6 : evil plan started

54 7 1
                                    

"Let's get going, shall we?"

Aku tekan pedal minyak dan sasarkan destinasi aku iaitu Teratak Al Husna. Jam sudah menunjukkan hampir tengah malam, mengingatkan aku sudah berapa jam aku terperangkap di rumah Benji tadi. Semuanya kerana gadis gila di samping aku sekarang. Sampai aku pun jadi gila kerana dia.

Gila kerana... dia dah buat aku tertinggal solat maghrib.

"Eh, Munif dah solat maghrib ke belum?"

Soalan ibu terngiang-ngiang di minda. Astaghfirullahaladzim. Aku tak patut salahkan Lia. Dan aku tak patut rasa bersalah pada ibu. Sebenarnya, salah aku. Dan aku patut rasa bersalah pada tuhan.

Aku pusing kepala ke kiri. Dahi aku terbit garis-garis nipis melihat Lia yang mengangkat kedua belah kakinya atas kerusi, memeluk lutut. Tapak tangannya menekup wajah sendiri. Yang paling buat aku terkejutnya, dia tak pakai tali pinggang.

Budak ni memang nak menyusahkan aku ke apa?

"Kau ni tak boleh duduk elok-elok ke?" Kembali memandang jalan, aku bertanya padanya. Dari ekor mata, aku nampak Lia angkat kepala.

"Ke kau nak terbang sampai depan sana nanti kalau aku brek mengejut?" Aku sambung lagi. Dia turunkan kaki ke bawah.

"Huh. Suka hati I lah. You tu asal taknak I pandu kereta sendiri? Itupun nasib baik I bagi you drive." Dia balas kata-kata aku.

"Sebab aku taknak kau tahu jalan nak ke sana." Aku beritahu dia.

"Takde beza pun. Sekarang, I boleh aje nampak jalannya." Ucapnya lagi.

"Kalau kau yang drive, kau tahu lagi detail jalan dia. Kalau kau just passenger, aku tahu kau tak tengok dekat jalan sangat pun." Selamba aku cakap.

"Eh you ni kan. Complicated. Banyak songeh. Banyak membebel pulak tu macam mak nenek." Tiba-tiba saja dia mengutuk aku.

"Aku tegur untuk keselamatan kau. Baik kau pakai tali sekarang." Arah aku. Lia buat tak dengar saja malah membuang pandang ke luar tingkap sambil memeluk tubuh.

"Kau dengar tak apa aku cakap ni? Pakai seatbelt sekarang. Kalau kita accident kang kau yang parah nanti."

"Kisah pulak." Hampir saja aku tak dengar katanya.

"Kau ingat ni main-main ke? Atas jalan raya malam-malam ni, boleh jadi banyak accident. Kalau aku brek mengejut, kau arwah tau. Aku je yang selamat."

"So, you ingat I takut sangat ke dengan accident? Hah? Hah?" Lia menyindir aku sebelum tangan dia mencapai stereng kereta dan mula memutar-mutarnya.

"Miss! Stop! Eh kau buat apa?! Tepi lah!" Aku cuba tolak tangan dia. Kereta mula bergerak ke kiri dan ke kanan sehingga berada di jalan salah.

PINNN!!!

Sebuah lori lima tan sedang menuju terus ke arah kami. Mata aku membulat! Aku pusing kuat stereng ke kiri. Streeettt!

BUK!

Kepala Lia terhantuk kuat di dashboard. Aku terkedu, cemas. Aku pandang dia yang tertunduk.

"Miss? Lia? Lia, kau okay ke tak ni?" Soal aku namun dia diam tak membalas. Aku pastikan keadaan kereta terkawal sebelum tangan aku mula menarik dan menggoyang-goyangkan lengan dia.

"Lia! Answer me!"

"Ish, you diamlah!"

Lia tiba-tiba bangun, tegak. Jarinya memegang dahi sendiri. Wajah garangnya yang tengah mengerutkan kening tu aku pandang silih berganti dengan jalan.

"You ni memang suka memekak aje kerja. Bising tau tak?" Lia kembali menyandarkan belakang tubuhnya pada kerusi macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau gila?! Kau ingat tadi apa? Ha, lembu? Kuda?" Nafas aku laju tak teratur. Pandangan mata, tertunak merenung jalan raya.

Snow Witch and The Bitch.Onde histórias criam vida. Descubra agora