. .

"Nora awak okey tak?"

Syafiqa, kawan karibnya menanya melalui mesej di whatsapp group.

"Okey lah.. kenapa pula tidak?" Nora menanya, terasa hairan.

"Tak ada lah.. tapi semenjak kebelakangan ini aku lihat kau macam ada masalah sahaja" jelas Syafiqa.

"Betul tu.. Aku setuju dengan Syafiqa.. Kau ada masalah ke?" Aini yang entah timbul dari mana setuju dengan kata-kata Syafiqa itu.

Nora hanya dapat pendam perkara itu kerana takut kawan-kawannya fikir bahawa dia menduakan Syakir. Entah macam mana Nora boleh fikir sampai macam itu sekali. Terlalu takut sampai dia yang stres sendiri.

..

'Ish dah dua minggu lebih tidak dengar apa-apa khabar dari si Syakir tu.. Dia.. dah lupakan aku ke?'

Nora dengan sikap negatifnya tak habis-habis. Akhirnya dia penuh emosi sendiri. Lalu Nora menyandarkan belakangnya di bantal yang telah disusuni di atas katil, kakinya diluruskan dan tangannya diisi dengan telefon bimbitnya. Apabila dia mahu penuhkan fikirannya dengan fikiran negatif, timbul lah satu gegaran di telefon bimbitnya yang mengakibatkan dirinya terkejut dan kesemua fikiran negatifnya hilang dengan sekelip mata. Mesejnya langsung dibuka Nora.

"Assalamualaikum awak! :D"

"Syakir!"

"Kalau ye pun jawab lah salam dulu haha"

Syakir memesejnya seperti tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Sebenarnya ia boleh dikatakan bergitu kerana Syakir hanyalah tidak memberi balas mesej kepada Nora dan juga tidak mengucapkan selamat ulang tahun padanya. Mungkin yang akan berfikiran sebegitu adalah Syakir sahaja. Yang pasti, Nora tidak akan berfikiran sebegitu.

"Waalaikumussalam"

"Haa kan bagus macam tu :)"

'Ish buat pertama kali aku rasa macam nak sepak sahaja budak ini' marah Nora.

"Syakir.. awak tak ada apa-apa nak beritahu saya?" Nora menanya, perlu sebuah penjelasan.

"Hmm.. Ada yang perlu saya jelaskan ke?"

Tak sangka Syakir dapat meneka tetapi Nora lebih tidak menyangkakan Syakir berlagak seperti dia tidak tahu apa-apa.

Kini Nora pun bingung. Tidak tahu sama ada dia harus memberitahunya ataupun langsung memarahinya.

"Nora... awak marah ke? Kenapa senyap je.." Syakir mula menegur Nora.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Mesej saya dah tak berharga ke?" Nora sedih berbaur kekecewaan terhadap Syakir.

"Whoaa whoaa whoaa.. mesej? mesej apa ni?"

'Ewah ewah masih boleh berlagak tak tahu pulak tu!' jerit Nora dalam hati.

"Dah dua minggu lebih tau.. Awak tak mesej saya pun.. langsung awak senyap je.. Whatsapp senyap.. mesej guna prepaid pun tak.. Lepas tu.. dah mesej gini.. tak minta maaf pula tu.." tanpa sedari Nora terluahkan segalanya.

"Nora.. sesungguhnya saya tak faham apa yang awak nak beritahu saya. Tapi kalau ini tentang kenapa saya tak mesej awak, bukan ke saya dah berikan awak sekeping surat? Saya ada selitkan di bahagian tepi beg awak. Awak.. tak baca ke?"

Tanpa memikir panjang, Nora pun mencari surat tersebut. Apabila Nora jumpa surat tersebut, surat itu langsung dibukanya.

Nora! Assalamualaikum :)
Maaf lah sebab kita tak akan dapat berborak buat beberapa hari.
Telefon bimbit saya rosak lah.. Harap awak tak marah ye!
Saya dah beritahu awal-awal tau!
Oh ya.. Selamat hari jadi wahai kekasihku! Maaf lah terawal sikit.. dah telefon rosak.. tak dapat lah nak wish bila hari jadi awak kan..
Wassalam..
-Syakir-

Nora diam tak terkata selepas membaca surat itu. Pipinya menukar menjadi kemerah-merahan. Pipinya kini bertukar menjadi kemerah-merahan. Jikalau dia berpeluang untuk bunuh dirinya pada masa itu, sudah pasti dia akan berbuat sedemikian. Tetapi selepas berfikir panjang, dia pun menarik balik kata-katanya itu.

"Malu nya!" Nora pekik sambil memeluk bantalnya. Nasibnya baik pintu biliknya ditutup rapi. Jikalau tidak, sudah pasti ibunya kini sudah ada di hadapannya.

"Maaf lah Syakir.. Saya tak perasan.." walaupun terasa malu.. dia tetap harus meminta maaf.

"Hahaha.. awak.. masih nak saya minta maaf kat awak ke?"

"Diam lah! Awak tu pun satu.. letak dalam-dalam kenapa? Mana la saya tahu akan ada benda kat situ"

"Iye lah.. Saya minta maaf wahai puteriku"

Dengan sekelip mata segala sifat marahnya hilang dan bertukar menjadi senyuman sipu.

"Awak maafkan saya kan?" Syakir menanya dengan nada manja.

"Tak"

"Terima kasih puteri"

'Ni dah kenapa nak puteri puteri ni.. Bagus sangat la tu cara kau pujuk' ngomelnya.

Tiba-tiba ada gegaran daripada telefon bimbitnya.

"Nora..I miss you"


Muda Muda Dah Nak Kahwin?Where stories live. Discover now