KS | 02

426 15 0
                                    

Sekarang ni dah pukul 8.30 malam. Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Sudah lama rasanya tidak berkumpul, meluangkan masa bersama macam ini.

Mereka menghabiskan masa dengan bercerita kejadian-kejadian yang telah mereka alami sepanjang tempoh beberapa bulan ni ewah.

"Haa, Raz kamu ada dengar-dengar dah ke tentang Ara?" Tiba-tiba puan Humaira menyoal.

Terus suasana menjadi senyap.

Mood Harraz pun ketara berubah. Tiada senyuman lagi pada wajahnya. Poker face.

Lama Harraz mendiam. Ahli keluarganya yang lain pun sama juga turut diam.

Krik krik. Macam kekok je.

Huwainaa yang sebelah puan Humaira tu menyucuk lengan mamanya. Dia menghampiri mulutnya ke arah telinga mamanya. "Mama...asal tanya macam tu?" Soal Huwainaa dengan nada berbisik. Kan dah kekok!

Puan Humaira buat muka tak bersalah. "Eh? Salah ke? Mama tanya je." Balasnya turut berbisik.

Huwainaa menepuk dahinya sendiri. Baru saja dia nak berkata sesuatu pada mamanya tu, Harraz dah membuka mulut.

"Tak. Kenapa dengan dia?" Soal Harraz. Seperti acuh tak acuh juga. Datar saja nadanya.

Tuan Danial pula dah memandang tajam isterinya yang berada sebelahnya tu.

Salah bini dia lah ni, mood anak teruna seorang dia tu dah berubah. Memang ketara sangat.

Menyebut nama seseorang tu yang menyebabkan mood nya berubah. Dan mereka sekeluarga sudah faham dan cuba untuk tidak menyebut nama tu depannya lagi.

"Haa dia tak lama lagi berkahwin. 3 bulan lagi kot. Ibu dia bagitau mama." Jawab puan Humaira.

Selepas mendengar jawapan mamanya tu, dia mengangguk perlahan. Dia senyum. Senyum sinis. "Oh, good for her. Dapat juga kawin dengan lelaki yang sangat dia cintai kan?" Sinis saja dia menuturkan kata-kata tu.

Harraz memandang jam dinding yang berdepanan dengannya. "Dah pukul 10 setengah. Raz pergi bilik dulu ye. Nak tidur." Pamitnya dan menyalam tangan kedua ibu bapanya sebelum dia berlalu ke tingkat atas ke biliknya.

Hilang je kelihat Harraz, mereka anak beranak tu memandang ke arah puan Humaira dengan mata helang.

"Mama/sayang..." Seru mereka serentak.

Puan Humaira membulatkan matanya. "Apa?"

Kali ni Haffaz menepuk dahinya. "Mama... mama dah lupa ke apa terjadi antara diorang?" Tanya Haffaz agak panik.

Sifat antara Haffaz dan Harraz agak berbeza sebenarnya. Haffaz sifatnya agak dingin, kalau dengan keluarga tak lah, dia juga tak berapa banyak cakap, sebaliknya dengan kembarnya, Harraz. Harraz orangnya ceria, mesra alam, dan banyak cakap. Tapi bila mood Harraz betukar dan menjadi agak dingin, dia kadang gelabah juga akan kembarnya tu. Harraz kalau berubah mood jangan dibuat main.

Dan memang jarang sekali mood Harraz akan berubah. Tapi disebabkan hal tu, hmm berubahlah.

Kali ni pula puan Humaira menepuk dahinya. "Astaghfirullahalazim! Mama lupa! Allah..." Balasnya dengan cuak.

Tuan Danial menggelengkan kepalanya. "Taulah dah tua, tapi perkara ni tak patut sayang terlupa tau."

Puan Humaira membulatkan mata ke arah suaminya tu. "Excuse me?" Ujarnya dengan nada agak tersinggung dengan kutukan selamba suaminya.

Tuan Danial buat tak kisah je.

Haffaz, Huwainaa dan Hasif membuat muka malas mereka. Jangan nak mula dah.

Kekal SelamanyaWhere stories live. Discover now