𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 19

Start from the beginning
                                    

Icha tak suka aunty yuyu. Selalu nak berkepit dengan Acu nya. Mencik! Dulu, Acu paling sayang Icha. Tetapi sekarang Acu lebih memilih aunty yuyu berbandingnya. Hinggakan Icha minta beli patung bentuk belalang pun Acu berkira.

Emph, kedekut. Kalau minta dengan bubungah wanita itu pasti laju sahaja tunaikan hasrat dan pernintaannya. Huwa, Icha rindu bubungah!

"Awak okey ke kalau saya teman awak sampai mama atau aunty awak sampai? Atau awak nak saya carikan dorang?" Altaf ajukan cadangan. Sehelai tisu dikeluarkan dan diajukan lagi kepada si kecil itu.

Hingus meleleh!

"Uncle dah kahwin?"

Erk. Hampir jatuh rahang Altaf mendengar soalan itu. Betul ke apa yang dia dengar ni? Tiba-tiba sahaja.

Meskipun keanehan dan kepelikan mendapat soalan daripada si kecil ini, Altaf angguk juga. "Dah..."

Ingatkan orang tua-tua sahaja yang berminat tentang status orang muda sepertinya. Ternyata, si kecil ini pun sama. Banyak pengaruh golongan berumur ni.

"Halahhh..." Bahu Icha jatuh mengendur. Kepalanya disengetkan. Pinggir bibir turut jatuh melengkung. Sedih Icha dengar.

"Kenapa awak mengeluh?" Hilang habis soalan asalnya berkaitan dengan ibu Icha ini. Sudah masuk topik lain.

Belum sempat si kecil menjawab persoalannya, suara seorang wanita yang sangat dikenali memukul gegendang telinga.

"Altaf?" Eima yang berdiri agak jauh darinya mengecilkan mata melihat belakang tubuh Altaf yang mencangkung itu.

"Eima." Altaf yang sudah memusingkan sedikit kepalanya kebelakang tersenyum lebar sambil menggamit si isteri supaya mendekat.

"Awak buat apa dekat sini Altaf? Ada apa-apa ke?" Dengan kaki yang menapak ke arah Altaf, mulut terkumat-kamit bergerak.

Keluar tandas tadi, merata dia cari figura lelaki itu. Nak call, segala perkakas peribadinya ada pada Altaf. Ingatkan Altaf dah lari tinggalkan dia tadi. Menangis tak berlagu lah Eima.

"Ada si ke—"

"Icha!" Tempikan nyaring dan kuat Eima, mengejutkan Altaf. Eima yang sedang menekup mulut dengan mata yang terbeliak besar itu ditatap lama.

"Bubungah!"

Iris hitam Altaf beralih pada Icha pula sebelum anak matanya bergerak melihat langkah kecil itu berlari dan memeluk peha Eima.

Eima jatuh melutut. Bahu kecil itu dipegang kemas. Wajahnya beriak risau. Lagian melihat mata sembap dan wajah yang memerah itu.

"Icha. Icha buat apa dekat sini? Icha dengan siapa ni sayang?" Bertalu-talu soalan Eima. Nadanya juga bimbang.

"Bubungah..." Icha memeluk kemas tubuh Eima sembari wajahnya dijatuhkan ke bahu Eima. Tangisannya yang tadi kian reda kembali berlagu. Makin kuat dan deras.

Tidak tunggu lama, Eima membalas pelukan si kecil. Belakang tubuh itu diusap berkali-kali. Berharap supaya si kecil yang ketakutan itu dapat ditenangkan.

"Eima kenal dia?" Altaf yang kian merapat lekas menyoal.

"Ini anak saudara saya, Altaf. Anak abang saya." Beritahu Eima.

Altaf hela nafas lega. Senyuman tipis dikoyakkan. Belakang tubuh Icha yang menangis pada pelukan Eima dipandang bersilih ganti dengan si isteri.

Patutlah ada iras Eima. Ada pertalian darah rupanya.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini Altaf?" Eima menyoal Altaf.

"I don't know. Tapi dia cakap, She was with her aunty. But she lost her. Kalau tak silap dia sebut aunty yuyu. Do you know her?" Altaf sekadar beritahu apa yang dia dengar. Jika disimpulkan daripada perbualan ringkasnya dan Icha tadi, begitulah.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now