Hadif geleng kepala. Aku lihat muka dia monyok semacam. Perhatian aku teralih apabila mendengar bunyi jeritan. Rupa-rupanya suara Era dan Amina yang teruja kerana ibu datang memberi ais krim.

Ibu pandang aku dan senyum.

Indah.

Aku balas dengan senyuman nipis sebelum ibu kembali masuk ke dalam rumah. Masih ada urusan lain untuk dibuat. Era dan Amina muncul semula depan aku. Mungkin nak menunjuk ais krim dorang dekat Hadif.

"Hadif... Look, ice cream!" Dah agak. Hadif beriak biasa saja dengan kerenah budak lapan dan tujuh tahun tu.

Aku selamba hulur tangan, mengarah Era agar memberi ais krimnya.

"Give me?" Aku berpura-pura baik. Dia bagi ais krim dia dengan wajah berharap aku tak makan banyak. Adalah satu kebiasaan bagi kanak-kanak di sini untuk dikenakan oleh seorang Munif.

Aku bagi ais krim tu kepada Hadif.

"Makan ni." Aku rasa satu kon ais krim mungkin boleh kembalikan wajah Hadif seperti sediakala yang, sentiasa ketawa dan tersenyum.

"But that is Era's ice cream!" Budak itu mula meradang.

"Eva mana?" Aku menyoal Amina tentang kembarnya si Era. Hadif menjilat ais krim yang diberi lepas ucapkan terima kasih dekat Era, bukan dekat aku. Huh, bijak budak ni.

"Baa!"

"Ei, fak!"

Sepasang tangan pendek tiba-tiba membelit tengkuk aku dari belakang. Takde cara lain ke nak kejutkan orang tua macam aku. Ba, ba... nasib baik dia kalau tak aku terlempar dah.

"Aduh... Ei lepas-lepas." Aku bagi pandangan tajam dekat Eva.

"Taknak... Abang Munif kena buat push up. Macam hari tu!" Lengan kecil Eva mencekik aku.

"Cepatlah..."

"Hisy..." Untuk kesihatan badan, aku mengalah juga. Aku duduk atas tanah dalam posisi nak buat push up. Eva di atas belakang badan. Sengaja budak ni.

"Go, big horsey!"

Satu lagi bebanan naik atas belakang aku. Aduh, si kembar ni. Nak lempang kan takut terbunuh pulak.

Satu, dua, tiga, empat...

Tapak tangan aku melekap atas lantai. Lengan dibengkokkan kemudian diluruskan. Badan aku turun dan naik. Berulang kali.

"Forty! Forty one, forty two..."

"Eva lost count!"

Cukup lima puluh, aku berhenti. Aku bangun melutut sehingga Eva dan Era terjatuh ke belakang. Heh, padanlah muka dorang.

Aku terus diserang.

"Abang Munif, ada orang call." Kata Hadif seraya menghulurkan telefon aku. Aku terus tolak dua orang budak yang tengah cucuk-cucuk badan aku dengan jari dorang.

"Hello, ha asal?"

"Bro, Karina is here."

Aku berkerut. "Huh?"

Snow Witch and The Bitch.Where stories live. Discover now