41 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

Start from the beginning
                                    

"KAU NAK KATA AKU GILA KE HAH! AKU TAK GILA!!!!"

"Sabar Cik, Sabar...kalau Cik tinggikan suara, haa nanti sekali dengan darah Cik tu akan meninggi."

Nafas Amiya naik turun dengan laju. Geram dengan Nurse.

"Keluar." Amiya bersuara lemah.

Nurse tersenyum lebar. "Haa kan elok macam tu."

.
.
.
.
.

"Ivan tu mesti orang yang paling Miya sayang. Sampaikan Miya meraung sebab terjaga dari koma. Sepatutnya Miya happy lah. Ini tidak."

Adam dan Liwiya mengangguk setuju dengan kata-kata Lucas.

"Tetapi sampai bila? Sampai bila Miya nak sedih macam tu? Kalau Ivan tu wujud dekat dalam dunia ni, haaa okey lah juga. Tetapi masalahnya dia tak wujud." Liwiya memicit-micit dahinya.

Apabila Nurse sudah keluar dari bilik wad itu, mereka bertiga terus masuk ke dalam bilik wad. Mama pergi ke Kafe.

"Abang mesti ada dekat sini kan? Abang mesti tengah peluk, Miya sekarang.."

Mereka bertiga berpandangan.

"Aku rasa, kita kena belikan barang yang Ivan tu suka. Iyelah, mesti Miya akan rasa dekat dengan Ivan kalau barang tu ada." Liwiya memberi cadangan.

Adam dan Lucas mengangguk setuju.

Mereka bertiga menghampiri Amiya yang sedang termenung.

"Miya. Okey macam ni. Kau bagitahu kitorang, barang apa yang kau nak. I mean macam barang tu, barang kegemaranan Ivan. Haaa..kau minta aje apa-apa, asalkan kau kembali tersenyum."

"Hoodie.."

Pertemuan mereka.

"Hoodie? Suami olok-olok kau memang pakai hoodie aje ke?" Adam menyoal.

Amiya menjeling tajam ke arah Adam.

"Dan- "

"Eh satu jelah. Kau nak banyak-banyak buat apa?" Adam menyampuk.

PAK!!

"Sshh!!!" Lucas menjegilkan mata ke arah Adam. Adam hanya tersengih dengan tangan mengusap bahu.

"Tikus."

"HAH?!!" Mereka bertiga ternganga.

"Aku rasa Miya ni dah tak betul." Adam berbisik ke arah Lucas. Lucas mengangguk setuju.

"Kau..kau betul-betul ke ni, Miya? Kau sedar tak apa yang kau cakapkan ni?" Liwiya menyoal untuk kepastian.

"Aku cakap nak tu... NAK LAH!!!!!"

Terhinjut bahu mereka bertiga apabila ditengking Amiya. Mereka pantas mengangguk laju.

"O-okey okey, Nanti aku bawa." Liwiya tersengih dengan air liur ditelan.

"So? Tunggu apa lagi? Bla lah." Amiya menghalau dengan suara mendatar.

Mereka dengan cepat keluar dari bilik Wad itu sebelum Amiya mengamuk lagi.

"Sekarang ni, dekat mana kita nak cari tikus?" Adam menyoal. Pelik sungguh mereka dengan haiwan yang diminta Amiya.

"Dekat dalam longkang lah." Lucas menjawab.

"Apa Miya nak buat dengan tikus tu? Dia sedar ke tidak yang tikus tu..ergh, disgusting.." Meremang Liwiya apabila teringat tikus yang berbulu nipis itu.

"Entah-entah..suami dia tu tikus!" Adam meneka dengan mata membulat.

"Gila lah! Takkan lah Miya nak kahwin dengan tikus." Liwiya mengangkat sebelah tangannya seperti mahu memukul Adam.

"Eh mana tahu kan, tikus dalam koma dia tu ada iras Louis partridge." Adam berkata dengan kening diangkat berkali-kali.

Liwiya menepuk dahinya.

"Habistu, kenapa dia nak tikus tu?" Lucas menyoal dengan kening dijongket tinggi.

"Err.. mungkin suami dia suka tikus?"

Adam dan Lucas berpandangan dengan wajah berkerut.

"Aku rasa Miya kahwin dengan orang Gila. Sebab tu Miya sekarang dah macam orang gila." Adam berkata dengan nada perlahan. Risau kalau orang di dalam bilik wad itu mengamuk lagi.

"Liwiya, Adam, Lucas!"

Mereka bertiga menoleh memandang Mama yang sedang menghampiri mereka.

"Macam mana dengan Miya? Dia semakin okey?" Mama menyoal dengan wajah semestinya risau.

Mereka bertiga menggelengkan kepalanya. Okey apa nye kalau Miya minta tikus.

Mama menghela nafas hampa. "Kamu semua balik ajelah dulu. Biar makcik aje yang jagakan Miya."

"Okey Makcik. Besok pagi kami datang." Liwiya berkata lalu menyalam tangan Mama. Mama mengangguk.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mama mengurut badan Amiya. Sudah setahun Amiya terbaring aje di atas katil. Jadi Mama mahu regangkan otot-otot Amiya.

"Miya.."

Amiya hanya diam dengan mata termenung memandang dinding.

"Ivan tu suami Miya?"

Amiya diam lagi.

"Miya, Sudah-sudah lah termenung. Lagipun kalau Miya sedih macam ni, bukannya Miya boleh dapat apa-apa. Ivan tu pun tak wujud, jadi Amiya kena moveon ye?" Mama memujuk lembut.

Amiya rasa hatinya panas dengan ayat Mama.

"Ivan tu suami Miya, Mama..." Mata Amiya sudah berkaca.

"Dia baik, dia tak pernah sakitkan Miya, Dia tak pernah tengking Miya, dia ambil berat pasal Miya, Takkan lah Miya nak lupakan dia..." Amiya memandang Mama dengan air mata mengalir laju.

"Miya..Miya rindu Ivan..." Amiya mengongoi dengan tanggannya menggoncang lengan Mama.

Mama mengetap bibir. Mama juga tidak kuat apabila anaknya seperti ini. Mama memeluk tubuh Amiya erat.

"Mama minta maaf..."

"Miya rindu Ivan...." Amiya berkata lagi dengan matanya sudah memberat. Amiya sudah penat. Penat kerana Amiya banyak menangis dan menjerit hari ini.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now