𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟔

Mulai dari awal
                                    

Alfah Nurin berlari kecil ke arah mereka bersama Haedi dan Afiera di belakangnya. Belum sempat Nurin ingin menyentuh tangan Marissa, Qaswar lebih pantas menepis bersama jelingan tajamnya.

"Apa along ni!" Runggut Nurin.

Qaswar bangun dari duduknya. Haedi dan Afiera yang menyalami tangan uminya dikerling sekali. Sekali lagi tubuh Nurin ditolak supaya menjauh.

"Kau tak nampak yang bini aku tengah rehat." Marah Qaswar bersama suara yang dikawal.

Matanya tidak berhenti dari menjeling adik perempuannya. Tak bini, adik dia pun sama. Main terjah aje.

Puan Qaleeda geleng kepala. Alfah Nurin hanya mampu memutarkan bebola matanya ke atas. Kacau sikit pun tak boleh.

"Ye la.." Pasrah Nurin.

"Rissa dah sedar?" Soal Afiera pula. Matanya tidak lepas dari menatap sahabatnya itu. Lama. Hatinya masih risau dengan keadaan Marissa.

Qaswar mengangguk saja.

"Danish mana?" Soal Qaswar.

Afiera menunjuk ke arah luar tingkap. "Kat luar, saya singgah kejap untuk tengok keadaan Rissa." Balas Afiera.

Qaswar mengangguk lagi. Memberi ruang kepada Afiera untuk mendekati isterinya.

Haedi mengangkat kening beberapa kali bila matanya bersambung dengan pasang mata cantik dari Qaswar.

"Nak aku cabut kening kau ke?" Sinis Qaswar mendapat pukulan dari Puan Qaleeda.

Sedikitpun dia tidak mengadu kesakitan malah semakin menjeling Haedi yang masih tersenyum mengejek padanya.

"Cuba elok sikit mulut tu Al Qaswar. Nak jadi bapak orang pun, masih nak beremosi macam ni ke? Haedi ni perempuan, bukan Danish sampai kamu nak ugut macam tu." Tegur Puan Qaleeda. Tidak senang dengan sikap anak sulungnya itu. Bukan dia tak tahu yang Marissa pun pernah kena layan macam itu.

Haedi ketawa.

"Rissa taknak sedar ke? aku datang ni nak berkenalan-"

"Keluar!" Halau Qaswar.

Terjengkil mata Puan Qaleeda mendengar itu. Wanita tua itu tidak dapat tahan diri dari mengucap. Afiera hanya memandang tanpa kata sebelum kembali menyibukkan diri dengan menemani Marissa walaupun sahabatnya itu sedang tidur.

Tudung Marissa diperbetulkan sedikit. Setitis air mata yang mengalir tanpa sengaja kesat dengan laju. Sedih. Afiera berbisik bersama usapan pada bahu Marissa.

'Aku tinggal kau dengan Qaswar ya.. aku kena balik. Aku cuma ta..tak sanggup untuk tengok Marissa yang aku kenal lemah macam ini.' Bisik Afiera.

Lama dia merenung wajah pucat itu.

Setelah itu Afiera berganjak ke belakang. Tanpa disedar Afiera terus keluar dari wad yang menempatkan Marissa. Hanya sempat berpamitan dengan Alfah Nurin sebelum dia berlalu keluar sendiri. Puan Qaleeda masih lagi memarahi Qaswar. Sempat bibir Afiera mengukir senyum nipis. Marissa nampak ni, mahu gelak tak henti dia nanti.

"Astaghfirullahalazim! kamu datang bulan ke Al Qaswar?" Marah puan Qaleeda lagi.

"Umi.."

"Hahaha takpelah makcik. Saya gurau saja." Balas Haedi.

"Haih.. budak ni kalau tak ditegur. Haa macam ni lah, makin menjadi jadi. Entah apa jin apa yang rasuk dia sampai nak melenting macam tu."

'Singa benor.' Bisik Haedi.

"Alahan lah tu." Sampuk Nurin.

"Kau taktahu apa apa, baik diam aje." Bidas Qaswar. Nurin geleng kepala bersama mulut ternganga.

HELLO QASWARTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang