BAB 8

24 3 0
                                    

ANDAI bianglala hadir setelah hujan ribut melanda, maka duka juga terselit harsa bila tiba masa. Mungkin ujian agar sedari tidak terlalu leka dan alpa, tetapi bagaimana cantuman kaca retak boleh dibaiki semula? Jikalau permata itu mahal nilainya, maka dia pula sekadar besi karat nyata jelek dan berbahaya.

Pejam. Celik. Pejam. Celik.

Dada berombak ganas, keringat menguncur dari pelipis. Paksa usir bayangan kelam hantui minda, mengah nafas apabila harus hadapi perkara sama berulang kali untuk lena. Meligih jari-jemari, renyuh kusyen sofa tempat labuhkan rehat.

Suram ruang tamu, malap cahaya dari sudut dinding semata-mata. Afra geligit bibir bendung rasa, juring mata basah apabila semakin kuat memori hentam dia. Teguk liur tanpa henti, sekat di celah kerongkong payah telan.

Semua itu mimpi Afra. Dia tak ada. Dia tak ada.

"Dia tak ada..." Sesak suara cuba tutur kata, bujuk dan yakinkan dirinya. Mengalir lesu air mata, terasa sesuatu garit setiap inci tubuh. Bagai tercampak dan berada dalam situasi itu lagi, denyutan sakit dan suara mereka berpuput di halwa telinga.

Please make it stop.

Berhenti. Berhenti. Berhenti.

Cukup lembah gelita carik dia tenggelam kembali, lagi dan lagi tanpa henti. Ngeri igauan bilamana masih segar terasa, berulang persis kaset rosak bermain layar ulangan yang sama. Afra paksa diri lelapkan mata, kewalahan dia tiada daya.

 Afra paksa diri lelapkan mata, kewalahan dia tiada daya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"A perfect slut, isn't?"

Sontak Afra celik mata, naik turun dada bersama nafas tak sehaluan. Sengsai cengkeram maha hebat, celahan bibir bergetar cuba desis suara. Afra cuba renggut nafas, semakin mendadak perih rengkung dada.

Terus dia bawa telapak tangan ke bahagian dada, raba sakitnya tak tertahan. Berbahang tubir mata, bahana menahan seksa. Pohon kurangkan pedih hadir meladeni dia, sengat terus ke pangkal otak kabur fikiran.

Berdentum-dentum bayangan bermain di layar minda, terngiang-ngiang setiap momen tersebut secara kasat mata.

Lenyapkan sentuhan mereka, di mana dia tak berdaya. Hirapkan bisikan lela manusia durjana, tikam umpama belati berdengung di koklea. Kecupan liar bercakan salutan nafsu perjaka gila, luruhkan semua tanda hiasi jasad suci tanpa noda.

Buang. Buang. Buang.

Pergi. Pergi. Pergi.

Desahan berat dihela mengah, melemah lasat bersama perit sentiasa menghantui dia. Ritma jantung laju mengepam, deras buliran jernih seiring jeladeri emosi membuak dalam atma.

Benda tu dah berlaku Afra. Mereka lakukan saat kau di titik terendah, bukan salah kau. Bukan kau yang minta. Bukan kau nak, bukan kau. Kau cuma mangsa keadaan, tapi kau bodoh selalu melawan.

Habistu kalau tidak, sama sahaja bukan pengakhiran dia?

Ulang semula. Ulang. Kau tak salah, kau tak salah. Kau bukan pemuas nafsu mereka, kau bukan pelacur. Kau harapkan sekelumit bahagia, kau yakin Ummar terima seadanya. Bagaimana bisa wujud manusia untuk terima, sedangkan dia sudah dilumuri noda tak mungkin lucut seumur hidupnya?

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now