𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 31

En başından başla
                                    

Bunyi hentakan kaki yang makin lama mendekat buat Syed Adi Uzam ambil nafas panjang. Wajahnya yang tegang tadi berubah normal. Lagian selepas melihat wajah cemberut si bongsu.

Dia tidak akan pernah berkasar dengan anak-anaknya yang lain, lebih-lebih lagi Alvina.

"Keluar. Abi tak nak Vina dengan bonda ada dekat sini lagi." Sekali lagi dia melontarkan arahan.

"What? Benda macam ni pun nak kecoh ke? Please lah. Orang jumpa family sendiri je pun. Bukannya I heret mummy jumpa lelaki lain!" Selamba dia melenting di hadapan si abi. Tahu yang lelaki itu tidak akan sesekali meninggikan suara bila dengannya.

"Sharifah Alvina Quswa..."

"Apa? I tak nak keluar selagi you pun tak keluar." Ujarnya selamba. Tidak peduli dengan wajah ketegangan Syed Adi Uzam.

"Vina. Bawa Puan Sri keluar." Altaf sedari tadi hanya diam, mengeluarkan suara. Tidak mahu situasi tegang ini berlanjutan.

"Tapi..." Melihat wajah si abang yang seakan memujuk, Vina akhirnya berserah.

"Ya. Ya. I keluar."

Lengan Engku Khadija dirangkul dan dibawa keluar dari rumah Altaf. Sempat ekor matanya mengerling kakak iparnya yang kerisuan. Senyuman kelat dia lontarkan untuk kedua pasangan itu sebelum dia mengheret Engku Khadija keluar.

"Vina. Bonda nak tengok abang Vina..." Engku Khadija menahan si anak.

"Vina tahu bonda risau. Tapi Vina cuma ikut cakap along. Insha Allah, along okey." Lembut suara Alvina menenangkan si bonda yang sudah tumpah air mata itu.

Di dalam rumah pula, tajam anak mata helang Syed Adi Uzam menikam wajah bersahaja Altaf. Menggelegak darahnya. Kenapa wajah mereka sungguh persis?

"Abi jangan salah faham. Altaf cuma—"

"Kau cuma tak puas tengok aku sekeluarga bahagia dan sekarang kau nak hancurkan kami pulak? Macam tu?" Bukan setakat memotong percakapan Altaf, malah sembarangan dia menuduh.

Altaf keluh nafas berat. Terpejam seketika kelopak mata kala telinganya dihimpit dengan sesuatu bunyi yang berdesing. Bingit.

"Abi. Bukan itu maksud Altaf." Lemah Altaf menyangkal. Tidak hiraukan belakang tapak tangan Eima yang menyeka darah itu.

"Habistu apa? Kau nak ludah jilat balik? Kau nak ulang sekali lagi perbuatan jijik kau tu ke Syed Altaf?!" Suaranya memetir sehingga terhinjut batang tubuh Eima. Bahu Altaf masih dipautnya.

"Aku dah cukup menyesal keluarkan kau dari tempat terkutuk tu, jangan sampai aku sumbat kau balik Altaf. Aku ada hak!"

Eima tergamam. Berkerut hebat dahinya mendengar kata-kata lelaki berusia itu. Wah, sungguh melampau ayah suaminya ini.

"Abi. Altaf tak buat benda tu. Altaf—"

Syed Adi Uzam menyeringai sinis. Tangan bercekak pinggang. Masih mahu menafikan segala perbuatan terkutuk itu? Tiada guna. Sia-sia sahaja. Bukti yang ada cukup menceritakan segalanya.

"Kau memang licik. Kau nak aku percayakan kau? Tunggu anak bini aku jadi mangsa kerja haram kau tu dul—"

"Maaf mencelah tapi Tuan Sri memang dah melampau." Perlahan sahaja Eima menutur. Tetapi sinaran matanya cukup menafsirkan segala-galanya. Eima marah.

"E— Eima." Altaf sentuh peha wanita itu. Kepala tergeleng kecil.

"Tak perlu kut Tuan Sri mengungkit balik hal ini, lebih-lebih lagi masa lampau seseorang. Meskipun Altaf pernah berdosa, tapi dia dah bertaubat. Jauh lebih baik dari kita yang tak pernah kembali pada tuhan ni." Tenang Eima membidas.

ALTAF'S SAVIOURHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin