𝓜𝓪𝓯𝓲𝓪 𝓛𝓲𝓮𝓼 • 56

Start from the beginning
                                    

Sedari ahli Cobra semakin mendekat, tangan Fley mencapai pistol yang berada di poket jacketnya. Baru sahaja dia ingin mengeluarkan pistol, tindakannya pantas dihalang oleh Flex.

"Not now." kata Flex perlahan.

Akhirnya Wolv, Vinter dan Rio kini berada betul-betul di hadapan mereka. Wolv dan Vinter mengukir senyuman manis di bibir, tapi Rio sebaliknya. Si hacker itu masih sibuk menekan layar telefonnya.

"Emerald eyes?? You pun ada kat sini?" tanya Vinter dengan reaksi teruja.

Ditambah dengan Ice cream di tangannya, hal itu justeru membuatkan dia terlihat seperti remaja yang masih belum matang.

"Apa maksud you?" tanya Elice hairan.

"I ingatkan yang you masih kat Malaysia." kata Vinter.

"Macamana kau tahu Lice ada pergi kat sana?" soal Fley.

"Sebab aku dan Emerald eyes berkawan." jawab Vinter dengan senyuman.

"Bila masa sial? Aku tak pernah benarkan Cobra berkawan dengan kakak ipar aku." tegas Fley mengatakan.

"Tapi betullah. Emerald eyes dan aku dah jadi kawan. Kan, Elice?"

"Ha? Ohh ya? Yeke?" kata Elice yang berpura-pura tidak tahu.

"Kau dah lupa pasal aku? Ohh yaa, kenapa kau tak balas mesej aku?" kata Vinter.

"Sebab I--"

"Mesej? Kejap, kau ada nombor telefon Lice??" celah Fley.

"Mestilah ada. Kitorang kan dah jadi kawan." jawab Vinter selamba. Senyuman sinis terukir di wajah.

"Kepala otak kau. Nanti aku-- No, wait. That's not the problem. Aku nak tanya something." kata Fley serius.

"Ice cream tu masih ada? Yang kau tengah makan tu." tanya Fley perlahan.

Vinter hanya mengerutkan dahi, lalu dia teringat yang dia sedang makan ice cream.

"Ohh, ice cream yang ni? What a pity, this is the last one. Hahaha." balas Vinter sinis.

"Tapi kalau kau nak, kita boleh share. Nak?" sambung Vinter. Dia menghulurkan Ice cream itu kepada Fley.

"Fuck off! Sial, kau ingat aku nak kongsi dengan kau?" kata Fley yang pantas menolak.

"Kenapa?"

"Mestilah aku tak nak. Haish, ada aku bunuh karang."

"Bunuh? Kau nak bawa aku saling bunuh sekarang ke? Lepas aku siap makan boleh?" balas Vinter dengan muka innocentnya.

"Stop it, Vin. Simpan dulu niat kau. Lagipun, aku ajak korang jalan harini sebab nak enjoy." celah Wolv.

"Eh~? Tak nak main? Main bunuh-bunuh kan hobi kau?" kata Vinter kepada Wolv.

"Bukan sekarang. And they said, keep the best for the last." jawab Wolv tenang.

"Bosanlah kalau camni... Aku nak bunuh Axce. Nak tikam dia, pastu bagi makan kat buaya." dengus Vinter. Dia seperti budak merajuk tak dapat gula-gula.

"Bullshit. Dasar punya anjing." pandangan tajam dihadiahkan kepada Vinter.

"Aku rasa takda gunanya kita bercakap macam ni. Apa korang buat di sini? Kebetulan?" celah Flex.

"Mestilah kebetulan. Kitorang tak sengaja haha." kata Wolv dengan senyuman. Erm ketara sangat.

"Enough. We're off."

Flex terus menarik tangan Elice dan membuka langkah.

"Ace, wait."

Langkah Flex terhenti, lalu dia menoleh ke belakang.

"Apa kata kalau kita lepak sama? Sounds good, isn't it?" ajak Wolv.

"Aku setuju! Nak bunuh-- eh bukan, nak main dengan Vipers." kata Vinter pula.

"Lagipun dah lama kita tak lepak sama. Kali terakhir kita lepak pun masa aku masih jadi ahli Vipers, kalau tak silap." sambung Wolv.

Mata Elice membulat. Apa yang aku baru dengar? Wolv Levine pernah jadi ahli Vipers? Maksudnya, Flex dan Wolv kawan? Tapi bukan diorang tu saling bunuh?

"Oh? Babe, you didn't know?" kata Wolv yang sedari reaksi terkejut Elice. Gadis itu hanya menggeleng perlahan. Flex pula hanya bereaksi seperti biasa.

"What do you means? You pernah jadi member Vipers?" soal Elice terkejut.

"Yeah, that's right. Dulu I pun pernah join Vipers. Tapi I... "

"But you left." kata Flex perlahan.

Suasana diam seketika. Seperti berada dalam drama. Angin lembut menyapa mereka. Daun berguguran terkena hempasan angin.

"Yeah, I did." balas Wolv dengan senyuman.

Elice kaku berdiri. Sungguh dia tidak sangka bahawa, ketua Cobra iaitu antara kumpulan mafia yang ditakuti itu sebenarnya pernah jadi ahli Vipers. Telinga aku tak salah dengar ke ni?

"But why did you left?" tanya Elice lagi. Curious.

"Entahlah. Kenapa aku tinggalkan Vipers ah?" jawab Wolv perlahan.

Reaksinya tidak segembira seperti selalu. Lebih kepada... Sunyi? Kesunyian? Aik?

"You curious? You nak tahu?" kata Wolv dengan senyuman.

"I curious." jawab Elice sepatah.

"Ace tak bagi tahu you?" soalan dibalas soalan. Elice hanya menggeleng perlahan.

"Ceritanya macam ni..."

"Tak payahlah ungkit cerita lama. Kau dah keluar pun kan? Dah, takyah buang tenaga nak cerita." celah Fley mendatar. Rasa lain pula kalau tiba-tiba hal lama kena ungkit.

"Kalau kau tak nak aku cerita, jom lah lepak sama." kata Wolv masih dengan senyuman.

"Weh Wolv, kau pahal? Kau ingat benda tu hal baik ke sampai nak cerita? Tak cukup dengan kau tinggalkan Vipers? " kata Fley serius.

"Santai lah sikit, Axce. Elice curious, so aku just nak cerita." balas Wolv tenang.

"Elice, I'll tell you about it soon. Wolv, you should stay away from us. I'm serious." kata Flex serius.

Sebab sekarang ni Elice tengah pregnant, dia tak nak ada benda buruk berlaku.

"I'm also serious about hanging out with you. Sumpah aku tak buat benda bahaya." kata Wolv lagi. Mata memandang Vinter.

"Haa? Ohh, ya. Aku pun takkan buat benda bahaya. Tapi aku tak janji hehe." kata Vinter selamba. Mata memandang ke arah Rio.

"Apasal kau tengok aku camtu? Mestilah aku takkan buat masalah. Aku bukan macam korang." kata Rio mendatar.

"So, Ace? Tak boleh ke kau biar je kitorang ikut korang sama? Just for a while."

Wolv masih cuba menyakinkan Flex. Lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Fley pula hanya berdiam diri. Sebab kalau dia bercakap, memang automatik gaduhlah dia dengan Vinter tu.

𝓣𝓸𝓑𝓮𝓒𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Here we goooo Chap 56 🖤 Please vote ^^ 5.04k readsss, you guys amazing !

𝓛𝓸𝓿𝓮
-𝓙𝔀𝓮𝓵

𝐀𝐂𝐄 : 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐋𝐢𝐞𝐬 ✓Where stories live. Discover now