𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 35

Start from the beginning
                                    

Bagai disimbah air, jiwa Eima yang marak dengan api mendengar pujukan lembut si suami. Dengan kata-kata yang terlucut di bibir itu, makin buat hatinya lebur.

"Abang..." Eima sebak. Sejujurnya perihal inilah yang mengganggu dirinya.

Altaf bakal mula bekerja dan akan berangkat lusa. Kali ini si suami ditempatkan di pelantar minyak di Abu Dhabi. Tinggalkan Eima sendirian selama 8 bulan. Sedihnya...

Altaf senyum kelat. Tubuh genit si isteri dibawa ke dalam pelukan.

Lantas Eima membalas dakapan itu. Erat dan kemas. Wajahnya juga disembamkan ke leher si suami. Sisi kepala menjadi tempat si suami melabuhkan pipi.

"Janganlah nangis. Abang tahu Eima menangis pun tetap cantik, tapi taknak macam ni sayang." Pujuk Altaf selepas mendengar esakan Eima yang mula pecah.

"Eima sedih. Eima tak boleh buat apa dah. Eima fikirkan hal ni je sejak semalam." Adunya sungguh-sungguh. Dan Eima memang bercakap benar. Eima seakan hilang arah. Semua benda dia buat, pasti ada sahaja yang tidak kena.

"Abang ada lagi ni. Sementara itu, abang nak tengok Eima happy je. Buat bekal." Nanti Altaf duk teringat Eima versi hingusan je macam mana? Tak bestnya...

Eima angkat kepala. Hingus disedut panjang. Altaf hanya gelengkan kepala. Nakal si comel ini. Semua benda dia main langgar aje.

"Cap abang ni nak bawa semua ke? Eima nak simpan dalam bagasi."

"Yup. Semua abang nak bawa. Tak apa biar abang letak. Abang nak kelurkan balik benie abang. Abang bawa banyak sangat." Fikir Altaf, cap baharunya ini tidak sempat sampai sebelum bertolak, jadi Altaf sudah lipat benie yang baru dibelinya itu.

Angkat sedikit tubuh, Altaf panjangkan tangan dan mencapai bagasi yang sudah penuh dengan barang keperluannya.

Selalu, Altaf akan packing saat-saat akhir. Tapi semenjak ada isteri rajin macam Eima, seminggu sebelum Altaf dah mula mengemas. Eima marah buat kerja last minit. Katanya takut kalut.

"Eima nak tengok cap abang boleh?"

"Boleh..."

Eima capai cap yang bewarna ocean blue.

"Brand apa ini abang?" Soal Eima.

"CK. Tapi itu yang abang custom sendiri." Jawabnya sambil mengeluarkan benie yang elok terlipat.

Mulut Eima membulat kecil. Kepala dijatuhkan lambat. Calvin Klein? Altaf tempah khas? Wah, pasti banyak duit suaminya melayang. Pantaslah nampak kotak pun premium semacam.

Eima tilik setiap inci cap itu. Perasan akan sesuatu, Eima beralih ke susunan topi yang lain. Ada bermacam jenis kain topi. Ada yang denim, canvas dan juga leather.

Tetapi di bahagian hadapan setiap topi pasti terdapat dua huruf yang disulam rapi dan kemas. N.E?

"N.E ni stand for apa abang?" Soal Eima tertarik. Iris bundarnya memandang sisi wajah tampan milik si suami.

Altaf terdiam. Terhenti sendiri tangannya yang bergerak melipat beanie itu tadi. Tekak dibasahkan dengan deheman.

"No error." Bantai.

Melihat dahi si isteri yang berlapis seribu, Altaf senyum canggung. Topi ditangan Eima disambar lembut.

Eima hanya jatuhkan kepala. Tidak sangsi dengan sikap si suami yang seakan menyembunyikan sesuatu.

"Mesti lama abang nak tunggu kan? Bila abang tempah?" Sekali lagi Altaf diasak dengan soalan cepumas daripada Eima.

"Dah lama. 3 bulan lepas." Jawabnya jujur.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now