𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 28

Start from the beginning
                                    

Sentak Altaf beralih pada Eima. Ya tuhan! Isteri dia belum jamah makanan sejak pagi.

"Ha? Oh Eima dah makan tadi, bonda." Eima senyum kelat.

Altaf gapai dompet miliknya yang berada di atas meja bersebelahan katil sebelum kakinya dibawa turun menyentuh lantai.

"Eh, Altaf. Awak nak ke mana?" Eima tahan pergerakan si suami. Hampir jatuh rahangnya melihat Altaf yang selamba turun daripada katil.

Altaf sentuh lengan Eima dibahunya.

"Eima last makan breakfast. Ini dah malam. Eima belum makan." Nada dan air wajahnya berubah lembut. Renungan wanita itu juga dibalas redup.

"Kalau macam tu, bonda dengan Affan turun belikan makanan. Eima jaga budak degil ni. Jangan biar dia merayap."

Altaf keluh panjang. Pusing kebelakang sedikit, wajah dua beranak itu menghiasi pandangan.

"Altaf dah cakap, Altaf boleh selesaikan sendiri. Puan Sri baliklah. Jangan risaukan Altaf." Lemah Altaf menutur.

Dia tidak mahu susahkan wanita itu. Lagipun, sudah malam. Sampai ke pengetahuan abi, pasti teruk Engku Khadija dan Affan kena nanti.

"Siapa cakap bonda risaukan Altaf? Bonda risaukan menantu bonda. Altaf dah banyak susahkan menantu bonda. Bonda datang nak ringankan beban Eima."

Altaf perasan. Fikir Engku Khadija datang semata-mata untuk dia ke? Orang bimbangkan menantu comel dia ni.

"Eh bonda. Tak! Eima okey. Eima—" Bersilih ganti Eima pandang Altaf dan ibu mertuanya. Tangan sudah melambai-lambai tanda menidakkan kata-kata wanita itu. Eima tidak mahu Altaf salah faham.

"Awak nak makan apa, Eima? Saya belanja." Affan pula mencelah. Sekali dengan pakej mempelawa.

Altaf mendecak perlahan. Dompet diselak kasar sementelah beberapa keping not RM100 dikeluarkan dan dihulurkan kepada si adik.

"Pakai duit aku." Suaranya keras. Buat apa guna duit Affan? Eima isteri Altaf, tanggungan Altaf, bukan? Jadi biarlah Altaf yang keluarkan duit untuk Eima!

"Tak apa. Guna duit Affan. Dah lama Affan teringin nak belanja Eima." Segaris senyuman menawan dia lemparkan khas untuk kakak ipar tersayang.

Ketap rahang kuat-kuat sehingga dengusan sebal menggumam.

"Kau pekak ke? Pakai. Duit. Aku." Ditekan duit ditangan ke dada Affan sehingga ringisan terbit di celah bibir lelaki itu.

Berlapis dahi Affan merasakan tulang lelaki itu menekan kuat disitu. Sakit juga. Melihat panahan tajam si abang yang seakan menusuk, lekas sahaja dia sambut wang kertas itu. Altaf garang!

"Dah. Jom Affan. Eima jaga Altaf tau? Nanti bonda datang." Lengan Affan dirangkul sebelum melangkah keluar dari wad hospital.

"O— okey, bonda..." Lambat-lambat Eima menjatuhkan kepala. Engku Khadija tidak pesan pun, dia pasti buat. Eima tidak akan tinggalkan Altaf sendirian!

Keluar sahaja dua sosok tubuh itu, bahu Eima jatuh mengendur. Nafas dihela lemah sembari kelopak matanya turut terpejam.

Tersentak Eima kala jemarinya digenggam oleh satu tangan kasar. Angkat kepala, wajah tampan milik si suami menghiasi pandangan. Melihat senyuman menawan itu, Eima senyum hambar. Genggaman jemari Altaf dibalas.

"Eh." Terkejut sedikit Eima saat punggungnya terhenyak elok di atas katil. Sisi pinggulnya berlaga dengan peha Altaf.

"Eima nak ke mana?" Kedua belah tapak tangannya berlabuh di sebelah peha Eima. Mengunci pergerakan wanita itu. Wajahnya juga dibawa merapat.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now