Chapter 39

1.8K 171 20
                                    

Malam , pukul 2.30 pagi . Aireen tak boleh tidur . Seperti biasa , mimpi ngeri . Tapi kali ni , lebih teruk .

Dia terduduk , berpeluh-peluh . Dia menarik nafas dalam-dalam dan sangkut-sangkut melepaskannya . Sakit . Rusuknya masih sakit . Hanya luka di wajahnya sahaja yang dah jadi luka kering .

Dia senyap-senyap keluar dari bilik , tak mahu membangkitkan yang lain .

Dia berada di beranda . Cahaya lampu mentol di tengah-tengah beranda rumah menyinari seluruh beranda . Dia mencapai sekotak rokok di atas meja di tepi dan mengeluarkan sebatang rokok .

Dia beberapa kali menarik nafas dengan dalam , cuba menenangkan fikirannya .

" Adik ? " Satu suara dari belakang membuatnya terkejut . Dia berpusing .

Mak ngah .

" Oh .. mak ngah . " Aireen cepat-cepat mematikan bara rokok dengan menghancurkannya di dalam bekas abu rokok .

Dia mengipas-ngipas supaya asap rokok pergi dari situ .

" Adik buat apa dekat luar ni ? " Mak ngah bertanya .

" Adik tak boleh tidur . Tu yang adik merokok sekejap . Sorry . Adik terbangunkan mak ngah ke ? " Aireen rasa bersalah .

" Eh . Tak ada lah . Mak ngah baru balik dari tandas . Nampak pintu terbuka , tu yang mak ngah keluar jenguk . " Mak ngah berkata .

Aireen mengangguk sebelum keadaan menjadi senyap . Masing-masing memandang ke arah pantai . Angin sejuk menerpa ke arah mereka .

" Adik okay ? " Mak ngah bertanya . Dia dapat rasakan sesuatu pada Aireen .

" Okay je . Just .. tak boleh tidur . Mungkin sebab pagi tadi adik minum air nescafe si Kahar kot . " Aireen menipu . Mana ada dia minum air nescafe .

Tipu sunat . Dia tak mahu mak ngah risau tentangnya .

Mereka senyap sekali lagi .

" Adik ... Mana Aireen ? Mana Aireen Khairina yang dulu ? " Mak ngah rindukan anak buahnya yang dahulu .

Aireen mengeluh berat sebelum memalsukan senyuman di wajahnya .

" Mak ngah . Adik minta maaf sebab tak dapat nak kembalikan Aireen yang dulu . Adik dah cuba tapi adik tak mampu . Jadi , inilah Aireen . Aireen yang baru . "

" Aireen yang lama tu dah lama terkubur dengan arwah umi , arwah abang Izz dan arwah Eyka . Adik tak mampu nak gali semula kubur tu dan tarik dia untuk keluar dari situ . Adik tak mampu . Adik harap mak ngah dengan pak ngah boleh terima adik yang sekarang . " Aireen tersenyum kecil .

" Mak ngah faham . Sudahlah . Pergilah masuk , tidur . " Lembut mak ngah berkata .

Aireen mengangguk sebelum mengatur langkah untuk balik ke biliknya.

Mak ngah mengeluh . Dia membuka telefonnya .

Unread messages

Unknown
Kak . Esok saya datang . Saya dah sedia nak berjumpa dengan Aireen .

---


Mak ngah mengeluh sebelum masuk ke dalam dah menutup pintu .

Esoknya , semua berjalan seperti biasa . Tiada apa yang luar biasa selain dari Kahar asyik mengenakan Aireen . Dan Kahar asyik dikejar oleh Aireen .

Petang itu ,

Pak ngah membawa Kahar ke dusun . Saja nak tunjuk-tunjuk katanya . Aireen tak ikut . Dia tinggal di rumah dengan mak ngah .

THE KAPLA'S CINTA HATI Where stories live. Discover now