Cik Yom datang dari bawah menjawab salam. Kami hanya mengintai dari beranda rumah.

"Haa, Sabri. Kenapa kamu datang ke sini. Cari abang Kamal ke?" Lelaki itu, Sabri menganggukkan kepalanya laju.

"Abang Kamal tak ada, dia baru saja keluar. Kenapa kamu cari dia?"

"Ayra... Ayra dengan Zarul dah balik. Tapi orang kampung semua tengah kepung diaorang." Sabri mengucapnya dengan nafas yang termengah-mengah. Cik Yom membulatkan mata begitu juga dengan kami bertiga.

"Alanna!" Cik Yom memanggil namaku.

"Ya, Cik Yom!" 

"Bersiap! Kita kena pergi jumpa mereka sekarang. Bimbang kalau-kalau orang kampung buat benda bukan-bukan!" Cik Yom memberi arahan.

"Baik, Cik Yom!" Aku terkocoh-kocoh lari ke dalam rumah. Harraz dan Fayyadh berlari-lari turun ke bawah. Sabri memandang dengan penuh tanda tanya.

"Nanti aku terangkan. Mereka sekarang berada di mana?"

"Balai raya." Cik Yom mengangguk kepala.

"Perlu naik kereta ke?" Harraz bertanya.

"Tak payah, kita jalan kaki pun sampai. Alanna mana?" 

"Ya, saya dah siap!" Terkocoh-kocoh aku berlari turun ke bawah. Kami terus bergegas menuju ke balai raya yang terletak tidak jauh dari rumah Cik Yom dan Pakcik Kamal.

Keriuhan yang terhasil daripada suara orang ramai sangat membingitkan telinga. Masing-masing mahu melepaskan geram dan marah kepada Ayra dan Zarul.

"Eh, eh berhenti. Berhenti!"

Cik Yom menjerit lantang. Masing-masing mendiamkan diri apabila melihat ketibaan kami.

"Kami dah jumpa Ayra dengan Zarul. Diaorang cakap pembunuh tu dah bunuh Alanna dan duit mereka telah dicuri. Sekarang mereka balik dengan sehelai sepinggang. Mana kami tak marah, Cik Yom!" Salah seorang dari mereka membuka mulut.

"Hah, dibunuh? Astaghfirullahalazim, Ayra! Zarul! Kauorang ni memang tak sedar dek untungkan! Masih tak sedar-sedar dengan kesalahan diri." 

"Kesalahan apa Cik Yom. Salah kami ke kalau Alanna dibunuh? Bukannya kami yang culik dia. Bila kami sampai kami tengok mayat dia dah tergantung dengan berdarah-darah. Takkan saya nak tipu pula. Ini tentang hidup mati seseorang, Cik Yom!" Beria-ia Zarul dan Ayra memberitahu. Cik Yom melepas nafas geram.

"Kalau betul mayat yang kauorang tengok tu mayat Alanna, habis jni siapa?!" Cik Yom menarik aku keluar dari celahan orang ramai. Masing-masing terkedu melihatku termasuklah Zarul dan Ayra.

"Ini perempuan mana pulak dah Cik Yom bawak ni. Takkanla perempuan cantik macam ni Cik Yom nak cakap Alanna. Kalau cantik macam ni bukan Alanna, tapi bakal isteri kedua saya." Zaruk tersenyum miang. Aku menayang muka menyampah.

"Bakal isteri kedua kepala hotak kau, tu bakal isteri aku lah bodoh!" Fayyadh tiba-tiba menjerit. Dia menolak manusia yang menghalang jalannya dan memegang tanganku erat. Harraz pula sudah hilang entah ke mana.

"Haa Cik Yom tengok. Entah anak dara mana Cik Yom bawa, suka-suka hati nak cakap dia Alanna." Cik Yom mengetap bibir menahan geram.

"Aku syak mata kau sebenarnya memang bermasalah lah Zarul. Cuba kau perhatikan betul-betul milik siapa muka ini pada zaman dahulu?" Zarul memasang muka tidak berpuas hati.

