KS | 21

411 13 0
                                    

Aralyn yang sedang duduk di bilik kerja tu membuat kerjanya terganggu bila ada bunyi deringan dari telefonnya.

Siapalah kacau ni, dia tengah fokus dah membetulkan kertas-kertas soalan peperiksaan murid-muridnya. Mereka baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahun.

Harraz Husband🧸 is calling...

Hah, suami dia rupanya. Nama tu bukan dia yang letak eh, Harraz yang memandai mengubah nama contact nya sewaktu dia mengambil telefonnya. Mengada! Nak tahu kenapa ada emoji teddy bear tu? Jawapan Harraz adalah sebab Harraz tu teddy bear Aralyn camtu, kan Aralyn sekarang selalu memeluknya kalau nak tidur. Aralyn iyakan je lah. Malas nak layan.

Aralyn pun menjawab panggilan Harraz.

"Assalamualaikum sweetheart! Tengah buat apa tuu?" Ujar Harraz terus melalui telefon tu.

Berkerut terus muka Aralyn. "Kau kenapa tiber call aku ni? and what is with that panggilan?" Soalnya hairan.

"Alaa, sweetheart tak rindu hubby ker?"

Aralyn sudah membuat muka jengkel. Lelaki ni dah kenapa?! "Woi woi, ada apa ni?"

"Ish sshh, aku tengah lari dari someone ni. Jap." Kedengaran suara Harraz berbisik. Terdengar juga derapan kakinya berjalan dengan laju sebelum ada bunyi pintu tertutup.

"Fiuh! Tu haahh! Tadi ada satu patient perempuan tu terus-terus je sapa aku. Dia bawa aku cerita jadi aku cubalah layan je lepastu mikin melarat pula sampai dia nak mintak number aku! Memang tak lah aku nak bagi! Ha lepastu aku berlakon lah ada orang call aku, tu lah aku call kau tu ha camtu." Cerita Harraz dengan kedengaran terkapus-kapus.

Aralyn tertawa. Fikir sebab apa! "Lah, tu je pun. Siapa suruh ensem sangat!" Katanya masih tertawa.

Harraz di sebelah sana sudah tersenyum lebar.

"Jadi kau memang mengaku lah aku ni hensem?"

Aralyn terdiam. "Uuhh t-tak."

"You're stuttering though."

"Malas nak puji, nanti kau riak."

"Bukan riak sayang, itu namanya menghargai ciptaan Allah."

Aralyn mencebik. Ada saja dia nak balas. "Ya lah ya lah. Pergi sambung kerja tu. Aku pun nak cepat-cepat siapkan kerja aku ni. Kan karang aku nak jalan lagi dengan Huwainaa dan Hasif."

"Oh yea about that, sampai pukul berapa korang jalan?"

"Hmm tak tahu, nanti aku text kau kat mana dan pukul berapa. But maybe around 8 I think. Kau dah habis kerja kan waktu tu?"

"Yes, dah. I'll come karang."

"Okay."

"Alright, hati-hati kat rumah dan elok-elok jalan dengan diorang."

"Iyaa, okay bye."

"Bye, sweetheart."

Wajah Aralyn membahang dengan panggilan Harraz tu. "Kenapa dengan panggilan sweetheart tu eh?" Geram juga dibuatnya Aralyn. Dia malu!

Kedengaran Harraz tergelak. "Eekk tak boleh ke? Sweet apa. Tak berbunga ke hati kau?"

"Tak langsung! Okay bye!" Terus saja Aralyn menutup panggilan. Itu adalah sebuah penipuan besar. Giler kau tak berbunga hatinya! Dah ada taman dah kat dalam tu! Degupan jantungnya juga laju.

Dia menipu dirinya jika dia mengatakan dia tidak menyukai lelaki tu. Lebih dari suka. Mungkin dah sayang. Bukan sebagai kawan, tapi sebagai lelaki dan seorang suami.

Kekal SelamanyaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant