SECRET MAMA | T I G A

Začít od začátku
                                    

"Ada apa ni, Ezz?" Celah Irshad, serius. Mata menjeling sekilas kearah Aliyah.

"Awak!" Aliyah menundingkan jarinya kearah Irshad. Irshad menjungkit kening.

"Apa awak buat kat saya?! Saya kat mana ni?!" Pekik Aliyah.

"Kau ni, relaks dahlah. Aku tak buat apa-apa pun. Kau dah lupa ke apa jadi? Mana common sens kau? Terima kasih mana terima kasih? Aku dah selamatkan kau," bebel Irshad, malas.

"Selamatkan apa bendanya!" Ezz terpaksa menutup kedua belah telinganya akibat jeritan kuat dari Aliyah.

Uwek! Uwek!

"Kau tengok? Sebabkan suara puaka kau tu, anak aku dah bangun," Irshad meletakkan Farah ke dalam buaian yang tersedia di dapur itu. Dia kemudian terus membuat susu untuk si kecil itu.

"Kau jangan lupa, kau terjatuh dari tingkat dua dekat mall, disebabkan badan aku yang kebal ni, kau tak jadi cacat. Berterima kasihlah sikit," mendatar Irshad membebel. Aliyah mendengus perlahan.

"Kau nak makan apa-apa tak?" Soal Irshad mengerling sekilas kearah wajah gadis itu.

"Apa nama awak?" Soalan dibalas soalan.

"Mana etika kau? Kau patut perkenalkan diri kau dulu sebelum tanya nama orang," perli Irshad. Aliyah menjeling.

"Penting sangat ke?" Aliyah menayangkan riak menjengkelkan.

"Penting ke kau tahu nama aku?" Balas semula.

"Saya patut tahu nama orang yang dah culik saya," tegas Aliyah berkata.

"Pembetulan, selamatkan," Ezz yang masih setia di dapur itu sudah naik pening dengan pertingkahan kecil dari dua orang manusia itu. Malas mahu melayan, dia terus saja berlalu pergi.

"Omoo omoo omoo, come to papa, Farah.." Farah diambil kembali dan dibawa ke dalam dukungan untuk ke ruang tamu. Duduk saja diatas sofa, botol susu disuakan kearah mukut si kecil.

Aliyah hanya memerhati saja wajah Farah itu. Lama dia merenung si bayi menyusu. Sesekali dia mengerling sekilas kearah wajah Irshad.

"Asal? Kau kenal budak ni?" Soal Irshad, tiba-tiba. Cuak Aliyah mendengar soalan Irshad. Jantung mula memainkan irama.

"A..ap..apa awak mengarut ni?"

"Ke dia ni anak kau?"

"Hah? Bu..bukan," melihat renungan tajam dari Irshad membuatkam Aliyah tidak senang duduk. Dia mengalihkan pandangannya dari bertembung dengan sepasang mata helang itu.

"Irshad. Tuan Putera Irshad Fahim," Aliyah menayangkan wajah blur.

"Hah?"

"Nama aku,"

"Ouh, tapi kenapa sama dengan nama–"

"Iman adik aku," Aliyah diam.

"Kau?"

"Apa?"

"Nama kau?" Irshad cuba bersabar dengan sifat Aliyah yang kuat 'blur'

"Aliyah," jawabnya ringkas.

"Nama penuh tak ada ke?" Soalnya menyampah. Aliyah berdecit.

"Aliyah Nur Farahin. Dah, puas?" Irshad menjeling menyampah. Mata kembali memandang kearah wajah si cilik Farah. Aliyah juga turut memandang kearah Farah.

"Dari tadi kau tenung dia, kenapa? Nak dukung?" Soal Irshad. Aliyah memandang kearah wajah Irshad seketika sebelum dia menggeleng.

"Saya cuma musykil. Dia anak awak ke? Tak sama pun muka. Tapi mata dia adalah.. sikit, mana ibu dia?" Soal Aliyah, ingin tahu.

Irshad menayangkan wajah toya. Cukup menyampah dengan orang yang banyak tanya ni.

"Dia tak ada ibu," jawab Irshad, malas.

"Anak angkat?" Pantas Irshad memandang kearah Aliyah.

"Macam mana kau tahu?" Berkerut dahinya seketika.

"Dah kalau dia tak ada ibu, mestilah anak angkat, tak pun anak buah. Tak akan anak luar nikah pula kan?" Aliyah mengalihkan padangannya kesisi.

"Ya," Irshad kembali menyusukan Farah. Sesekali matanya menjeling sekilas kearah Aliyah.

"Kau tahu aku siapa?" Soal Irshad, serius.

"Mestilah manusia," selamba Aliyah menjawab. Irshad mengetap rahangnya menyampah.

"Kau ingat tak apa yang berlaku semalam?" Soal Irshad pada gadis berambut panjang itu.

"Ingat, sikit."

"Jadi kau tak nak pelik?"

"Pelik apa?"

"Aku kena serang,"

"Kena serang je, kan? Tak membunuh pun. Bacok, saya nak balik," Aliyah bangun dari duduknya. Rambut di ikat sanggul.

"Pergilah," balas Irshad, dingin. Aliyah hanya diam berlalu pergi.

"Liyah, kau nak balik dah ke?" Soal Iman yang baru saja turun dari tingkat atas.

"Ada nampak macam I baru nak masuk ke?" Mendatar Aliyah menjawab.

"Jom aku hantar kau pulang," Irshad hanya memandang kearah Iman yang berpakaian jaket kulit yang berwarna coklat itu berlalu pergi.

Pergi saja dua orang manusia itu, Irshad kembali merenung wajah Farah. Seketika otaknya seakan berhenti berputar. Kejap.

"Kejap, tadi aku tanya dia kenal atau tak, dia jawab tak. Tapi kenapa cara cakap dia macam tahu aje aku bukan bapa budak ni?" Soal Irshad, sendiri.

KERETA dipandu menyusuri jalan raya yang renggang tika ini. Aliyah diam memandang keluar tingkap manakala Iman sibuk memandu.

"Tak pernah tahu pun you ada abang?" Aliyah menoleh kearah Iman dengan dahi yang berkerut.

"Lah, normal, kan aku ada abang?" Iman juga turut berkerut dahi. Berpura-pura innocent.

"Kenapa?" Soal Iman setelah beberapa minit Aliyah mendiamkan diri.

"Tak ada apa,"

"Kau minat dia ke?" Iman menyoal malas.

"Tak. Dahlah annoying, menyampah." Balas Aliyah, menjegilkan matanya malas.

"Ouh baguslah,"

"Kenapa bagus pula?"

"Sebab aku suka kau."

Tbc
[1261 words]
[16/3/2023]

04 | Secret Mama (hold on)Kde žijí příběhy. Začni objevovat