11

2.1K 79 1
                                    


               Amiya mengetuk-ngetuk batang pen di kepalanya. Amiya sedang berfikir cara apa lagi yang boleh membuatkan lelaki itu terpikat dengannya.

       "Dalam mimpi aku, Ivan yang memikat hati aku dulu. Dia siap ajak aku tidur dalam biliknya lagi." Amiya berkata sendirian sambil membayangkan kembali mimpinya itu.

       "Takkan lah aku nak ajak Ivan tidur dalam bilik aku pula? Eihh kau jangan buat fasal Amiya." Tergeleng-geleng kepala Amiya dengan kata-katanya sendiri.

       "Kamu kenapa Miya?" Soal Kak Ju iaitu staff juga di syarikat N's Holding itu. Kak Ju melabuhkan punggung di atas kerusi untuk memulakan kerjanya. Tempat Kak Ju bersebelahan Amiya. Kadang-kadang mereka akan berborak kosong untuk hilangkan rasa bosan.

       "Saya tengah buntu ni kak." Kata Amiya dengan nada lirih. Kak Ju menaip sesuatu di papan kunci komputer dengan keningnya berkerut.

       "Buntu sebab apa? Kerja berlambak?" Soal Kak Ju dengan anak matanya masih fokus ke arah skrin komputer.

       "Erm, Kak. Saya nak tanya sesuatu boleh?" Pinta Amiya. Kak Ju berhenti dari menaip lalu Kak Ju mengalih pandangan ke arah Amiya.

       "Tanya apa?" Soal Kak Ju.

       "Erm..macam mana nak pikat hati lelaki erh?" Amiya menyoal Kak Ju. Mana tahu kalau Kak Ju ada pengalaman mengorat suami Kak Ju.

       Pertanyaan Amiya itu membuatkan Kak Ju tersenyum penuh makna. "Oouuhh, ini Amiya buntu sebab tak tahu cara nak pikat hati lelaki, ye?"

       Amiya tersengih lalu tidak teragak-agak untuk menganggukkan kepala. Kak Ju tersenyum lagi sebelum dia menarik kerusi rodanya supaya kedudukannya lebih rapat dengan Amiya.

       "Akak ada satu idea untuk membuatkan lelaki tu jatuh cinta dekat Amiya."

       Amiya menanti Kak Ju menyambungkan lagi percakapannya.

      "Apa kata kalau Amiya goda suami Amiya." Kata Kak Ju dengan kedua belah kening terjongket-jongket. Amiya sudah mengerutkan kening.

       "Eh, saya tak kahwin lagi Kak Ju." Kata Amiya dengan kepala digeleng.

       "Aik? Habistu kamu nak pikat hati lelaki mana pula ni?" Soal Kak Ju dengan wajahnya terpinga-pinga.

       "Adalah someone tu. Ermm takpelah kak, nanti saya fikirkan balik cara untuk buatkan dia jatuh cinta dengan saya."

       Kak Ju menganggukkan kepala. "Semoga Amiya berjaya lah ye. Nanti kalau dia terima, Amiya jangan lupa jemput akak ke majlis perkahwinan Amiya." Kata Kak Ju dengan senyuman.

       Amiya hanya ketawa kecil. Dia pun tidak pastilah sama ada lelaki itu akan jatuh cinta atau tidak dengannya.

୨✿୧

                Amiya dan Liwiya keluar dari syarikat N's Holding untuk pergi makan tengah hari. Pada mulanya, mereka mahu mengajak Adam dan Lucas, tetapi Adam dan Lucas busy kerana perlu menyiapkan kerja.

       Amiya dan Liwiya makan di kedai nasi ayam berhampiran Hotel De Ambirio. Mereka menunggu pelayan datang untuk mengambil oder mereka.

       Selesai oder makanan, mereka berborak kosong untuk menghilangkan rasa bosan. Liwiya terhenti dari bercakap apabila dia ternampak Ivan dan Ken masuk ke dalam kedai dengan blazer di tubuh mereka.

       "Miya, tuu.." Liwiya menunding jari ke arah Ivan. Amiya terus menoleh ke arah yang ditunjuk Liwiya. Jantung Amiya terus berdegup kencang apabila melihat Ivan sungguh kacak dengan tubuh tegap yang disarung blazer.

[OG] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" Where stories live. Discover now