Ihwal ت

611 60 14
                                    

Ternaik bahu Hazim dijerkah kuat  kakaknya. Baru dia ingat nak redakan ketegangan si kakak, lupa pulak dari tadi dia duk tergelak-gelak di balik tingkap sambil merakam telatah Mira bertarung dengan si ayam.

Agaknya Mira sedar tak?

"Kau pergi mana tadi?! Penat aku jerit nama kau, tekak aku nak pecah panggil nama kau! Tekak ni kalau ada jual dekat kedai serbaneka, dah lama aku beli. Buat spare part. Aku siap hadiahkan kau sorang satu!" Mira tunding jari pada Hazim...

"dengan kau sekali!" dan lelaki itu.

Aik, aku pun kena? Apa salah aku?

"Siapa suruh menjerit, kan dah sakit..." Sampuk lelaki itu mengusap kepala Marzipan Jajarul Kudin. Ter-menjawab pulak. Dia melepuk mulut sendiri.

Mulut derhaka dengan tuan.

"Apa kau kata pakcik?!" Menyinga Mira dibuatnya. Berasap dah tu hidung dia, kembang kempis mengeluarkan asap berkepol-kepol.

"Eh ada ke dengar apa-apa? Saya tak dengar apa pun." Dia menyambung merapikan Marzipan. Alah, buat-buat busy sudah.

Mira beralih pada Hazim. Muka macam nak telan Hazim seketul tu hidup-hidup.

"Kau kalau tak sayang kakak kau, pulangkan aku dekat ibu elok-elok. Perempuan bukan untuk disakiti, perempuan untuk disayangi. Dah la, aku nak balik rumah ibulah..." Kendur suara Mira.

Dia membuka kasut sambil tangan memicit bahu yang sakit. Mungkin cengkaman Marzipan dah membiru lalu bengkak. Itu yang rasa berdenyut.

"Tapi kak.."

"Apa tapi-tapi kau?!" Soal Mira lagi tinggi nadanya sebelum memgendur. Tahan sakit.

Pakcik tua sedar akan perbuatan Mira. Pasti ada luka di bahu gadis itu kerana cengkaman kuku Marzipan memang diakui kuat. 

Mesti sakit tu, duk terpegang-pegang...

Terdetik rasa kasihan dalam hati. Mesti kerja Marzipan Jajarul Kudin ni. Kuku Marzipan dia perhatikan.

Uishh, panjang! Boleh masuk world of record kuku terpanjang di dunia.

"Ibu kita sama, asal aku kena pulangkan  akak dekat ibu pulak? Akak pulanglah sendiri, kan ada kaki tu..." Usikan itu berjaya membuatkan Mira menarik muka layu.

Pagi tadi bukan main sayang Mira, sekarang terus lain. Ini mesti pengaruh rakan tak sebaya!

Itu!

Pakcik tua dengan ayam percik!

"Malas akak nak layan, bye. Kau layanlah pakcik tua tak sedar diri yang baru bangun dari kubur tu dengan ayam monopos tu. Aku tak kenal, atok siapa entah, dah siang,  matahari terpacak kat atas kepala baru nak balik dari pesta muda mudi..." Mulut Mira terkumat-kamit membebel geram.

"D-dia kata aku pakcik tua baru bangun dari kubur?" Ulang lelaki itu tak percaya. Punya helok dia, gagah perkasa macam badang..

Dia toleh pada Hazim. Meminta penjelasan lanjut, Hazim hanya senyum segaris.

Pakcik tua?

Pesta muda mudi?

Apakah?

Mira terus membawa diri masuk ke bilik rumah arwah tok. Plak lampu dia tekan. Cermin dituju. Tudung dibuka, baju bahu diselak ke bawah.

Ganas.

Ada dua lubang yang mula membiru, on the way nak berubah warna unggu. Upgrade sikit tahap kesakitan dia.

The parfait Where stories live. Discover now