BAB 12

34 2 0
                                    

KHALI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KHALI. Hanya simfoni kipas berpusing hiasi suasana, sepi dua pihak tanpa bicara. Lelah sandar belikat pada kusyen sofa, diikuti pasangan di bersebelahannya.

Tak semena-mena, kepala Afra melentok lemah. Rebah berehat di bahu tegap suami, pejam kelopak mata nikmati. Melotot bungkam, liur Ummar tersekat di celah tenggorok. Kaku tak beri reaksi, rentak jantung berirama tak sekata mulai ambil alih situasi.

"Ummar..." serunya lembut. Benar-benar merasa ada renjatan listrik menjalar vena, pipi Ummar berubah merah padma.

Ummar dehem berat. Tanda dia dengarkan panggilan itu. Cuba untuk kawal riak muka dan rasa bermukim di dada. Mahu meletup tatkala lengan halus Afra nakal selusup antara lengannya. Saling bertaut erat, Afra koyak senyum segaris suka. Jujur, dia lega bilamana Ummar masih setia. Sudi berada di sisinya, ini lebih daripada mencukupi baginya.

"Tisha, anak murid saya."

Afra mula bersuara. Celik mata, pelan-pelan kerdip semula. Layar minda penuh isi setiap skesta, walimah berdansa dan hantuinya.

"Dia buatkan saya teringat family saya. Mommy, daddy dan..." Nafasnya tersekat. Melotot cuba tenangkan diri, tak mahu Ummar ketahui. Berbahang tubir mata, Afra kerjap berkali agar tidak jatuh. Paut erat lengan suami, pohon sekelumit kekuatan disalurkan kepada diri ini.

"Di... dia." Retak nada, bergetar ulas bibir tuturkannya. Payah apabila hentaman memori hitam kembali lagi. Menyerkup dunia sedia keruh, terpedaya lakonan sirar berakhir duka.

Ummar jungkit alis. Timbul buih persoalan dalam benak minda, tetapi ditahankan dahulu. Sedar perubahan Afra, tangan Ummar rayap menyelitkan jari-jemari mereka. Elok bersatu, hangat menjalar seluruh vena.

Dalam diam, sulaman suam menjentik kalbu. Terbit rasa nyaman nan selamat dalam sentuhan sang perjaka, bahari tatkala Ummar eratkan tautan mereka.

"Not in a good way, actually."

Helakan keluhan panjang. Kewalahan. Cuba selesakan posisi kepala, melebar senyum tika jumpa.

"Mommy dulu penyayang orangnya. Sama macam daddy, pandai masak macam awak."

Ummar pegun. Terkerjap kelopak mata, berbera raut muka. Ritma peredaran darah tidak mahu kalah, berdendang melodi indah singgah halwa telinga. Harapnya Afra tak dengar, meskipun agak mustahil sebenarnya. Hanya mereka berdua dalam rumah, takat pula ada ketiga.

Syaitan tak ada kena mengena, ni halal okey?

"Tapi semua tu berubah, bila daddy saya dituduh terlibat dengan seleweng duit syarikat. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya tak nak cerita."

"Daddy kau tak buat."

"Itu kata mommy saya, dan macam itu jugalah saya fikir awalnya. Cuma, mana bukti nak sahkan daddy saya tak bersalah? Masa tu nak upah peguam pun, tak boleh. Rumah yang kami tinggal selama ni, kena jual. Barang kemas mommy pun, digadai dalam usaha nak bebaskan daddy. Sayangnya, semua tu masih tak cukup."

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now