°∘∘27∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Aku tak tahu idea aku ni masuk akal atau tak. Tapi kau kena pergi RSE sekarang jugak." Tak senang duduk Aaren dibuatnya. Lagi-lagi selepas mendengar pernyataan Qayyum tadi.

"He is right, you should go." Sokong Fareez seraya mengangguk kepalanya.

Qayyum angkat wajah. Dia membalas tatapan kedua-dua sahabatnya. Keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Tanpa paksaan, dia terus bangun dari duduk. Jejaka itu meninggalkan ruangan tersebut tanpa sepatah kata.

Apa yang menarik... walaupun ianya bakal menjadi satu masalah, tapi Qayyum langsung tak takut jika dia dimarahi oleh Fredella. Dia tidak gugup hendak berterus terang dengan wanita itu. Tak langsung! Dia sudah cukup bersedia dan berani jujur tentang semuanya.

Usai keluar dari perut kereta, terus Qayyum berlari sepantas yang mungkin menuju ke arah pintu kaca gelangsar bangunan RSE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Usai keluar dari perut kereta, terus Qayyum berlari sepantas yang mungkin menuju ke arah pintu kaca gelangsar bangunan RSE.

Sewaktu dia mendaki tiga anak tangga sebelum tiba di hadapan pintu tersebut, ada kelibat seorang wanita yang menarik perhatiannya.

Wanita itu mengenakan busana kebarung pada tubuhnya. Helaian rambut disanggul tinggi serta ada sehelai selendang yang dilapikkan ke atas bahu. Sungguh.. Qayyum kenal akan tuan badan itu!

"Oh, look who's here.." Terbit senyum sinis di bibir Qayyum. Dia melajukan langkahnya memandangkan wanita itu sudah tidak jauh darinya.

Pintu kaca gelangsar tersebut terbuka dengan automatik apabila Qayyum berdiri di hadapannya. Dia sengaja. Sengaja ingin berdiri di situ kerana dia tahu siapa yang bakal bertentang mata dengannya apabila pintu itu selesai terbuka sepenuhnya.

Kiraan tiga hanya dihitung di dalam hati. Senyum sinis jejaka itu masih lagi belum memudar.

Satu.

Dua.

Tiga.

Tepat kiraan Qayyum, pintu tersebut selesai dibuka sepenuhnya. Akhirnya... ini yang dia tunggu-tunggukan.

"Welcome to my wife's company, Tengku Sofi." Ucap Qayyum jelas. Sengaja dia mengucap 'selamat datang' walaupun dia tahu wanita itu sudahpun selesai urusannya disini.

Reaksi Tengku Sofi nampak terkejut. Terus berhenti langkah kakinya apabila Qayyum muncul. Malah jejaka itu menyambutnya dengan menyelitkan perkataan 'my wife'.

Dia mungkin tak pernah bersua muka dengan Qayyum. Tapi dia tahu tentang status Qayyum melalui khabar angin yang disampaikan oleh orang lain. How unlucky you, Fredella. Bisik wanita itu di dalam hati.

"Thank you.." Tengku Sofi membalas senyuman Qayyum. Dia melangkah sedikit kehadapan agar pintu gelangsar itu kembali tutup.

"Oh, so.. it's you right?" Wanita itu merapatkan jaraknya bersama Qayyum.

"Dell's husband." Sambungnya lagi.

"Yes I am." Qayyum angguk. Masih menunggu apa yang bakal keluar dari mulut Tengku Sofi.

"Actually.. awak tak payah sambut saya pun takpa. Sebab saya antara tetamu yang paling terkenal dekat RSE'S Company nii,"

Seperti yang Qayyum jangka. Sudah pasti wanita itu kurang senang melihatnya disini. Lebih-lebih lagi ketika dia menyambut dengan perkataan 'selamat datang'.

"Saya tahu tu. Tengku memang selalu melawat RSE. Senang cerita.. melawat isteri saya." Qayyum tahu wanita itu akan terasa dengan sindiran halusnya.

"Boleh saya tahu apa yang dibincangkan dalam meeting tadi?" Rasanya.. soalan ini hanya menambahkan kediginginan suasana. Qayyum kekal dengan senyumannya.

"Takdalah meeting sangatpun. Tapi saya sengaja datang jenguk Dell harini. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia."

"Sambil-sambil tu, saya ada lah tanya dia beberapa soalan. Kenapa susah sangat saya nak text dia? Nak jumpa apatah lagi. Harini pun kira rezeki nak jumpa dia. Kalau tidak—"

"Kalau tidak, Tengku Sofi takkan jumpa Della. Saya sendiri yang tak izinkan, sebab saya suami dia." Belum sempat Tengku Sofi menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu Qayyum memotong. Jejaka itu hanya memaparkan riak wajah biasa.

Tengku Sofi terdiam. Hairan dia mengapa lelaki di depannya sekarang tampak begitu berani. Dari reaksi muka dan ayat yang dilontarkan, semuanya bagai sindiran.

"Why? Tak suka saya rapat dengan Dell ke?" Nada suara wanita itu berubah sinis. Dia mendongak wajah agar lebih mudah hendak bersabung mata dengan Qayyum.

"Exactly, Tengku Sofi." Ringkas, padat, dan pendek. Tetapi masih lagi diselitkan dengan maksud yang tersirat. Dia takkan berhenti menyindir wanita itu.

Terserlah wajah bengis Tengku Sofi. Sikit lagi nak meletup gunung berapinya yang sudah lama meledak akibat percakapan Qayyum. Bukan main ya budakni punya tahap biadap!

Lantas dia membuka zip beg tangan. Tercari-cari akan sesuatu. Beg tersebut dipunggah di hadapan mata Qayyum. Tengku Sofi nampak betul-betul gelabah seperti cacing kepanasan.

"Are you looking for a phone? Tengku nak call bodyguard Tengku untuk belasah saya ke?" Cabar Qayyum serentak menghamburkan ketawa kecil.

Terhenti seketika tangan yang sibuk bekerja tadi. Tengku Sofi merengus geram melihat Qayyum yang semakin mencurah minyak di dalam apinya.

"Can you please shut up?!" Jerkah wanita itu. Berkerut dahinya menahan marah.

"Saya boleh saman awak bila-bila masa je tau. I am Tengku Sofi. Mark that words." Sengaja dia mengugut Qayyum dengan pangkat yang dimiliki.

"Sorry but.. I am the son in law of a Tengku as well. Atau Tengku lupa saya berkahwin dengan anak siapa?" Bidas Qayyum sambil menghabiskan sisa tawanya. Menantu Tengku Rossa ni boh. Ada lawan?

"Qayyum—"

Mendengar seseorang menyapa, dua orang itu mengalihkan pandangan ke arah tuan empunya suara tersebut.

"Ya, sayang?" Jawab Qayyum lembut. Masih lagi santai di posisi. Dia kena berani!

Memang dia tahu apa yang bakal terjadi di rumah nanti. Raut wajah Fredella nampak serabut. Atau lebih tepat.. serabut dengan Qayyum. Macam singa nak telan mangsa.

Reaksi Tengku Sofi pula tersenyum menang melihat pasangan itu. Seolah-olah dia berjaya melagakan Qayyum dan Fredella.

To be continued...

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now