Pesanan terakhir Aryan seakan terngiang-ngiang di dalam kotak fikiran Carl. Kenapa dia merasakan sesuatu?

Tanpa melengahkan masa, dengan sepantas kilat Carl Hayden yang merupakan orang terkuat Aryan Herriez meluru turun ke bawah tanpa mengendahkan panggilan yang lain.

"Carl!! Dah kenapa?!" Ray yang terkejut melihat pergerakan drastik Carl terus sahaja mengikut jejak langkahnya.

Nuk Hakeem dan juga Lissa turut mengikuti Ray tanpa menyoal tatkala jantung seakan mahu tercabut. Something happened? Really?

"Find Cara Estella now! I swear to god I will not forgive those who did this! I will kill them!!" suara tegas seorang Carl Hayden yang sudah lama tidak kedengaran itu menghentam kuat gegendang telinga mereka. Dia mendengus kasar. Dadanya berombak seakan air laut yang bergelora tika ini.

"What's wrong Carl?"

"Ada apa-apa terjadi dekat Cara ke? Bagitahu ayah cepat Carl." jelas riak muka kerisauan seorang ayah terhadap satu-satunya anak perempuannya.

Pandangan Carl luruh pada suatu tempat. Bagaikan tsunami melanda, terkejut bukan lah kepalang apabila melihat banyak darah di hadapan pintu gerbang. Pintu juga memang sudah dibiarkan terbuka sejurus sahaja Carl sampai di situ.

"Ya Allah...Anak aku...Carl tolong...Tolong cari Cara..Ayah tak sanggup kehilangan anak ayah lagi..." mendengarkan rintihan Nuk Hakeem, dada Carl terasa sesak.

"I failed signor. I failed." ujar Carl perlahan. Rambutnya turut diraup kasar. Kenapa semudah itu sahaja amanah kawan baiknya dihampakan.

"No! Don't give up Carl! Not now. We have to make sure Cara safe for the sake of Aryan's wish." Ray cuba menguatkan semangat Carl. Sesungguhnya, dia juga terkejut melihat kejadian drastik ini bilamana mereka di atas sudah riang gembira ingin menyambut kepulangan Cara namun lain yang jadinya.

Kita tak boleh sangkal takdir tuhan. Kun faya kun.

Lissa yang sedari tadi menangis teresak-esak di anak tangga. Tidak sanggup melihat darah yang banyak di lantai marmar.

"Cara..."

"Wait a minute. This is.." Ray bersuara.

"Fake blood?" Carl mencelah.

"Yes it is. Dia cabar kita Carl." senyum sinis terukir.

"To the empire." terus sahaja langkah diatur ke kereta. Lissa yang seakan faham maksud Carl terus sahaja mengambil kain untuk mengelap darah yang dikatakan fake blood.

Sejujurnya, ya. Dia menggunakan cat merah dan dicampurkan dengan sirap. What is their motive?

-

KEPALANYA terasa berpinar dek kerana kesan ubat pelali yang sangat kuat. Tangannya ditarik untuk mengurut kepalanya yang sakit itu namun gagal. Anggota badannya usah dikata, sungguh sakit ya amat. Dia merasakan bahawa segala sendinya telah dipatah-patahkan.

Kelopak matanya dipaksa untuk buka secara perlahan-lahan. Hanya kegelapan dan kepekatan malam itu menghiasi kornea matanya setelah tidak menyedari diri selama entah berapa jam atau berapa hari.

"Aku kat mana ni?" ujarnya sendiri tatkala dia meronta sedikit setelah merasakan tangannya diikat dengan rantai besi.

Tubuhnya diikat secara berdiri pada suatu palang besi. Sungguh kejam pelakunya kerana membiarkan sahaja dia diikat sebegitu rupa.

Well, human is more cruel than the devil. We all know that.

"Help me! Someone's there? Ah kau Cara jangan nak mimpi lah akan ada orang yang selamatkan kau tengah malam buta ini." bebelnya sendiri.

"Erghhh!!" Cara merengek kesakitan. Seluruh tubuhnya seperti terkena renjatan elektrik. Sakit Aryan..Tolong saya.

Saat ini dia mengaku dia lemah. Dia bukanlah lagi seorang Private Investigator yang lebih dikenali sebagai P.I Stella. Kini, dia hanyalah mangsa yang nyawanya bakal diragut bila-bila masa sahaja.

"Well well well.." meleret nada suara asing itu. Cara tidak dapat mengecam suara tersebut maka dari situ dia anggap lelaki itu bukanlah kenalannya.

"Who are you?" lemah longlai Cara menanyakan soalan itu. Dia sudah tiada kekuatan dek kerana perutnya masih belum diisi apa-apa sejak pagi selain coffee itu mula mengerang kesakitan.

"You know me better sweetheart.." tangannya dilingkari pada leher Cara. Luckily, tudungnya masih terletak elok menutupi segala auratnya yang special untuk Aryan sahaja.

"I don't know who are you and I would never want to know a stupid and crazy person like you!" nadanya naik seoktaf. Serta-merta dia menghirup oksigen yang kurang bersih itu.

"Wow. I thought you're weak because what I know..." nadanya sengaja dileretkan. Menimbulkan tanda tanya oleh Cara.

"You know what stupid?" kakinya yang tidak diikat terus naik menyepak peha lelaki itu. Dia masih belum dapat melihat raut wajah lelaki itu.

PANG!

Satu tamparan dihadiahkan pada pipi kanan Cara sehingga cecair darah keluar dari hujung bibirnya. Pipinya terasa pijar namun dia tidak mampu mengadu kesakitan.

"Ergh! You're Aryan's weakness!!" dengusnya kasar sebelum leher Cara dicengkam kuat. Kuku lelaki itu mencengkam kuat lehernya yang masih berlapik.

"I'm Ar-Aryan's strength." tersekat-sekat Cara mengujarkan perkara tersebut.

"I've been following you sweetheart. Kau tahu tak? Aku harap sangat kau handle kes aku and here we are." sinis senyumannya setelah itu.

Jadi? Inilah lelaki yang dia buru, yang bijak mengatur strategi sehingga dia tidak menjumpai sebarang bukti.

Cara diam seolah tidak mendengar apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

"I know. Aryan is alive. I want his blood. So I took his weakness." terhambur segala ketawa yang mengerikan. Cengkaman turut dilepaskan olehnya.

"Aryan is dead. Are you stupid?!" rontaan Cara semakin kuat. Dia hanya ingin melepaskan diri.

Sementelah itu, dengan segala kudrat yang masih tersisa. Dia dapat melepaskan diri apabila rantai besi itu terlerai. Terima kasih Allah SWT kerana menolongnya.

Belum sempat dia melarikan diri. Lelaki itu terus menggamit lengannya dan...

PRAKK!!

Lengannya dipulas kuat oleh lelaki itu sehingga berbunyi retakkan.

"ARGHHH!!!" jerit Cara melepaskan segala kesakitan yang dirasai.

"Aryan would never die easily just like that!" lengan Cara ditindih kuat pada permukaan lantai itu.

Lelaki itu tersenyum sinis seakan syaitan melihatkan Cara meronta kesakitan. Sungguh dia gembira melihat wanita milik Aryan diseksa sebegini rupa.

Dengan pantas dia terus menindih tubuh Cara yang meronta ingin melepaskan diri itu. Kudrat perempuannya yang lemah dan tidak bermaya buat masa sekarang tidak mampu melawan kudrat seorang lelaki yang kuat ini.

Tika ini..

Dia perlukan Aryan.

Cause Aryan is her knight in shining armor. He will protect his woman at all cost.

Tiba-tiba suara Aryan seakan kedengaran. Ya suara dari surat yang Aryan berikan padanya.

'If you're in trouble, just shout my name and I'll directly run to you.'

"Aryan..."

"Aryan..."

"Aryan!" penglihatannya kabur. Dia redha maruahnya diratah rakus oleh lelaki kejam itu.

BANG! BANG! BANG!

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now