BAB 3

295 34 2
                                    


JARI kelingking Nash naik mengorek telinga. Hizqil sama saja macam nenda. Tak habis-habis nak membebel. Memang nenek borek cucu rintik.

"Aku tak ada beberapa bulan ni, kau jangan nak buat perangai bukan-bukan Nash. Sianlah sama nenda tu." Hizqil lepas keluhan. Risau dia nak kerja luar kawasan lama-lama macam ni kalau Nash masih dengan sikap lepas lakunya.

"Habis kau tak kasihan kat aku? nenda tak habis-habis desak aku. Patutnya nenda suruh kau yang kahwin, bukan aku." Nash merengus keras. Asyik dia saja yang disalahkan. nenda tu yang tak faham dia.

"Aku pulak? Nenda tu risaukan kau aje. Tak selamanya aku boleh jaga kau." Hizqil cuba berlembut. Dia tahu Nash serabut dengan desakan nenek mereka. Tapi nak salahkan nenda pun tak boleh. Sikap Nash sendiri yang buat nenda berkeras dengan adik perempuannya itu.

"Tak payah nak risaukan akulah. Aku tahulah jaga diri aku sendiri. Kau tu, jaga diri kat tempat orang. Dengar kata tempat tu keras. Kau mesti takut kan? Kau kan penakut." Nash alih tajuk, malas dia nak fikirkan tentang permintaan gila nenda. Bahu Hizqil di tepuk-tepuk dengan sengihan.

Hizqil kena bertugas di ceruk kampung. Entah macam mana Hizqil bertahan nanti. Abangnya ini hidup macam robot moden. Rumah penuh dengan gajet-gajet elektrik. Konon nak mudahkan hidupnya. Sekarang, kena bertahan hidup di kampung selama beberapa bulan sehingga projek mereka tamat. Tambah lagi, Hizqil penakut orangnya. Nampak aje ganas. Itu sebab Nash suka usik lelaki itu.

"Bila masa aku penakut? Setakat tiga empat bulan tu, boleh je aku survive. Yang penting projek resort and theme park tu siap cepat."

"Macam mana kalau kau jumpa hantu kat sana? Heee... heee...heee.." Nash angkat tangan buat gaya menyeramkan.

"Shut up you! Kau ingat aku budak-budak lagi ke nak takut hantu?" Hizqil jegil mata sebelum tangannya laju menjentik dahi si adik.

"Auch! Sakitlah siot!" Marah Nash sambil menggosok dahinya yang pedih di jentik si abang.

"Woi, Kil. Lama lagi ke? Aku nak balik sambung tidur ni." Ashmal yang masih mengantuk itu menegur Hizqil. Lama sungguh Hizqil menitipkan pesan pada adik kesayangannya itu.

"Yelah, yelah... Wey, Ash! Kau nanti tengok-tengokkan sama budak ni. Dia buat hal, kau bagitahu aku. Bukan boleh percaya sangat minah peng ni."

"Apa pulak? Kau ingat aku budak kecik lagi ke nak kena orang jaga?" Marah Nash. Bulat matanya menjegil si abang.

Ashmal tergelak kecil.

"Ye, ye. Aku jaga dia nanti." Macam-macamlah dua beradik ni.

Nash juih bibir. Tak ingin dia dijaga Ashmal.

"Aku balik dulu. Ingat ni last warning ya. Kau mabuk lagi, aku hantar kau masuk rehab." Jari Hizqil naik memberi amaran buat Nash.

"Ye, aku janji." Nash juling mata ke atas. Hizqil bercakap macamlah dia baik sangat. Padahal Hizqil yang ajar dia minum air syaitan tu juga. Sejak Hizqil makin rapat semula dengan Ashmal saja baru Hizqil makin elok perangai. Betullah orang kata, kawan itu boleh memperngaruhi kita.

"Macam tulah adik aku." Hizqil tepuk lembut kepala Nash sebelum melangkah mendapatkan Ashmal.

"Woi! Jangan lupa pulangkan baju aku tu!" Sempat lagi Nash melaung pada Ashmal. Sakit pula mata nampak baju kesayangannya tersarung cantik di tubuh Ashmal.

"Yelah Cik Tengku Nashatul Aliya. Nanti hamba pulangkan semula ya." Ashmal tunduk buat gaya budiman pada Nash. Tak habis-habis dengan baju dia. Istimewa sangat ke?

Nash lambai kedua lelaki itu hingga kelibat kereta Ashmal hilang dari pandangan matanya. Satu keluhan terlepas dari bibir. Kadang kala dia rasa beruntung punya abang seperti Hizqil tapi ada waktunya dia rasa rimas dengan sikap protektif si abang.

Apa-apa ajelah. Yang penting sekarang dia nak sambung tidur.

Baru saja Nash mahu melangkah. Telefon pintarnya berdering minta dia angkat. Saat itu juga dia terlanggar seseorang. Cepat Nash angkat tangan tanda meminta maaf. Langkahnya diatur semula ke lif dengan telefon pintar di letak di telinga.

"Nashatul Aliya! Betul ke apa yang nenda dengar ni? Kamu mabuk lagi malam tadi?" Tak sempat Nash menyapa salam. Suara nenda bergempita menyoalnya bertubi-tubi. Aduh, orang tua ini memang upah paparazi ke apa? Semua tingkah dia cepat saja sampai pada Tengku Faridah itu.

"Alaa... sikit jela nenda... Kil ada sama dengan kita." Balas Nash lemah. Lemah sebab pagi-pagi buta sudah kena bersoal jawab dengan nenda. Baru saja otaknya nak bebas dari leteran Hizqil, ditambah pula dengan nenda.

"Kamu nak jadi apa Nashatul? Boleh tak kamu jangan susahkan hati nenda? Kamu tu dah dewasa, bukan lagi remaja!"

"Ya, ya. Kita tahu. Kita akan ikut cakap nenda. Okey? Puas hati?" Nash merengus kecil. Agaknya dia kena juga tunaikan permintaan nenda, barulah orang tua itu puas hati.

"Betul ni? Jadi, kamu dah jumpa calon kamu?"

Nash mengemam bibir. Aisehman! Apa dia nak tipu ni?

"Eham, dah jumpa dah. Nanti kita bawa dia jumpa nenda." Nash berdeham, entah kenapa bibirnya lancar menipu neneknya itu.

"Sungguh?" Tengku Faridah di sebalik sana sudah bersinar harapan. Cukup-cukuplah Nash malukan darah keturunan mereka. Dia tak mahu orang berkata-kata lagi tentang cucunya yang tak berapa lurus landasannya itu.

"Ya nenda... Nanti kita bawa ye. Okeylah nenda, kita sakit perutlah. Sakit perempuan. Kita kan perempuan..." Nash cari alasan untuk matikan perbualan. Sempat juga dia tekankan perkataan perempuan itu. Biar nenda tahu yang dia masih tulen sebagai seorang perempuan. Perangai aje yang macam jantan.

Letak saja panggilan, Nash bergegas masuk ke dalam rumah. Katilnya sudah melambai-lambai meminta dakapan. Arghhh! Mengantuknya!

Sebaik masuk ke dalam bilik, Nash menghempas badan ke atas tilam. Nikmatnya... Oh, tilam kesayanganku. Nash mengusap-usap permukaan cadar sebelum dia tersedar sesuatu. Mata yang hampir tertutup tadi tercelik semula. Langsung dia bingkas duduk. Anak mata meliar mengitari biliknya yang kelihatan kemas dan tersusun. Bila masa aku susun? Tangan naik menggaru kepala yang tiba-tiba rasa gatal. Rasanya dia tak panggil Yanti datang kemas rumah minggu ni. Hizqil ke kemas? Mustahil! Abang dia itu sama naik je dengan dia. Maklumlah hidup mereka sedari kecil bersuap dengan pembantu rumah. Mana pernah mereka urus semuanya sendiri. Sebab itu, bila dia suarakan pada nenda yang dia mahu hidup berdikari, nenda merasa ragu-ragu. Ashmal? Yah, siapa lagi kan? Penyibuk sungguhlah lelaki itu.

Tapi kejap.. Ashmal... Ashmal Tan Sri Izhar...

Nash ketap bibir. Ide mula timbul di dalam benak.

Kacak, anak tan sri, bakal pewaris perniagaan bapa dia. Hurmm...

Nenda... kita dah jumpa calon suami!

HAK MILIK TERPELIHARA MR ROMANTIS (NOVEL)Where stories live. Discover now