Ihwal د

629 46 9
                                    

Akibat terkejut yang amat dasat, Mira segera melepaskan diri dari pelukan Eksan.

Sepantas kilat Mira mencangkung gaya spiderman, lalu meluruskan kaki kanan. Kaki kanan Mira berpusing 180 darjah dan mengait pantas kedua kaki 'patung' itu.

Semuanya berlaku terlalu pantas buat Eksan. Dia jatuh terbaring tanpa sempat menyedari serangan Mira, mukanya mencium lantai agresif.

"Holy shit, sssttt..." Dia mendesis sakit, Eksan meringkuk lemah, dia mengusap pipi yang rasa pijar.

Mendengar carutan perlahan Eksan menyedarkan Mira atas serangan drop spin kick yang baru sesaat dia lancarkan.

Mira menutup mulut, dia berkerut melihat tubuh sasa Eksan terlentang.

Ouch, mesti sakit!

"Ya Allah, Elsa! Sorry-sorry!" Mira berjalan menjengket kaki menghampiri Eksan. Suara terkejut Mira menarik perhatian Hazim, laju adik pungut Mira berlari menyerbu ruang dapur.

Tubuh terbaring Eksan dan Mira yang berkerut mendatangkan beberapa lapisan di dahi Hazim. "Kak Mira?"

Mira angkat muka, wajahnya mendung penuh rasa bersalah pada Eksan. Mangsa terbaru Mira.

"Hazim... Akak tak sengaja, sumpah! Dia-" tekak Mira tercekik sesuatu. Hazim menunggu Mira menyusun ayat.

"Dia-" Mira menunding jari pada Eksan yang sudah bangun lemah. Tersekat-sekat nak menceritakan kejadian asal.

"Salah saya pulak?" Eksan merenung nakal Mira, langsung tersenyap kakak kesayangan Hazim. Dia hanya selamatkan Mira dari pisau saja, boleh pulak gadis itu mengelamun melihat warna matanya tadi.

Eksan membetulkan renyuk baju.

"Tak-tak ada apalah..." Akhirnya darah merah panas menyerbu wajah Mira, dah jadi tomato cheery. Mira putus asa. Hazim tak akan faham.

Tap!

Semua memandang setitik darah likat di atas lantai dapur.

Tap!

Lagi sekali. Mira mencari punca darah. "Eksan dahi kau!"

Eksan menyentuh dahi yang tiba-tiba rasa berdenyut. Dia tergelak kecil, dahinya luka. Mungkin kerana melindungi Mira, pisau itu menghiris kulit dahinya.

"Hazim bawak Eksan ke klinik!"

......

Mira dan Hazim menunggu di luar kerusi. Manakala Eksan masih dirawat di dalam bilik doktor, bibir Hazim mencebik.

Kecedaraan Eksan bukan parah sangat pun, kak Mira gelabah teruk. Dia marah Hazim sebab biarkan Eksan jalan sendiri.

Si Eksan tu boleh jalan lagi, kaki dia tak patah dua!

Krekkkkkk..

Mira angkat kepala, dia bangkit menuju kedudukan Eksan yang baru keluar bilik doktor sambil menahan pintu. "Thanks doc, ahaha ye. Next time saya lebih berhati-hati." Eksan masih bersembang dengan doktor.

"Eh takpa darling, kalau luka lagi datang je klinik saya. Kami akan treat awak dengan layanan high class." Mira jadi patung di balik daun pintu.

Wah-wah, ini nak rawat pesakit ke nak menggatal cuci mata? Berasap telinga, nak kena bukak gelanggang gusti dekat klinik kalau macam ni.

Tak ada orang lain ke nak mengorat? Mentang-mentang patient helok gini, segala bulu roma kau menggeletis ye.

"Tak apa doc, sekejap je nanti oklah luka saya." Eksan garu kening yang tak gatal, lain macam panggilan doktor Siti. Cantik orangnya tapi Eksan rasa seram.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The parfait Where stories live. Discover now