𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 24

Start from the beginning
                                    

Berganda-ganda kesedihan Eima sekarang. Kenapa Altaf harus dapat pesanan yang mengarahkan supaya lelaki itu kembali bekerja dalam waktu 3 minggu dari sekarang?

Altaf usap bahu Eima yang hanya beralas silky robe yang agak nipis itu. Pipi Eima yang basah dengan air mata juga disapunya. Makin tidak sampai hati Altaf mahu tinggalkan Eima.

''Sorry, Eima...'' Hanya kalimat itu yang mampu diungkapnya.

Altaf tidak punya pilihan lain. Dia sudah menandatangani kontrak dengan syarikat supaya dirinya akan datang bertugas dan bekerja bila-bila masa sahaja. Altaf tidak boleh melanggar perjanjian itu.

Salah Altaf juga. Sebelum ini, mati-matian Altaf fikir yang dia akan membujang hingga akhir hayatnya. Lagipun, Altaf tidak punya sesiapa. Keluarganya sendiri sisihkan Altaf.

''Awak betul-betul akan pergi ke Altaf?'' Bibirnya jatuh melengkung.

Altaf diam. Berat hati untuk menjawab pertanyaan Eima. Altaf tahu dia tidak mampu beri jawapan seperti yang Eima inginkan.

Eima kesat ganas air matanya yang turun itu. Dahinya berlapis-lapis serta kening hampir bertaut. Tangan kekar Altaf di pipinya ditindih dengan tapak tangannya.

''Berapa lama? Sekejap je kan?''

''8.''

''8 minggu?'' Maksudnya 2 bulan lah kan?

Altaf geleng sekali. ''8 months, Eima.'' Suara maskulin Altaf kedengaran lemah.

Tangisannya yang kian reda tadi makin deras membasahi wajah. Hatinya bagai dihempap dengan sesuatu yang berat. Hampir satu tahun Eima akan berjauhan dengan Altaf? Oh Tuhan, Eima tak nak. Eima tak sanggup.

''Lamanya awak...'' Eima makin menekan tubuhnya dengan Altaf. Pelukan turut dikemaskan. Haruman tubuh Altaf yang makin sebati dengan rongga hidungnya itu dihidu semahunya.

Eima baru berangan yang dia akan berpuasa dan beraya dengan Altaf. Tapi nampak gayanya, memang punah habis impiannya. Ingatkan tahun ini boleh raya berdua.

"Memang lama macam itu ke?" Selalu Eima dengar sebulan kerja, 2 minggu cuti. Ini kenapa sampai 8 bulan? Logik ke?

"Tak pun. But I signed the contract." Serba salah, tapi itu lah hakikatnya. Altaf sudah terikat dengan perjanjian.

''Macam mana ni Altaf? Saya masih tak bersedia. Saya nak spend time dengan awak lagi...'' Adu Eima bersungguh. Ingin membantah dan amuk pun tiada guna. Itu punca rezeki Altaf. Altaf juga sayangkan pekerjaannya.

Tapak tangan Altaf beralih ke belakang tubuh Eima. Naik turun tapak tangannya mengelus disitu. Ubun-ubun Eima yang dekat dengan bibir, Altaf kucup lama.

''We have 3 weeks. Eima nak buat apa dalam masa 3 minggu ni? Eima cakap je.'' Pujuknya pula. Runsing dengan Eima yang benar-benar sedih dengan berita ini.

"Eima nak pergi somewhere pun just name it, kita pergi." Altaf yakinkan Eima lagi. Sebelum ini dia hanya mendengar cerita melalui rakan kerjanya yang lain, tidak terjangka Altaf sendiri boleh alami situasi seperti ini.

Perit rupanya nak berjauhan dengan orang kita sayang... Eh? Orang kita sayang? Altaf sayangkan Eima ke?

Sejenak kepalanya mentafsir kata-kata Altaf.

"Saya tak kisah. Asalkan ada awak." Jujur Eima tanpa dalih lagi. Altaf mahu duduk rumah sahaja pun, Eima lebih pada senang.

Segaris senyuman bibir Altaf ukirkan untuk wanita kesayangan. Jemari Eima yang menindih tangannya dipegang dan dibawa ke dadanya.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now