BAB 11

36 2 0
                                    

MEKAR kuntuman senyuman, naik seri raut wajah. Dua minggu berlalu sejak bersama Ummar, terasa begitu cepat masa sampaikan tidak sedar. Celoteh Afra kedengaran hiasi suasana, lunak suara meniti celahan bibir mongelnya. Ceria menyapa tatkala tunjuk ajar, sesekali selitkan usikan hiburan agar tidak bosan pembelajaran mereka.

Ralit dakwat hitam sentuh kanvas papan putih, leka tuliskan sesuatu sebagai tamat sesi untuk kali ini. Beberapa jenis bentuk soalan dia lakukan, mahu uji batu permata cilik tentang pelajaran mereka. Afra kemudian oleng kepala, liarkan anak mata lazuardi sekeliling pada seisi kelasnya.

"Baiklah, cikgu nak pilih tiga orang yang bertuahlah." Afra tutup pen marker, letakkan elok kembali ke penghadang papan putih. Lakar senyum kecil tika anak-anak cilik itu sudah angkat tangan tinggi, seakan mahu jadi diantara insan terpilih.

"Satu dua tiga lepuk..." Afra berjalan melepasi anak muridnya, jari runcing turut bergerak sama. Setiap patah terarah pada insan berbeza, memasing beria-ria dan semangat tatkala Afra mengeleweh melihat keletah mereka.

"Jantan betina kena..." Hampiri satu per satu, picingkan kelopak mata tika sasarannya semakin mampir. Gadis kecil termenung jauh, seakan hanyut dibawa dunia sendiri. Nihil pandangan tatkala lain riuh-rendah, timbul buih persoalan dalam benak Afra berkaitan keadaan permata itu.

"Ketuk." Afra daratkan sebelah tangan lembut ke bahu kecil gadis, miring jemala sembari tertawa kecil. Terpinga-pinga sang gadis, tatap polos roman muka Afra.

"Awak jawab kat depan boleh Tisha sayang?" Lembut tutur katanya, pancing Tisha tampak bingung dengan situasi. Tertanya-tanya juga mengapa gadis itu termenung jauh, Afra usap bahu Tisha kejutkan dari dimensinya.

"Ada enam soalan, sorang dua okey? Saya nak pilih lagi dua yang bertuah." Afra tepuk perlahan bahu gadis, salurkan semangat dan sokongan. Meneruskan sesi pemilihan, riuh-rendah bahagia.

"Okey, siapa pula nak jawab soalan seterusnya?"

"Okey, siapa pula nak jawab soalan seterusnya?"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

BAYU petang menampar manja roman muka. Lembut mengalunkan juntaian rambutnya. Sinar jingga malu-malu menyinggah dari celahan pagar bergerigi. Memusat pandangan pada panorama senja kian menjelma.

Perfect smiles and perfect lives.

Though I know it's all a lie.

I can't help but feeling I should change.

Alunan simfoni bergentayangan di ruangan koklea, ruangan kepala dipenuhi pelbagai bayangan dalamnya. Tepi bibir paksa carik senyum tipis. Juring mata menghangat basah, ketik butang ulang semula lagu sama setelah jumpai noktahnya.

This is for the lonely ones.

The ones who go to bed and think they got no one.

The shy kid at the playground.

The runaways on Greyhounds.

Kedua-dua tangan genggam erat telefon, hubungkan airpod miliknya dengan alat telekomunikasi. Sesekali, bibir mongel Afra mengalunkan muzik didendangkan halwa telinga. Segaris senyuman bergayut kian pudar, kerjap kelopak mata berkolam pedih. Jatuh menitis, seakan jauh diselam dimensi melodi.

Tulus Kasih Kirana Donde viven las historias. Descúbrelo ahora