Ihwal ث

613 50 3
                                    

Mira usap perut yang kembung penuh makanan. Masha Allah, memang sedap gila hidangan dekat restauran Aku Kawin Empat. Dapat pulak jejeka hot jahannam belanja, fuh memang kaw-kaw Mira makan.

Elsa- maafkan saya, nama beliau ialah Eksan...

Ha, Eksan tu pun tadah je bila Mira order. Dia senyum masa bayar semua makanan Mira, Hazim dan diri sendiri. Sampai ke telinga tau Eksan senyum.

"Baik." Sepatah perkataan yang Eksan ulang dari awal sampai hantar Hazim dan Mira ke rumah atok.

Nampak ikhlas dan sangat murni perbuatan Eksan. Mesti dalam hati dia banyak panjatkan kesyukuran kepada Illahi hadirkan sepupu yang ceria macam Mira.

"Thanks baby Elsa!" Terlekat pulak gelaran yang diberi Mira. Wajah Eksan pasrah dan reda.

"Saya sepupu kiranya, korang anak siapa? Anak mak nyah mana tadi?" Soal Eksan polos.

"Woi, mak njang lah abang Eksan oi! Bukan mak nyah, maknyah tu yang tepi jalan lambai-lambai lemah gemalai 50-50 tu!" Terang Hazim.

"Sorrylah, mana aku tahu beza maknyah tu siapa. Banyak sangat mak-mak sejak balik Selatan Hyurie ni." Perkara pertama yang hadir dalam fikiran Mira ialah...

'sejak balik Selatan Hyurie ni?'

Mira tak sangka Eksan tu sepupunya. Muka langsung tak ikut muka mak ngah Khadeja. Tak sepesen langsung, jauh beza.

Slang pun lain, Eksan agak pelat. Lagi satu, tubuh badan Eksan juga tegap, tinggi galah dan berkulit cerah.. berbanding mak ngah Khadeja yang kecik molek dan kulit sawo matang seperti Mira, nak kata ikut Pakngah pun bukan.

Pakngah tak tinggi macam tu.

Mira pun lagi tinggi dari Pakngah. Gen mereka bukan tinggi-tinggi. Hanya keluarga mak njang saja yang agak tinggi dari kalangan keluarga besar tok.

Memang ketara perbezaan mereka anak beranak. Dan tentang slang Eksan tu... Eksan baru pulang dari France, mungkin terlampau lama di sana jadi cakap terikut 'longhat' sana.

"Nama awak apa?" Terlontar soalan dari seulas bibir Eksan. Mira masih dalam zon lamunan.

"Awak?"

"Woi, nama apa!"

Mira mengurut dada, terkejut titew... Nasib tak bersilat tadi anak makngah ni kang. Taklah tinggi mana kesabaran anak makngah ni, heh.

Suam-suam kuku je.

"Termenung lagi... nama apa Mira?" Lembut soalan Eksan.

"Nama? Ooo..." Mira sembunyi senyum jahat. Timbul niat nak usik lelaki yang menanti jawapan di sofa hujung.

"Aku Anna." Mira senyum mengejek.

"Anna dan Elsa, awhh so sawit! Elsa kita ni saling melengkapi tau, awak ratu, saya adik ratu. Awak memerintah, saya membantah." Mira kenyit mata sebelah.

Eksan buat muka menyampah, dahla malu dia belum habis lagi. Tak habis-habis Elsa dari tadi.

"Mira, nama penuh awak apa? Takkan Mira sahaja?"

"Mira-"

"Saya tahu, nama awak Miranda kan?! Awak owner jenama minuman potong kaki tu kan? Manis gila minuman tu, tak elok untuk kesihatan." Awkward moment.

Kenapa Eksan tiru Mira Asena ni? Buang tebiat apa pulak dah?

Mira pandang Eksan atas bawah dengan muka selenge, bibir dicebik.

The parfait Where stories live. Discover now