KS | 38

487 15 0
                                    

Hari ni hujung minggu. Kesemua mereka tengah cuti, kecuali Harraz. Busy betul lelaki tu.

Aralyn pula tinggal di rumah orang tua Harraz. Pada masa ni dia pun sedang di dapur, menolong mama mertuanya masak tengah hari.

Puan Humaira dah melarangnya dari menolongnya tapi Aralyn tetap juga mahu menolong.

Bukan apa, puan Humaira risau menantunya itu letih. Dah nak masuk 9 bulan kandungan Aralyn tu. Menunggu masa saja lagi untuk bersalin. Kalau mengikut tarikh, due date bersalinnya adalah minggu depan.

Ketika Aralyn sibuk memotong sayur yang ingin dimasak oleh puan Humaira itu, dia terasa perutnya seperti dicucuk-cucuk dan semakin lama semakin sakit. Terus dia menyentuh perutnya.

"M-mama..., perut Ara sakit!" Adu Aralyn kepada mama mertuanya dengan muka sudah berkerut menahan kesakitan.

Puan Humaira terus menghampirinya dengan cemas. "Ya Allah, Ara dah nak bersalin ke?!"

Aralyn merasa ada satu cecair yang banyak keluar. Air ketubannya sudah pecah!

"Memang dah nak bersalin ni Ya Allah! Kejap! Mama panggil daddy kamu dan bawa ke hospital eh!" Ujar Puan Humaira panik sangat lepas ternampak ada cecair basah dari Aralyn.

Cepat Puan Humaira memanggil tuan Danial untuk membawanya ke hospital.

Tuan Danial apa lagi, memang terus berlari ke dapur tu. Puan Humaira sempat mengambil tudungnya dan tudung Aralyn sebelum keduanya tolong memapah Aralyn untuk masuk kereta.

Habis berpeluh Aralyn menahan sakit. Betul-betul sakit!

"Sayang dah call Raz?" Soal tuan Danial gelisah. Dia cuba untuk memandu dengan cepat ke hospital. Takutlah pula terberanak menantunya dalam kereta. Risau!

"Eh belum, jap!" Lepas itu lantas puan Humaira menelefon anak lelakinya seorang tu.

Harraz yang baru sahaja selesai membuat pembendahan itu duduk bersandar di atas kerusi bilik kerjanya. Letih! Mahu tidur! Mahu Aralyn! Eh.

Hampir terlelap matanya, deringan dari telefonnya itu mengejutkannya. Tertera contact mamanya di situ.

"Yes mama?"

"Raz! Kami on the way pergi hospital ni! Ara nak bersalin!"

Mendengar ayat mamanya tu, Harraz terus meloncat berdiri. "Hah?! Biar betul?! Ya Allah!"

"Ya! Kejap lagi dah nak sampai ni!"

"Okay! Raz akan tunggu depan entrance!"

Sejurus itu panggilan pun tertutup.

Harraz memang sudah cukup cemas dan gelisah! Lah, awal pula anaknya mahu melihat dunia. Sepatutnya dalam seminggu lagi!

Berlari Harraz keluar dari biliknya dan menuju ke pintu utama hospital yang khas untuk kecemasan. Dia juga turut menyediakan satu kerusi roda untuk isterinya.

Tidak lama tu, kelihatan kereta tuan Danial. Lantas Harraz membuka pintu belakang dan mencempung perlahan isterinya lalu didudukkannya atas kerusi roda itu.

Tiada masa, Harraz terus menyurung isterinya masuk ke dalam. Puan Humaira juga mengikutinya dan tuan Danial pula meletakkan kereta terlebih dahulu.

"Sweetheart! sweetheart okay?!" Tanya Harraz risau melihat keadaan isterinya yang nampak sangat dalam kesakitan.

"Hubby nampak Ara okay ke?! Ara tengah sakit lah ni!" Hampir nak menangis Aralyn kerana perutnya rasa sakit sangat kerana ingin bersalin.

Aduh, apa lah kau ni Harraz. Terang-terang bininya dalam kesakitan.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now