𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 37

Začít od začátku
                                    

"Shift kau dah nak masuk. Pergilah cepat." Altaf bangun dari duduknya dan kembali ke arah almari yang menempatkan segala keperluannya.

Haidil sengih. Altaf tidak akan teruskan perbualan jika berkaitan dengan isterinya. Altaf sudah tetapkan batas. Itulah alasan dan punca Haidil gemar mengusik.

"Kau cakap nama dia Nur Eima, kan? Aku nak try cari dekat instagramlah."

Dum!

Lekas Haidil berpaling ke arah punca bunyi hempasan pintu perabot yang agak kuat itu. Terangkat sebelah alisnya menyapa wajah tegang Altaf.

Melihat lengan lelaki itu yang mula timbul dengan urat gagah, tanpa lengahkan masa Haidil berdiri. Jaket kerja disarungkan ke tubuh sasanya sebelum segala keperluan kerja yang berada di atas meja disambar.

"Ya Allah, shift aku dah masuk. Aku pergi dulu, Taf. Jangan lupa makan. Nak angaukan isteri pun perut kena isi." Sempat dia menitipkan pesanan berbaur usikan sebelum dia keluar dari bilik peraduan mereka.

Anak mata helang milik Altaf hanya menekur tingkah kalut si sahabat sehingga figura itu hilang dari pandangan. Bahu jatuh mengendur serta nafas dihela lemah.

Ini baru Haidil. Pantang perjumpaan waktu makan malam, pasti ramai lagi penghuni pelantar itu berminat dengan hal peribadinya. Lagipun silap dia juga. Telefon selalu dalam genggaman.

Altaf melucutkan seluruh pakaian dan meninggalkan tubuhnya hanya bertuala. Rambut hadapannya yang masih basah dikusutkan beberapa kali.

Telefon canggih kembali digapai sebelum skrin telefon disentuh.

Tindakan refleks senyuman terlakar dibibir kala melihat tetapan gambar skrin kunci itu. Tiap-tiap hari Altaf tukar tetapan gambar. Yang pasti semua wajah Eima.

"Rindunya." Bisik Altaf perlahan. Ibu jari bergerak di atas permukaan skrin, ibarat membelai dan mengelus wajah cantik milik si isteri.

3 bulan berpisah, tidak pernah sekalipun dia tidak teringatkan Eima. Setiap saat bahkan waktu, pasti senyuman si comel itu bermain di kotak fikiran. Suara merdu dan haruman tubuh itu, oh tuhan. Altaf rindu. Perit.

Macam manalah Altaf mampu bertahan lagi 5 bulan?

Lincah jarinya bergerak di atas skrin, mula mencari ikon mesej. Rutinnya setiap kali selesai bertugas, pasti dia akan menghantar pesanan buat si isteri. Itu arahan Eima. Katanya runsing.

Beberapa minit menghantar pesanan buat si isteri, terlintas di hati mahu membaca pesanan sebelumnya. Sekejap Altaf perasan sesuatu.

Fasa awal berpisah dahulu, Eima lebih gemar bercakap melalui call berbanding menghantar mesej. Tetapi sejak kebelakangan ini, Eima lebih suka berhubung melalui pesanan.

Altaf tidaklah musykil dengan tingkah si isteri. Dia yakin, Eima tidak akan melakukan perkara yang buruk dibelakangnya. Tidak pernah sekalipun terlintas di benak fikiran yang Eima lakukan perkara terkutuk itu.

Altaf percayakan Eima. Kepercayaan Altaf terhadap Eima melebihi diri sendiri.

Cara daripada Eima menghantar pesanan pun masih sama. Ceria dan comel, mana pernah berpisah dengan Eima. Kerja nak buat Altaf angau sahaja. Jauh sebegini pun, Eima masih nakal-nakal dengannya. Sungguh terseksa jiwa dan batinnya.

Ting!

Mendengar bunyi itu, cepat Altaf membuka pesanan yang tertera nama si isteri.

Eima
- Abang... Kenapa belum makan lagi? Kan Eima dah pesan, makan dulu baru cari Eima! 😡

ALTAF'S SAVIOURKde žijí příběhy. Začni objevovat