SECRET MAMA | S E B E L A S

Começar do início
                                    

"Jalan Cahaya tu wujud pun saya tak tahu." Jawabnya masih lagi acuh tak acuh. Terus saja dia berlalu pergi dari situ.

"Hahaha! Bapak penipunya kawan kau tu,"

ALIYAH berjalan malas menuju kearah sebuah bangunan yang gah ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur ini. Sangat malas.

"Apa lagilah, si Irshad tu nak?" Soalnya mengumam sendiri. Dia melangkah kearah lobi company tersebut.

"Cik Aliyah, ya? Tuan Irshad ada di pejabatnya, cik naik—"

"I know," pintasnya meninggalkan penjaga kaunter itu.

Pintu kayu ditolak kasar olehnya sebelum matanya memandang kearah Irshad yang sudah kusut dengan keadaan bilik yang berselerak.

"Wow, kenapa ni?" Soal Aliyah seraya mengambil Farah yang sedang melalak diatas sofa.

"Aku patut tinggalkan budak ni dekat rumah kalau tahu jadi macam ni," kata Irshad meraup rambutnya ke belakang.

"Hahaha! Asal wey? Tak akan budak tak boleh jalan ni yang sepahkan bilik you?"

"She not, she do," jawab Irshad, dingin. Aliyah tidak mengerti.

"Kenapa?"

"Semuanya jadi kelam kabut!"

"Cuba cerita.."

"Ah! Nantilah! Aku ada meeting ni, kau tolong jagakan Farah kejap. Nah kereta!" Kunci kereta diletakkan diatas meja kerjanya sebelum Irshad dengan tergesa-gesa mencapai file miliknya.

"Eh, Irshad nanti!" Irshad yang ingin membuka pintu itu menoleh kearah Aliyah yang sedang menuju kearahnya.

"Apa? Aku dah lambat ni!"

"Tak akan awak nak masuk meeting dengan selekeh macam ni?" Soal Aliyah seraya menyisir rambut Irshad menggunakan jarinya. Tie lelaki itu dibetulkan.

Irshad diam memandang wajah Aliyah. Jantungnya berdebar tatkala gadis itu menyiapkan dirinya.

"Okey, sekarang barulah handsome.." pujinya ikhlas. Irshad terkaku.

"Bro, kau tak nak masuk meeting—" Ezz yang baru saja membuka pintu pejabat Irshad terdiam melihat Irshad yang sedang merenung Aliyah dan Aliyah sedang mengemaskan pakaian jejaka itu.

Mendengarkan suara Ezz, lantas kedua manusia itu menoleh.

"Ouh tengah sweet moment ke? Sorry lah ganggu, tapi kau kena masuk meeting sekarang."

"Okey jom," Irshad berlalu keluar dari pejabat tersebut mengikuti langkah Ezz.

"Kau suka dia ke?" Soal Ezz mengerling sekilas kearah Irshad disebelahnya.

"Apa kau merepek ni?" Soal Irshad semula dengan dahi yang berkerut.

"Kalau kau suka dia, aku tak boleh halang. Tapi, jaga-jaga, aku tak percaya sangat dengan perempuan tu." Ujar Ezz, dingin. Dia merasakan gadis itu ada niat tak baik.

"Aku pun sama, kau rileks je. Aku pun rasa dia ada something, tapi aku rasa benda ni ada kaitan dengan anak aku." Jawab Irshad juga dingin.

"Mungkin dia ibu Farah?"

"Mengarut, dia belum kahwin."

"Mana kau tahu?"

"Aku dah suruh Iman check. Lagipun dia dengan Iman kan partner kerja," jelas Irshad dan mendapat anggukan dari Ezz.

"Perempuan bertopeng tu, ada apa-apa maklumat?" Soal Irshad sambil berjalan menuju ke bilik mesyuarat setelah menuruni lift.

"Kau yakin tu bukan Aliyah?" Soal Ezz kembali. Irshad mengangguk.

04 | Secret Mama (hold on)Onde histórias criam vida. Descubra agora