"Ini... Muka arwah Sarah!" Tiba-tiba seseorang menjerit. Zarul membuntangkan mata begitu juga dengan Ayra.

"Mustahil! Alanna dah mati, ini mungkin kebetulan. Pelanduk dua serupa!" Ayra cuba menegakkan benang yang basah. Aku mengepal penumbuk. Mulut sudah tidak tahan untuk berbicara.

"Ini saya, Nur Alanna Alisha binti Muhammad Firdaus. Anak perempuan tunggal, Nur Sarah Liyana binti Amir." Ayra terkedu begitu juga dengan Zarul.

"Mustahil..." 

"Mustahil, Zarul?" Cik Yom tersenyum sinis.

"Selepas kau jual dia pada pemilik kelab malam, kau kata mustahil untuk dia kembali ke sini? Kau tipu orang kampung, kau cakap budak ni kena culik. Kau makan duit haram selama bertahun-tahun dan hari ini bila tembelang kauorang pecah, kauorang taknak mengaku pulak?!" Cik Yom menengking. Zarul jatuh terduduk begitu juga dengan Ayra.

"Kau jual dia Zarul?" Orang ramai mula bertanya.

"Kau jual dia, lepastu kau reka cerita itu ini selepas semua orang rasa bersalah kerana apa yang jadi?! Kami maafkan kauorang sekeluarga kerana kau cakap kau akan kembalikan Alanna, tapi rupanya kau menggandakan lagi penipuan!" Muka Zarul ditumbuk kuat. Bibirnya pecah mengeluarkan darah.

"Kau memang melampau!" Orang ramai mula berpusu-pusu mahu membelasah mereka berdua. Terjerit-jerit mereka cuba menahan dari dipukul.

"Sudah, sudah!" Aku menjerit kuat. Bukan ini yang aku mahukan. Bukan ini yang aku rancangkan.

"Saya kembali ke kampung bukan untuk tengok semua orang belasah mereka. Walaupun mereka berdua berbuat salah kepada saya tapi apa bezanya dengan kalian?! Kalian juga maki dan hina saya dan ibu. Kalian juga tiada beza, jangan berlagak suci mempertahankan saya padahal diwaktu yang sepatutnya kalian buat, kalian abaikan!" Aku melepaskan amarah.

"Saya datang untuk membongkarkan kebenaran. Saya tidak berminat untuk melepas geram jauh sekali membenci. Tidak oerlu juga kata maaf, cukup pihak yang bekuasa menghukum mereka."

Serentak dengan itu, siren dari kereta polis memenuhi ruangan. Beberapa orang pegawai polis turun dari kereta dengan membawa gari. Dari kereta itu juga, Harraz dan Pakcik Kamal turun dan datang ke arah kami.

"Aku dah agak akan jadi macam ni sebab tu aku panggil polis. Ya, Ayra dan Zarul telah melakukan kesalahan jenayah, jadi kita biarkan pihak berkuasa yang uruskan. Sekarang Alanna sudah kembali. Kita perlu ingat kita juga ada silap dengan Alanna. Sarah sudah tiada, tapi Alanna masih hidup. Sakit itu ditanggung oleh gadis ini seorang diri. Takkanlah kita nak pejam mata, dan anggap seperti tiada apa yang terjadi?" Pakcik Kamal bersuara. Semuanya diam mendengar. 

"Alanna, pakcik dan makcik mewakili semua penduduk di sini memohon maaf atas ketidakmatangan kami sebelum ini kepada kamu," tiba-tiba kepalaku berdenyut.

"Tak apa, saya-" Mataku mula berpinar dan kabur.

"Alanna, kamu okay?" Aku menggeleng. Perlahan-lahan aku rebah ke lantai.

"Ya allah... Alanna." Suara Cik Yom menyapa telinga. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Denyutan di kepala masih belum hilang. 

"Cik Yom..." Aku menyebutnya perlahan.

"Alanna, kamu dah sedar?" Aku mengangguk perlahan.

"Tapi kepala saya masih rasa berpusing," pandanganku kembali kabur dan akhirnya mataku terkatup kembali.

𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚Where stories live. Discover now