EBOOK SPECIAL CHAPTER 1

Start from the beginning
                                    

"Sayang, abang.."

"diam, suka sangatkan. Pergilah tidur sorang"

"Mana boleh! Rissa tu isteri abang, mana boleh tidur pisah pisah" bantahnya keras. Kini dia sudah berada dibelakangku.

"Do i care?" soalku dengan kening ternaik.

"Ya maaf, abang janji tak buat kotor dah lagipun semua sebab anak Rissa sendiri"

"Teruskan, salahkan aje anak tu. Buat hal lagi, belikan diorang bazoka sekali, tak pun bom meriam. Biar tembak menembak kat rumah ni sampai rumah roboh, kan? abang jangan ingat Rissa tak tahu yang Uwais ada pegang glock abang masa Rissa takda kat rumah. I know Qasayang" ujarku lembut, tiada masa untuk meninggi suara tapi kata itu cukup mudah untuk Qaswar fahamkan.

Qaswar sudah mati kata. Checkmate!

"Erk.. biasalah tu, anak bapa" gumamnya sendiri.

"dah pergi naik, jaga baby dree sana" halauku.

Tubuhnya di tolak perlahan tapi tetap tidak mahu berganjak. Degil.

Dia geleng.

"abang please.."

"kalau abang taknak?" cabarnya. Bersama muka yang sudah didekatkan ke wajahku.

"aku tarik kang, ada juga terlondeh nanti" gumamku geram. Malas tau layan perangai dia ni, geram aje.

"astaghfirullah, fikiran awak sayang"

"apa? hmm?" soalku dengan nada seperti berbisik.

Dia menelan air liur lagi.

Scary.

"aw! seram" serentak itu dia terus berlalu ketingkat atas. Engko ni semenjak ada anak, eh bukan semenjak aku pregnant lagi dah erm.. macam kurang sikit.

Astaghfirullahalazim! bibir pantas aku tepuk sendiri, tak baik Marissa kata suami sendiri macam tu. DO.SA.

Sebaik ingin kembali mengerjakan tugas yang tergendala tadi, bebola mataku tertancap pada ruang tamu yang masih kotor. Tiba tiba ingin meletus kembali. Aku...

"Ya! Ya! kejap lagi abang turun kemas, jangan risau!" jerit Qaswar dari tingkat atas. Eh dia ni macam tahu tahu aje. Jin Qorin tertinggal ke apa.

Entahlah..

SEDANG bersantai malas pada katil sambil berbalas mesej dengan Afiera pantas aku tertoleh ke luar tingkap.

Qaswar.

Tergeleng kepala melihat tiga beranak itu. Qaswar sudah berkerut kerut muka memarahi Uwais dan Noah yang tiada henti dari bertikam lidah. Seperti pengadil dalam perlawanan Qaswar yang ditengah tengah sudah menahan mereka dari melakukan aksi tumbuk menumbuk. Kalau aku daftarkan taekwando, berbaloi juga nak bergaduh tu. Haih..

Seketika, perhatianku teralih kepada gerakan kecil pada tilam. Pipi tembam yang sedang dibuai mimpi itu aku kucup perlahan. Wangianya... bau baby.

Geram.

Nak cubit cubit aje!

"baby dree, kalau dah besar jangan buat hal macam abang abang dree tau" kataku perlahan sambil mengusap rambutnya. Hanya Qadree saja yang sama seperti aku, rambut keperangan. Yang lain ikut Qaswar. Hitam pekat. Sangat pekat. Lebat pun iya.

"Eugh..." renggek Qadree perlahan.

"shuh.. sweet dre--"

"Mama! Abang gigit jari Noah sampai berdarah" teriak Noah di muka pintu sebelum berlari melompat ke atas katil. Uwais yang berada dalam dukungan Qaswar cuma tayang muka selamba.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now