Ihwal خ

444 46 5
                                    

"Jadi itu yang berlaku pada rumah ni?" Respon Eksan selepas mendengar cerita dari Hazim.

"Ya, itulah yang jadi..."

"Anak makcik tu memang baik sebab tu dia jaga makcik france tu.." sampuk Mira dengan nada tinggi.

"Kau orang pernah jumpa Mai?" Berlapis dahi Mira, soalan Eksan macam sesuatu sungguh.

"Tak..." Mira jawab lambat-lambat.

"Oh, mesti Mai tu cantik..." hati Mira dijentik satu rasa mendengar pujian itu.

Tangan menggepal penumbuk, belum jumpa lagi dah kata cantik. Lelaki semua sama, macam ni lah!

"Cantiklah sangat, selipar aku lagi cantik. Nak bandingkan aku dengan selipar, aku macam miss universe. Cantik, comel, baik, pandai mengemas, masak pun boleh." Omel Mira perlahan.

Wajahnya Mira juga cemberut. Selipar yang tersarung pada kaki Mira tenung.

"Apa Mira? Awak kata apa?" Soalan diajukan Eksan.

Mengomel pun comel, terherot-herot bibir tak puas hati. Ada bau-bau orang jeles.. saja Eksan puji Mai.

"Oh aku kata taik lembu makcik Jamilai Jantan tadi rasa nak muntah." Mira pura-pua gosok perut mengandungi juadah sarapan yang dibelikan Hazim.

"Eh akak nak muntah? Akak ok tak?"

Mira tatap muka Hazim, dia menutup mulut. Kemudian dia urut dada. Rasa lega sikit tengok adik pungut tunggal.

"Eh Mira, awak ok?" Kiri kanan kakak kesayangan Hazim ditelek.

Pelik, on the way tadi tak ada pulak jumpa lembu. Macam mana Mira boleh nampak taik lembu.

Mira menatap wajah risau Eksan, dia segera menutup hidung.

"Eh Mira, awak ok tak? Kalau nak muntah, muntah je."

Mira angguk. Isi perut rasa berlari berkejaran nak keluar dari mulut. Dia rasa seolah-olah...

"Jangan diingatkan rupa paras taik lembu makcik Jamilai Jantan tu-" tangan Mira mengibas udara.

Kembang hidung menghirup udara bersih. "Tak aku dah lupakan permukaan tahik tu, masalahnya..." Mira menyedut lagi oksigen serupa pesakit yang menggelupur kekurangan udara.

"Masalahnya, aku tengok kau Elsa, terus-"

Bluekkkk!

Mira memuntahkan segala ikan kari, ayam percik penyet, strawberry kukus, rebus, goreng dan lenyek.

Terbeliak mata Eksan, hampir dia terkena muntah Mira. Hazim mengusap belakang Mira.

"Tengok muka kau terus rasa nak muntah..." sambung Mira.

"Bukan itu je... Aku rasa nak terberak, terkentut, tercirit... semua ada." Mira beralih pandangan pada Hazim, makin lama dia di situ, makin kuat rasa-rasa aneh bin peliknya nak keluar.

Terburai gelak mengilai Hazim di situ. Dengan lakonan mantap Mira.

"Mira... awak ni kan.. huduh sangat ke muka saya?" Ujar Eksan terasa hati.

"Eh tak-tak tapi macam ya.. teringat tahik lembu makcik Jamilai Jantan."

"Mira Asena..."

"Ehem, dah-dah. Jom, kak Mira masuk dalam." Hazim menamatkan sesi cucuk mencucuk hangat ketahian antara Eksan dan Mira.

Masing-masing sama, menggedik.

"Hazim masuk dulu, jom kakak sayangggg. Kita kemas teratak Candra, meh-meh. Kalau lama-lama bukan nak membuang je, rasa buasir pun ada. Meletop usus besar kat sini.." Hazim senyum pada Eksan.

The parfait Where stories live. Discover now