BAB 2

58 2 2
                                    

Malaysia, 2022

HEMBUS nafas rengap, sandar kewalahan pada kusyen kerusi. Selesa, katup mata tenangkan minda. Sungguh, beban bagai berada di pundak uruskan syarikat ayah. Susah untuk dia perbetulkan semula sistem agak lenyap daripada rasuah dan urusan lain.

Mungkin dulu benar prosedur ayah lakukan begitu jelek, jijik kenangkan cara haram demi keuntungan duniawi semata-mata. Mahu bina pembangunan maju, pelbagai idea bernas dibentangkan serta projek juga saham diterima. Malahan ada yang sanggup guna cara kotor untuk raih perhatian dan ganding bahu sama, cuma kala itu dia pekerja kelas bawahan belum ketahui apa-apa.

Sungguh, dia teringatkan kawan baiknya Syaf. Asal utama bertugas sini asbab tawaran diberi, tidak tahu-menahu langsung kejadian dalam yang berlaku. Nasib ketua bahagian lelaki itu bukan orang tua dia, sebolehnya biarlah ditutup rapi rahsia tersebut.

Jujur, payah rupanya untuk cuci tangan. Dia perbetulkan segalanya, berjumpa keluarga pihak terlibat bagi permohonan maaf. Sememangnya ia tak mampu ubati permasalahan, tetapi Ummar terima segala cercaan dan hinaan dilemparkan kepadanya.

Ada yang katakan mahu failkan kes, tetapi punca utama adalah ketua keluarga yang sanggup serahkan anak-beranak jadi gadaian.

Apakah nilai wanita umpama permata jadi galang ganti ketamakan manusia? Benar-benar membuatkan Ummar dirasuk amarah dan terpaksa lempiaskan dengan cara tersendiri.

Mereka bukan alat.

Sontak, Ummar bangkit mendadak. Kempas-kempis dada tika gelumang memori ngeri meladeni dini. Menguncur keringat basahi pelipis, pucat roman wajah nyata lelah. Memang tak beri muka dia rehat walau sebentar, refleks ulas bibir carik senyum tipis.

"Boleh gila aku kalau macam ni."

Ummar raup muka sekali lalu, kerdip mata pada cahaya skrin laptop masih menyala. Setiap bait-bait aksara yang ada tidak lagi tarik perhatiannya. Fikiran kini dipenuhi kisah lalu penuh carca-merba, serabut kerana campur aduk hikayat hidup realiti jelas hantui.

Kontan, bunyi deringan nyaring menerjah gegendang telinga. Ummar gapai telefon pintar di muka meja, menggesek malas ikon hijau lantas lekap malas pada koklea.

"Kenapa Riz?" soal Ummar, letih.

Sedetik, melotot gamam Ummar spontan bingkas bangun. Menggeligi tangan genggam gajet, dikemaskan pegangan seutuhnya. Kornea mata dia hadapkan pada dinding kaca, lemparkan pandangan pada pemandangan infrastruktur pembangunan seiring dunia berkembang maju.

"Mar, ayah kena tahan polis."

Gigit bawah bibir, bendung gelojak rasa badai dada. Tak mahu melatah, dia harus lapang terima. Pasti ada asbab kukuh menyebabkan ayah dalam tahanan, setelah sekian lama ayah letakkan jawatan dan berikan kepada mereka berdua.

Pembetulan, dialah tonggak dan Harriz pula sekali-sekala bersama. Demi Najwa, kadangkala Harriz akan lebihkan masa dengan adik kesayangan berbanding kerja. Ummar endak kisah, dia faham dan benarkan sahaja. Walaupun penat mengerah tenaga, biar dia galas selesaikan hal-hal lain.

"Ibu?" soalnya.

Aneh, mengapa pula gerangan wanita gila itu juga timbulkan masalah? Tiada waktu lebih tepat gamaknya selain situasi sekarang sedia runcing.

"Ibu accident Mar."

Dan-dan Ummar desah berat. Kerunyut dahi tentang satu-satu perkara serentak berlaku, ke mana pula pergi saat genting ini sampai buat litar lumba kat jalan raya? Memang dahulu tak cukup agaknya rencanakan kemalangan pada mereka, kini ibu sendiri juga mahu rasai sama?

Peninglah aku.

"Kau kat mana sekarang Riz? Bagitahu aku," ujar Ummar setelah lama diamkan diri. Sebelah tangan ralit buka butang leher, sementelah bahang timbunan beban seakan membakar kepala.

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now