SECRET MAMA | E N A M

Start from the beginning
                                    

Aliyah memutarkan bebola matanya keatas tanda menyampah sebelum dia juga turut melangkah masuk ke dalam kereta. Keduanya hanya sunyi sepi. Irshad diam termenung sambil jari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Manakala Aliyah sudah memejamkan mata menunggu arahan dari Irshad.

"Esok," mata yang tadi terpejam itu terbuka kembali. Aliyah menoleh kearah Irshad menunggu bicara seterusnya.

"Esok akan ada aksi bunuh membunuh kat kilang Kotak Jalan Cahaya pada pukul 4 petang. Aku nak kau cover aku dari diketahui polis yang lain." Jelas Irshad memberi arahan.

"What?! Awak nak buat apa sampai bunuh membunuh ni?! Dan macam mana saya nak buat?" Soal Aliyah, terkejut. Irshad menjeling menyampah.

"Farah. Dia ada kat sana," jawabnya dingin. Aliyah membesarkan mata terkejut.

"Macam mana kau nak cover tu, pandai-pandai kaulah. Aku tak nak ada polis yang menyibuk kat sana nanti atau melibatkan polis dalam penyelamatan Farah. Kau gagal buat kerja, aku tak akan teragak-agak untuk hukum kau!" Sambungnya lagi. Aliyah menghela nafas panjang.

"Kau boleh blah sekarang," perlahan-lahan Aliyah membuka pintu kereta. Tidak sempat dia menutup kembali pintu, Irshad memanggil.

"Apa?" Aliyah menjungkit kening.

"Aku ada dengar polis nak serbu kawasan Dedaun, aku nak kau halang juga polis pergi tempat tu. Kat sana tempat aku jual dadah." Arahnya lagi. Aliyah hanya menggumam saja sebelum menutup pintu kereta dan masuk ke dalam rumah.

Telefon bimbit dikeluarkan dan nombor seseorang dihubungi. "Serbu kilang kotak di jalan Cahaya. Farah ada kat sana." Arahnya sebelum menamatkan panggilan. Aliyah tersenyum sinis. Bodoh!

PAK!

"Eh bodoh! Budak tu beraklah sial! Pergilah basuh!" Arah Jay yang merupakan orang kanan kumpulan Blackdog.

"Aku mana tahu sial!" Balas Jack kembali sambil mendukung Farah yang sudah menangis akibat tidak selesa.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Soal ketua mereka.

"Budak tu berak boss, tak ada siapa pandai basuh," jawab Jack, mendatar. Si ketua menjungkit kening.

"Biarkan ajelah. Kejap lagi mama dia datang," balas si ketua seraya melabuhkan duduk diatas sofa buruk.

Namun sudah beberapa minit berlalu dan tanggisan Farah masih lagi tidak berhenti. Malah, wajah bayi tersebut kian memerah. Si ketua yang sedang berguling diatas sofa itu mendengus geram. Bantal dibaling kearah Farah yang berada di dalam dukungan Jack.

"Senyapkanlah budak tu!" Jerkah si Ketua, bengang. Jack berkerut dahi.

"Macam mana boss?"

"Tekup muka dia dengan bantal!"

"Matilah anak orang boss!"

"Kesah pula aku! Bukan anak aku!"

"Tak boleh boss, bunuh budak nanti masuk neraka, nak-nak lagi baby,"

"Arghhhh! Kau bunuh orang tak takut masuk neraka pula?!"

"Saya mana ada bunuh orang boss, saya kan hacker." Jay mengeluh panjang melihat pertengkaran dua orang manusia itu. Haih..

"Argh! Apa-apa jelah, senyapkan budak tu sekarang!"

"Tapi macam mana?!"

"Buat jelah macam mana pun!"

"Dia berak ni boss!"

"Kesah pula aku!"

BANG! BANG! BANG!

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now