KS | 29

364 15 0
                                    

Aralyn mengemas-ngemaskan barangnya lepas sahaja dia selesai membuat kerjanya.

Dia masih berada di dalam bilik guru dan hari ini dia balik lewat sikit disebabkan ada tugas yang perlu diselesaikannya.

Hampir semua guru-guru sudah pulang, hanya tinggal dia, zahra dan mungkin ada lagi dua orang guru yang bertugas untuk menjaga murid-murid balik sekolah. Zahra pula menawarkan dirinya untuk menunggu Aralyn.

Zahra memang sentiasa menunggu Aralyn untuk pulang dari dulu lagi, sebab dia tak berani nak tinggalkan Aralyn seorang. Entahlah, buat dia risau saja.

"Ara, dah nak balik kan? Kau pergilah masuk kereta dulu. Aku nak ke tandas dulu." Ujar Zahra cepat lepas saja dia mengejut bangun dari kerusinya. Nak terkencing!

Aralyn mengangguk saja dan Zahra pun terus memecut pergi tandas. Dia banyak minum hari ini itu lah.

Lepastu Aralyn pun mula mengangkat barangnya iaitu beberapa buku dan begnya. Lalu dia pun keluar dari bilik guru dan menuju ke keretanya.

Selepas saja Aralyn memasukkan barang-barangnya ke tempat kerusi belakang dan menutup pintu kereta itu, Aralyn tersentak bila tiba-tiba seseorang merentap lengannya dengan kuat.

Aralyn terjerit kerana terkejut dan lagilah dia terkejut dan mula rasa takut bila orang yang merentap tangannya tu adalah orang yang dibencinya, Fahim.

Terus Aralyn cuba menarik lengannya dari pegangan lelaki itu. Dia merasa jijik! Kenapa lelaki ni tiba-tiba saja muncul?!

"Apa ni! Lepaslah!" Ujar Aralyn dengan marah, dia juga merasa takut sebab tiada sesiapa di sekelilingnya. Security pun entah hilang ke mana.

"Baby, please baby, dengar dulu cakap I!" Gesa Fahmi sambil masih menarik-narik lengan Aralyn.

"Baby kepala hotak kau, babi! Jangan panggil aku tu lagi lah babi!" Ucap Aralyn lantang lagi dengan marah dan kali ni dia berjaya melepaskan lengannya dari genggaman lelaki itu dengan sedaya kudratnya.

Rupa Fahmi kelihatan semakin teruk. Memang seperti penagih dadah! Orang macam dia ni bahaya!

"Tolong baby, I rindukan you. Dah lama I nak cakap dengan you!"

Aralyn rasa nak muntah dan menumbuk wajah lelaki itu bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. Sampah!

"Gilalah kau! Lepas kau sendiri yang tinggalkan aku?! Ada hati nak pergi semula dekat aku? Hei! Tapi aku rasa bersyukur sangat aku tak jadi kawin dengan kau! Tengok apa jadi dekat kau sekarang? Apa ni? Kau ambil dadah?!" Aralyn marah sangat sampai dia tengking lelaki itu.

"No, baby, I bukan penagih dadah!" Nafi Fahim kuat.

"Tak payah tipu aku lah! Dah rupa kau macam ni! Kau nak aku call and report dekat polis ke?!"

"Baby please no! I masih sayangkan you!"

"Sayang taik kau! Pergi mampus dengan kata-kata kau tu!"

"You memang dah tak sayangkan I lagi?"

Soalan Fahim itu membuatnya gelak tak percaya. "Memang tak lah!"

Dia sudah melupakan tentang lelaki itu. Tiada sekumit rasa suka pada lelaki itu lagi. Hanya ada perasaan benci!

"You tipu I kan baby? Jangan tipu I. Kalau you jujur, kita boleh kembali bersama." Riak wajah Fahim sudah betukar ngeri di mata Aralyn. Senyuman sinis tampil pada bibirnya dan terus dia menangkap pergelangan tangan Aralyn.

Aralyn mula merasa takut lagi. "Apa kau nak buat ni? Lepaskan lah! Aku memang dah tak sayang kau! Aku benci kau lah Fahim Sharif!"

"Jangan macam ni baby, jom ikut I balik? Kita mulakan hidup baru!" Riak Fahmi memang kelihatan seperti orang yang gila. Dia cuba menarik Aralyn untuk masuk ke keretanya yang tak jauh diletaknya dari kereta Aralyn.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now