SECRET MAMA | D U A B E L A S

Start from the beginning
                                    

Iman yang sedang bermain dengan wajah Farah itu dipandang oleh Irshad sebelum jejaka itu bersuara.

"Aku ada tugasan untuk kau." Ujar Irshad memecahkan kesunyian. Iman mendongak memandang kearah Irshad sebelum keningnya dijungkitkan.

"Kau ingat malam kita selamatkan Farah tu?" Iman mengangguk.

"Ada perempuan bertopeng," ujar mereka berdua serentak.

"Kau tahu?" Irshad berkerut dahi. Iman mengangguk.

"Aku nampak dia perhatikan kita semua."

"Dia buat serangan juga malam tu. Tapi aku tak sure dia side mana," jelas Irshad. Iman mengangguk.

"Antihero tu," jawab Iman. Irshad berfikir seketika.

"Ke dia datang sebab nak selamatkan Farah? Entah-entah tu ibunya Farah, ya tak?" Irshad membuat andaian.

"Boleh jadi."

"Tapi takkanlah? Kalau ibu Farah tu mafia, kenapa dia buang anak dia? Kenapa dia tak jaga?" Soal Irshad. Iman menjungkit bahu tanda tidak tahu.

"Mungkin tak nak anak dia ditangkap?"

"Ya masa buang di kilang kosong?" Iman menjungkit bahu lagi. Manalah dia tahu.

"Apa tugasannya?" Soal Iman apabila Irshad tidak menghabiskan lagi ujarannya.

"Siasat perempuan tu. Aku nak pastikan sama ada dia ada niat lain waktu serang markas Elex, atau dia memang nak selamatkan Farah. Kalau betul dia nak selamatkan Farah, aku nak tahu kenapa. Dia kenal ke Farah?" Jelas Irshad.

"Ouhh" jawab Iman mengangguk mengerti.

"Boleh tak ni kau buat tugas ni? Kalau pengecut aku suruh orang lain je. Kau kan pengecut," selamba Irshad mengutuk.

"Boleh." Jawabnya sepatah. Irshad mengangguk seraya menonton televisi yang menyiarkan rancangan apa entah. Weng weng weng aje dari tadi.

"Eh nak tanya ni," Iman bersuara kembali sambil menoleh kearah Irshad. Irshad menoleh kearah Iman tanpa menjawab.

"Kau betul ke nak jadikam Farah ni anak angkat sampai dia besar?" Irshad mengangguk saja sebagai balasan.

"Kenapa? Salah ke?"

"Kau tahu kan, kau tak boleh ambil anak angkat perempuan tanpa pasangan?" Irshad terdiam.

"Diamkan ajelah tentang ni, aku bukan buat apa pun dekat anak aku tu." Jawab Irshad, acuh tak acuh.

"Tak fikir pandangan orang lain? Sudah hidup dia nanti wey sebab dia tak ada dokumen sah warganegara sini. Jadi kosong nanti dia,"

"Aku buatlah nanti."

"Kau fikir boleh tanpa pasangan perempuan?"

"Kau nak suruh aku kahwinkan sebenarnya?" Irshad merenung tajam ke dalam mata Iman. Tolong jangan rosakkan moodnya untuk berbaik dengan jejaka ini.

Iman mengeluh. "Aku tak nak paksa kau, tapi kau kena fikir juga pasal Farah bila besar nanti. Lagipun, tak akan kau nak membujang je sampai ke tua?"

Prang!

Uwek! Uwek! Uwek!

Darah menitis ke wajah suci Farah. Nafas Irshad turun naik dengan laju menahan marah.

Iman mengesat darah yang mengalir di dahinya menggunakan tangan. Mata memandang kearah Farah yang sudah menangis dan dikotori darah miliknya. Mujur tiada serpihan kaca yang di baling oleh Irshad tadi mengena bayi tersebut dek kerana terlindung di dalam pelukan Iman.

"Aku dah cakap jangan masuk campur hidup aku, kan? Kau tak faham bahasa ke?" Soal Irshad, dingin.

"Lagi satu, aku tak kisah langsung kalau aku bujang sampai ke tua sekalipun! Sebab perempuan semua tak guna! Perempuan semua belagak baik tapi sebenarnya setan! Kau nak bukti? Kau tengoklah perangai mama kau tu macam mana!" Tengking Irshad, geram.

"Tak semua perempuan sama, Irshad.." jawab Iman, dingin. Farah diletakkan diatas sofa yang menjadi tempat duduk Irshad sebentar tadi. Tisu dicapai dan dikesat darah di dahinya.

"Apa bukti kau nak cakap macam tu?!"

"Jadi kenapa kau ambil Farah kalau kau fikir semua perempuan tu sama!" Balas Iman dengan nada yang tinggi dan sudah bangun dari duduknya. Irshad senyum sinis.

"Aku akan didik budak ni supaya tak jadi macam perempuan-perempuan bodoh kat luar sana!" Iman mendengus sebelum dia kembali terduduk ke atas sofa. Darah pekat miliknya sudah mulai memgotori lantai ruang tamu itu.

"Suka.. Hati kaulah.." jawab Iman, perlahan. Tanggisan Farah semakin kuat apabila bunyi suara mereka berdua yang saling menengking kuat itu.

Irshad lantas mengambil Farah di sofa sebelum di bawa pergi ke biliknya di tingkat atas. Tidak lama kemudian, dia kembali turun setelah Farah kembali tidur sambil membawa first aid kit.

"Sini," Irshad mengambil tempat disebelah Iman sebelum dia merawat luka di dahi lelaki itu akibat balingan pasu kecil sebentar tadi. Di rawat penuh berhati-hati sebelum dia menampak plaster di dahi Iman agak menghentikan darah.

"Sebenarnya kena biar je darah mengalir supaya tak ada darah beku. Tapi tak apalah, biar kau mati terus." Selamba Irshad menutur.

"Kau Irshad mana ni?" Irshad menoleh kearah Iman dengan pandangan kosong.

"Fahim. Irshad Fahim."

"Ouh, biasanya Arayan yang prihatin, tiba-tiba kau pula." Irshad menjegilkan mata menyampah.

"Aku ada kem 5/6 sampai 8/6 dekat Terengganu. Aku start buat tugas tu lepas balik kem." Irshad hanya menggumam kecil.

Pinnnnn!

Irshad memutarkan stereng keretanya ke kiri sekaligus mengelak dari melanggar motor yang berlawanan arah dengannya. Wajahnya diraup kasar. Dia hilang fokus memandu kerana memikirkan kejadian semalam.

Irshad mengeluh. Kahwin? Dengan perempuan ke? Tapi dia amat tidak menyukai perempuan kerana kisah silamnya. Dia okey, tapi kahwin tu rasa macam perkara mustahil aje.

Tbc
[1265 words]
[2/4/2023]

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now