tu? Kau setuju jadi suami aku?" Nash menyambar lengan kekar Ashmal.

Terhenti tangan Ashmal yang baru mahu membuka pintu keretanya. Langsung dia menoleh pada Nash yang menahannya.

"You have already heard. Bukan you yang ajak I kahwin ke?" Hujung bibirnya terjongket naik. Tangan Nash dilepaskan lalu dia menyilang tangan ke dada dan bersandar di pintu kereta.

"But why?" Polos Nash menyoal.

"Hurmm..." Jari telunjuk Ashmal naik mengetuk dagu seolah berfikir panjang.

"Sebab I tak sampai hati you minta tolong I? Boleh I bagi jawapan macam tu?" Sambung Ashmal menunduk sedikit menyamai tinggi Nash yang sedikit rendah darinya.

Nash terundur ke belakang. Otaknya mencerna jawapan Ashmal. Takkan sebab itu aje? Tapi apa-apa sajalah. Yang penting dia tak perlu fikir lagi calon suaminya.

"Kau janji ek. Kau dah setuju jadi suami aku ni. Tak boleh patah balik lagi dah tau." Nash hulur jari kelingkingnya supaya mereka saling membuat janji.

Ashmal tergelak besar.

"How old are you, girl?" Tangan Ashmal naik menekan lembut kepala Nash bertopi itu. Apa Nash ingat perkara ini seperti janji zaman kanak-kanak ke?

"25. Kau dah lupa ke umur aku berapa?" Nash tepis tangan Ashmal. Geram pula bila Ashmal buat main-main dengan janji mereka.

"Lahh, dah besar rupanya. Patut dah beranak empat tau umur macam ni." Usik Ashmal terhibur dengan perangai comel Nash.

Buntang mata Nash. Cis! Dia ingat orang perempuan ni kerjanya beranak aje ke? Sama je macam nenda! Grrr!

"Cepatlah janji dengan aku. Aku tak nak kahwin dengan orang aku tak kenal. Sekurang-kurangnya aku kenal kau." Wajah Nash sudah berubah tegang. Kalau Ashmal tak serius, entah mana pula dia nak cari lelaki untuk dijadikan suami.

"Yelah, yelah... I'm promise." Ashmal capai tangan Nash dan kaitkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking halus gadis itu.

"Puas hati?" Soalnya menarik batang hidung Nash.

"Sakit ahh!" Spontan sebelah lagi tangan Nash naik menumbuk perut Ashmal.

"Erggh!!" Langsung Ashmal tertunduk menekan perut yang pedih akibat ditumbuk Nash.

"Ya Allah budak ni. Belum apa-apa dah dera bakal suami. Macam mana hidup I bila jadi suami you nanti? Menakutkan!" Ashmal mencerun gadis tomboy yang bakal menjadi isterinya itu. Taklah sakit mana tapi boleh tahan juga penangan minah ni!

"Err.. sorry, sorry. Sakit ke? Kau ahh tarik hidung aku dulu. Sensitif tahu tak!" Sempat Nash membela diri sebelum tunduk menatap risau wajah Ashmal yang bertukar merah padam.

"Dahlah, masuk kereta lekas. Tak pasal-pasal orang nampak dan viral nanti." Ashmal tegakkan badan semula. Sabar ajelah dengan si Nashatul Aliya ni.

"Baik bossku!" Nash tersengih sebelum cepat-cepat berlari anak menuju ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu.

Padan muka! Siapa suruh tak ajar tangan tu kan? Suka-suka hati aje tarik hidung aku. Nash tahan tawa diam-diam. Kelakar gila tengok reaksi Ashmal kena tumbuk tadi.

LEGA. Nash sudah boleh bernafas dengan tenang. Tak ada lagi bebelan nenda lagi lepas ni.

"Happy nampak?" Layka, rakan sekerjanya menegur di muka pintu bilik pejabatnya.

"Aku happy salah, aku murung pun salah. Apa yang kau nak Cik Layka sayang?" Nash angkat naik sebelah kaki ke atas kerusi. Pensel di tangan disangkut di atas telinga sebelum dia membuka komputer ribanya. Dia biarkan saja Liza masuk ke dalam biliknya dan melabuh duduk di kerusi hadapannya.

