34 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

733 33 0
                                    

Hari ini, Mereka akan ke rumah Mama. Aivsya sudah tidak sabar mahu berjumpa nenek.

Amiya menarik beg bagasi keluar dari bilik lalu menuju ke tangga. Baru sahaja Amiya mahu mengangkat beg bagasi itu, beg itu ditahan Ken.

"Biar aku tolong." Ken berkata dengan nada penuh gentleman. Ken mengambil beg bagasi itu. Amiya terpegun melihat Ken mengangkat beg bagasi itu menggunakan satu tangan. Tak berat ke? Aku yang angkat dua tangan pun dah rasa berat.

"Baik kan aku?" Ken menyoal dengan senyuman bangga. Amiya menggulingkan anak matanya. Dia dengan sikap kuat perasan tu memang tak boleh dipisahkan.

"Cepatlah, bawa beg itu turun. Saya nak pergi tengok Aiv--"

BUK! BUK! BUK! BUK! BUK! BUK! BUK! SREEEETTTT!

"Settle." Ken mencekak pinggang dan mengalih pandangan ke arah Amiya yang sudah melopong melihat beg bagasinya terbaring di tingkat bawah.

"Sama-sama!" Ken berkata dengan nada riang lalu Ken terus menuruni tangga sambil bernyanyi lagu Call Me Maybe by sAya.

"Call me maybe youuuuuuuuuu~ nege naya youuuu youuu youuu~ Call me maybe youuuuuuuuu~ Oh neko jowannaa~"

Sampai sahaja ke tingkat bawah, sempat lagi Ken memijak beg bagasi milik Amiya yang terbaring di atas lantai.

Amiya menarik nafas dan menghembus perlahan. Bersabar ajelah dengan perangai setan tu.

Amiya membuka langkah menuju ke dalam bilik.

"Mama, Aivsya comel tak??" Aivsya melekapkan kedua-dua belah tapak tangannya di pipi.

Amiya ketawa dan mengangguk. "Anak mama mestilah comel! Dah jom turun. Semua orang dah tunggu dekat bawah." Amiya menutup kesemua suis yang terbuka di dalam bilik itu.

Aivsya berkerut memandang Amiya.

"Manusia? Bukan ke Papa, Uncle, dan Auntie tu setan?"

Erk. Amiya tersengih. "Err dah jom lah kita turun."

Amiya dan Aivsya keluar dari bilik.

"Mama, Aivsya ni setan ke manusia?" Aivsya menyoal.

Amiya menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aivsya rasa?"

"Ermmm, sematannusia."

Amiya berkerut mendengar jawapan Aivsya.

"Apa tu?" Amiya menyoal.

"Setan campur manusia lah..." Aivsya menggelengkan kepalanya perlahan.

Amiya hanya ketawa.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now