KS | 10

406 17 0
                                    

Hari ini, Aralyn bersalaman dan berpelukan dengan kedua ibu dan ayahnya sebelum dia bertolak untuk tinggal ke rumah Harraz sampai hujung minggu.

"Ingat pesan-pesan ibu ya Ara. Jadi isteri yang solehah. Dah besar anak ibu ni." Pesan puan Aisyah kepada satu-satunya anaknya tu dan mencubit lembut pipi anaknya. Sedih, lepas ni semakin sunyilah rumah mereka. Dia hanya mendapat rezeki untuk mempunyai seorang anak, tapi dia sangat bersyukur. Aralyn memang seorang anak yang baik.

Mata Aralyn kelihatan berkaca. Sedikit sebak. Rasa bersalah meninggalkan kedua orang tuanya berdua. Selama ini dia yang menemani mereka. "Iya ibu, Ara akan sentiasa ingat and I'll always be your little daughter." Balasnya manja.

Tuan Irfan mengusap kepala Aralyn. "Dah bersuami ni, perangai pun elok-elok. Jangan nakal sangat." Pesannya sambil menyakat.

"Apa ayah ni... Ara mana ada nakal. Ara good girl okay." Kata Aralyn tak puas hati.

Tuan Irfan dan puan Aisyah tertawa. Ya lah tu.

Harraz pula hanya tersenyum memandang gelagat anak beranak itu.

Lalu tuan Irfan menepuk bahu menantunya. "Jaga anak ayah dan ibu dengan elok ya Raz. Kami dah serahkan dia kepada kamu." Pesannya pula pada Harraz dengan senyuman sayu. Sedihlah, anak yang dijaganya selama ini dah kawin dan akan dijaga oleh suaminya.

"Ya ayah, Aralyn dah jadi tanggungjawab Harraz, sememangnya Raz akan menjaga dia seperti nyawa Raz sendiri." Harraz membalas pesasan bapa mertuanya itu dengan yakin.

Aralyn sedikit terpana dengan balasan Harraz dan separuh lagi merasakan kata-kata Harraz itu sedikit cringe. Dia selalu dengar dalam drama saja line itu dan kedengeran sweet sangat, tapi bila Harraz yang mengatakannya kedengaran agak lawak. Aralyn menahan tawa.

Harraz perasan akan reaski Aralyn itu dan dia faham kenapa wanita itu bereaksi begitu. Dia menjelingnya sebelum mencebik. Dia betul-betul iklhas okay dengan kata-katanya!

Selepas itu Harraz pun menyalam tangan kedua ibubapa mertuanya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum masuk ke dalam keretanya, diikuti dengan Aralyn. Semua beg Aralyn yang dibawanya pun sudah dimasukkan dalam keretanya. Dia membawa dua beg luggage seperti nak tinggal sana berminggu-minggu padahal sampai hujung minggu saja pun.

Teddy bear milik Aralyn tu pun turut dibawanya dan diletakkan di kerusi belakang.

"You know you don't have to bring that teddy bear with you." Harraz bersuara lagi dengan niat mengusik seusai sahaja keretanya sudah keluar dari simpang rumah Aralyn.

Aralyn menjelingnya tajam. "Suka hati aku lah."

"Aku dah cakap kau boleh peluk aku saja kalau nak tidur." Sambung Harraz lagi dengan senyuman sengetnya.

"Harraz! Kau ni! Tak nak laaah." Aralyn membalas dengan nada merungut. Menyampah dia dengan Harraz yang suka sangat mengusiknya tentang hal tu.

"Eh rugi tau. Aku dah offer elok-elok ni." Kata Harraz lagi sambil tertawa. Geli hati melihat wajah masam Aralyn.

"Ish diamlah!"

Harraz pun tertawa lagi. Suka betul dia mengusik isterinya tu.

»

Mereka berdua pun sampai kepada rumah orang tua Harraz. Sekarang pun sudah pukul 1 petang.

Gerangan mama Harraz muncul membuka pintu selepas Harraz menekan lonceng pintu.

"Assalamualaikum mama! Raz rindu sangat dengan mama!" Lantas Harraz memeluk puan Humaira manja selepas kedua Aralyn dan Harraz masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam anak mama! Eh manja betul budak ni. Pergilah bermanja dengan isteri Raz." Puan Humaira membalas pelukan anaknya itu sebelum menolaknya perlahan.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now