"I tanya ajelah. Balik dari lunch tadi bukan main you ceria. Ada berita baik ke? Dah dapat girlfriend baru?" Layka buat tekaan.

"Nope. Bukan girlfriend tapi future husband." Jemari Nash yang bergerak ligat menekan tetikus terhenti seketika dan alih pandangan pada Layka. Bibirnya melebar sengih menayang gigi yang cantik tersusun.

"What? Future husband? You kalau nak bergurau pun agak-agaklah, Nash..." Layka ketawa kecil. Dah pandai bergurau lain macam pula tomboy ni.

"Tak percaya sudah." Nash jongket bahu sambil tekan tetikus semula dan menyambung kerjanya.

Melihat riak dan nada Nash itu, Layka mula rasa yang Nash tidak berbohong.

"Are you serious, Nash? So, you dah straight sekarang ni?" Bulat mata Layka menyoal arkitek muda itu.

"Siapa cakap aku tak straight?" Selamba Nash membalas semula. Dia tahu ramai yang beranggapan begitu dan dia pun tak nafikan. Memang dia suka ada girlfriend tapi ada sebabnya dia jadi begitu dan sekarang dia tak perlukan lagi semua itu.

"Habis tu girl-girl yang you layan sebelum ni apa?" Layka kecilkan mata pada Nash. Dia tak percaya Nash boleh jadi lurus macam itu aje.

"Kawan. Macam kau, kau kawan aku kan?" Nash menjeling Layka. Tak ada kerjalah tu datang mengganggu dia.

"I lain... I bakal kak ipar you." Layka betulkan duduk sambil mengibas rambutnya ke belakang. Nash lupalah tu yang dia gilakan Hizqil.

Hujung bibir Nash terjongket naik. Tak habis-habis dengan perasannya minah ni. Hizqil tu kayu. Tak ada maknanya dia nak perempuan gedik macam kau.

"Beranganlah Layka oii..." Nash hela panjang. Anak matanya masih fokus pada skrin komputer ribanya.

"Babe? I sebenarnya nak tanya pasal abang you. Betul ke dia kena berkampung kat tapak projek tu selama 3 bulan? Kenapa lama sangat? You tahu tak, I call tak dapat. Text tak balas. I rindulah kat abang you tu." Layka menggeletis depan Nash. Geram pun ada dengan Hizqil. Sudahlah pergi tak bagitahu dia. Tak sempat dia nak lepas rindu puas-puas.

"Tak tahulah. 3 bulan ke 6 bulan ke. Silap-silap 3 tahun. Payah projek tu..." Nash menggeleng-geleng kecil. Sengaja nak buat teruk. Padahal dia yakin Hizqil pasti akan berjaya memujuk penduduk di kampung terpencil itu.

Cuma yang dia risaukan Hizqil mati katak nak uruskan diri guna method orang kampung. Mamat tu air terjun pun tak pernah jejak.

"3 tahun? Gila ke apa? Habis I kat sini macam mana?" Terjegil anak mata Layka. Lama gila dia kena menahan rindu.

"Dahlah, pergi tempat kau balik. Aku nak call future husband aku ni." Nash buat gaya menghalau. Sengaja dia buat alasan begitu. Malas nak melayan Layka sebenarnya. Banyak lagi hal yang perlu dia fikirkan dari memikirkan hal kasih tak kesampaian Layka.

Termuncung bibir Layka.

"Yelah tu." Tapi dia keluar juga dari bilik Nash sambil mengenangkan jejaka pujaan yang jauh di ceruk kampung.

Nash tergeleng kecil melihat Layka yang melangkah lemah. Susah jadi perempuan ni, yang tak dapat itulah yang kita nak sangat kan?

Nafas dihela perlahan. Dia kena berbincang dengan Ashmal malam inil. Bagaimana caranya nak beritahu Hizqil tentang rancangan mereka yang mahu bernikah. Aduh! Tiba-tiba jantung Nash rasa berdebar. Janganlah Hizqil mengamuk nanti.

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant