SECRET MAMA | L I M A B E L A S

Start from the beginning
                                    

"Hm?"

"Err kau sibuk?"

"Nak tidur, kenapa?"

"Aku nak ucapkan, selamat hari lahir, tu je." Perlahan suara Iman menutur. Lama Irshad mendiamkan diri sehingga membuatkan dahi Iman berkerut hairan.

"Irshad?"

"Hello adik kesayangan, kenapa kau telefon ni?" Soal Irshad dengan nada teruja. Iman menghela nafas.

"Happy birthday,"

"Ouhhhh, sweetnya kau ni. Bila kau balik?" Soal Irshad seraya merenggangkan badannya. Mata menjeling sekilas kearah jam sisi. Pukul 1.07 pagi.

"Lapan haribulan. Kenapa?"

"Nanti kita celebrate sama-sama, aku nak off dulu, byee,"

Tut.. tut.. tut..

Irshad tersenyum lebar selepas panggilam ditamatkan olehnya. Dia kembali berbaring di atas katil sebelum matanya perlahan-lahan terpejam.

******

Irshad berlari laju menaiki tangga rumahnya menuju ke tingkat atas. Suara Iman meraung ke sakitan jelas kedengaran di halwa telinganya sebelum dia merempuh masuk ke dalam bilik adiknya itu.

"Mama! Iman!" Lengan ibunya ditolak menjauhi adiknya yang sedang kesakitan akibat dipukul oleh ibunya itu menggunakan batang paip.

Irshad lantas memeluk Iman yang sedang kesakitan itu sambil memandang kearah ibunya tidak percaya. Sanggup ibunya memukul anak sendiri yang hanya berusia 7 tahun?

"Kenapa mama pukul adik?! Mama tak sayang adik dah ke?!" Soal Irshad, marah. Kepala Iman di sorokkan di dalam pelukkannya.

"Tepilah bodoh! Budak ni menyusahkan aku! Ah! Bagi sini budak sial tu!"

Irshad memeluk erat tubuh Iman yang sudah bergetar ketakutan itu tatkala mamanya menghayunkan batang paip.

Pap!

Batang paip tersebut mengena kuat dibelakang badannya dek kerana dia melindungi adiknya itu.

Puan Farisha mendengus geram seraya berlalu pergi dari situ dan mengunci pintu dari luar. Irshad lantas melihat adiknya yang masih ketakutan sebelum dia membelek seluruh tubuh lelaki itu.

Terlalu banyak kesan luka, lebam dan berdarah. Irshad mengeluh seraya menggendong adiknya itu ke atas katil.

"Kenapa? Apa jadi? Kenapa mama marah sangat?" Soal Irshad, mendatar. Rasa sakit di belakang badannya tidak dihiraukan melainkan fokus mengubati luka adiknya itu.

"Tak tahu.. iman cuma tidur.."

Irshad diam. Dia kemudian memeluk adiknya itu dari belakang sebelum dia merebahkan tubuhnya di atas katil dikuti Iman yang berada si dalam pelukkan abangnya itu. Irshad meletakkan dagunya di atas kepala Iman manakala Iman memainkan jarinya dan jari besar miliknya itu.

"Abang nak tidur kejap, kalau Iman lapar bagitahu.." Irshad memejamkan matanya letih.

"Abang.."

"Hm?"

"Tadi abang kena pukul.. sakit tak? Kenapa tak letak ubat?" Soal Iman, polos.

Irshad senyum tipis. "Tak, tak sakit. Iman sakit tak?" Iman mengangguk.

"Sakit.."

"Tak apa, lelaki kena jadi kuat."

"Kalau Iman kuat, abang tak lindungi Iman lagilah kan?"

"Tak, abang semtiasa lindungi Iman. Abang seorang saja boleh buli Iman. Dah, abang nak tidur."

"Tapi Iman lapar.."

IRSHAD mencelikkan matanya yang terasa berat itu. Lama dia merenung siling bilik tidurnya dengan tatapan kosong. Memori lamanya. Memori di mana hari ulang tahun ke 11 dirinya.

Perlahan Irshad mengeluh sebelum dia bangun dari baringan dan termenung.

"Kalau bukan isteri kau, siapa lagi yang nak uruskan kau dengan Farah?"

"Aliyah tu suspicious, hati-hati."

"Kau yakin tak nak cari siapa mak si Farah ni?"

"Kadang jawapan memang ada depan mata."

Telefon bimbit miliknya dicapai sebelum dia menghubungi nombor seseorang. Lama dia menanti panggilan tersebut dan akhirnya bersambung.

"Hello—"

"Aliyah, jom kahwin." Ajak Irshad, tiba-tiba.

"Tch! Baru semalam you ajak I kahwin, tak reti sabar ke?!"

tut.. tut.. tut..

Irshad tayang wajah blur. Ouh Tuhan, kenapa dengan dia ni?

Selimut diselak ketepi sebelum Irshad melangkah turun dari katil miliknya. Bilik air dituju untuk membersihkan diri. Mimpi semalam cuba dilupakan.

ALIYAH meletakkan Farah ke dalam carseat khas bayi di dalam keretanya sebelum dia juga masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Hari ni hari terakhir dirinya menjaga Farah. Sepatutnya esok, tapi dia perlu dapat arahan untuk bertugas pula.

Kereta yang dipandu olehnya dibelokkan ke kiri memasukki sebuah rumah banglo yang besar dikelilingi dengan hutan. Kereta diberhentikan di depan gate besar yang di jaga oleh beberapa orang pegawai.

Tingkap kereta diturunkan apabila pengawal mengetuk tingkapnya sambil mengacukan riffle. Aliyah menjungkit kening. Pengawal yang melihat wajah Aliyah itu menunduk hormat sebelum membenarkan Aliyah masuk ke dalam kawasan rumah banglo tersebut.

Setelah memarkingkan kereta, Aliyah keluar dari kereta sambil membawa Farah untuk masuk ke dalam.

"Cik muda!" Tegur seorang pembantu rumah yang kebetulan sedang melap cermin disebelah pintu masuk.

Aliyah membalas dengan senyuman sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo tersebut.

"Assalamualaikum.."

Ke dua orang pasangan yang sedang menonton television itu menoleh sebelum wajah keduanya berubah riak.

"Farahin.." tegur Puan Aysmin. Encik Faris menayangkan wajah dingin sebelum dia bangun dan berlalu pergi dari ruang tamu itu.

"Mama.." tangan Puan Aysmin di salamnya hormat sebelum mereka berdua melagakan pipi.

"Anak siapa ni, Farahin?" Soal Puan Aysmin sambil merenung wajah comel Farah.

"Anak—"

"Ingat pula kau jalan balik rumah ni." Automatik kedua orang wanita itu menoleh kearah tangga rumah memandang kearah sosok tubuh seorang gadis anggun disitu.

"Tak ingat, tadi pun kena ikut waze," jawab Aliyah, acuh tak acuh. Ayrah Nur Farhana menjegilkan matanya keatas tanda menyampah dengan jawapan adiknya itu.

"Wow, bertahun tak balik rumah, tiba-tiba ada baby. Anak haram ke Far?" Soal Ayrah, sinis. Aliyah menjeling tajam sebelum dia menunjukkan jari tengahnya pada kakaknya itu.

"Bukanlah! Ni anak angkat kawan aku. Aku jagakan je," jawab Aliyah, malas. Ayrah membuat mulut bentuk 'oooo'

"Jadi kenapa kau balik ni? Dah gulung tikar ke?" Soal Ayrah lagi sambil menjungkit kening.

Aliyah tidak menjawab melainkan memandang wajah ibunya.

Tbc
[1347 words]
[28/4/2023]

Selamat hari rayaaa

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now