SPECIAL CHAPTER | 2

Start from the beginning
                                    

Who? Uwais dan Qaswar. Duo maut dalam keluarga. Asyik nak bergaduh saja. Berdebat. Debat keluarga.

Rambut Uwais Nadiro yang basah dengan keringat aku usap perlahan. Merah muka Uwias.

"Papa Wais tu, banyak songeh betul" kataku buat dia merengus.

"Baby tua" gumamnya dengan berpeluk tubuh. Aku kemam bibir tahan tawa, marah sangat.

"Dah pergi masuk kereta, kejap lagi mama datang" arahku.

Akur.

Langkah Uwais yang berlalu aku perhati, risau dengan kedudukan kereta yang parkir ditepi jalan besar. Tidak lama mataku membesar sedikit sebelum tergeleng kecil. Semasa melintasi bahagian pemandu tangan kecil itu sempat lagi menepuk cermin kereta. Qaswar menoleh terkejut. Sebelum menegur Uwais bila tubuh itu sudah masuk kedalam kereta.

Haa.. mula dah.

"Ada ada aje" bebelku perlahan.

"Comel" puji satu suara.

Aku menoleh dengan mengeyakan. Penjual itu, memuji Uwais. Sedari dari mula sampai lagi dia sudah memuji muji Uwais.

"Berapa tahun" soalnya sambil menghulur pesananku.

Plastik berisi air kelapa itu aku sambut kemudian bertukar dengan wang tunai sebagai bayaran.

"Baru empat tahun kak" balasku tenang.

Wanita lingkungan 40an itu tersenyum melihat ke arah kereta. Sesekali dia tergelak lucu. Terhibur dengan telatah Qaswar yang tidak henti bermain dengan Qadree. Nanti besar jadi ahli litar F1 lah budak tu.

"Akak tengok budak tu serupa sebijik dengan suami kamu, kalau serius sama betul"

"Hahaha memang betul kak, saya ni dapat bahagian hidung dia je"

Pin!!!!!

Kepala laju terteleng ke arah kereta. Bunyi dari situ. Kerja Qadree mungkin.

"Marissa pergilah. Dah mengamuk budak kecik tu" ujar Kak moya bersama tawa kecil.

Qaswar sudah menggangkat tangan tanda minta maaf.

"Maaf kak, saya pergi dulu" pamitku dan bergerak ke arah kereta.

Sebaik masuk ke dalam kereta senyumku mengendur, serius kembali. "Kenapa?" soal Qaswar disisi.

Pipi Qadree dicium beberapa kali sebelum tubuh kecil itu bertukar tangan.

"Jaga anak elok elok, kita tak tahu orang sekeliling terkejut ke apa kalau jadi macam tadi"

"Abang pula, tu haa. Dree yang buat"

Aku julingkan mata ke atas.

"Suka kan salahkan anak?"

"Haah, betul la tu" jawabnya mudah.

"Eee abang ni kan"

"Apadia sayang... Mhm?" tanyanya perlahan bersama kening ternaik. Air kelapa tadi disedut perlahan. Hujung bibirnya sempat herot senyum sebelum kembali menyedut straw minuman.

Pasang mata itu tidak lepas dari memandangku. Erk.. kenapa rasa tidak selesa? pantas bebola mataku terlari memandang arah lain. Cermin. Terlihat Uwais dan Noah diam memakan goreng pisang sambil menonton cartoon di ipad.

Fokus.

Pura pura tak terkesan dengan panahan Qaswar. Tangan pula tidak berhenti dari menepuk nepuk tubuh Qadree, mata kecil itu sudah kuyu. Ingin terlena.

Terlepas tawa kecil Qaswar dari sisi. Cap hitam yang dia pakai dibuka dan diletakkan pada dashboard.

"Jalan" arahku.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now