SECRET MAMA | S A T U

Start from the beginning
                                    

Jejaka yang berketinggian 185 CM ini berusia 28 tahun. Di dunia perniagaan, dia hanya dikenali sebagai Fahim yang bekerjaya. Khabar angin mengatakan dia hanya sebatang kara kerana keluarganya mati terlibat dalam kemalangan.

Identiti Iman amat penting untuk dijaga dalam kumpulan Danger Black memandangkan dia seorang anggota polis untuk membantu mereka. Untuk 5 tahun ini, masih tiada siapa tahu tentang mereka.

Selesai menyiapkan bayi bernama Farah itu, mereka berlima terus saja mengambil tempat disofa ruang tamu. Ezz dan Azyiel awal-awal lagi sudah terbongkang diatas karpet berbulu diruang tamu itu. Manakala Aydhan masih lagi menyedut air kotak namun berperisa lain.

"Kenapa beria sangat nak ambil budak ni?" Soal Azyiel, penat.

"Entahnya, tak pernah pagi-pagi buta macam ni semua orang riuh, memekak, tiba-tiba harini semua macam terencat," kata Ezz pula.

"Bukan ke baby pembawa rezeki?" Soal Aydhan, polos. Dia kembali menyedut minuman.

"Diam Ayd kalau tak nak makan kaki size 50," jawab Azyiel, malas.

"Bisinglah kau orang ni, bermasalah ke kalau aku ambil budak ni?" Soal Irshad, bengang. Mata dijegilkan keatas.

"Memanglah! Kau dahlah suruh kita orang yang cucikan najis dia, lepasni makan siapa nak bagi?" Rungut Azyiel.

"Mati kebuluran jelah, mana ada orang pandai masak dalam rumah ni," jawab Aydhan, selamba.

"Kan aku dah belikan makanan dan minuman khas dia, siap bagi formula lagi, kau orang je yang malas nak usaha," bebel Irshad.

"Satu lagi masalah Shad," Ezz bersuara kembali.

"Apa?"

"Siapa nak jaga budak ni waktu kita semua kerja?" Soal Ezz, serius.

"Tak apa, Aydhan boleh jaga sementara. Dia kan tak kerja," balas Irshad, tenang.

"Siapa nak jaga dia masa kita jalankan misi?" Soal Ezz lagi. Irshad memandang kearah Iman. Iman menggelengkan kepalanya perlahan tanda dia tidak boleh menjaganya.

"Aku hantar ke rumah pengasuhlah," balasnya lambat-lambat.

"Lepas kejadian dulu, kau nasih percaya orang luar untuk jaga budak ni?" Provok Ezz. Irshad terdiam.

"Kenapa kita nak kesah pasal budak ni? Dia bukan seaiapa pun," kata Azyiel, mendatar.

"Dia anak angkat aku," balas Irshad, tegas.

"Yelah, Shad. Yelah," Azyiel mengalah. Suasana diruang tamu itu kembali sunyi sepi.

"Apa nama dia?" Setelah 10 minit mendiamkan diri, akhirnya suara emas milik Iman kedengaran.

"Ouh ada rupanya budak ni," kata Aydhan, mengejek. Iman hanya mendiamkan diri.

"Farah," jawab Irshad, lambat-lambat.

"Tak akan Farah je?" Soal Iman. Irshad diam memandang kearah bayi tersebut. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"Hello, okey, princess, Now you can call me papa,"

"Nama papa, Irshad Fahim, nama princess, Tuan Puteri Farah Irdina, papa tambah sikit tak apa kan?" Katanya lembut sambil mengelus pipi gebu bayi tersebut.

"Hello Tuan Puteri. Iman," Iman memperkenalkan dirinya sambil menyentuh dahi bayi tersebut.

"So, sekarang kau akan jadi papa dia lah?" Soal Aydhan, ingin tahu. Irshad mengangguk.

"Sebenarnya more kepada mama actually," kata Azyiel, tiba-tiba. Kesemua mata memandang kearahnya dengan pandangan yang tertanya-tanya.

*****

UWEK! Uwek! Uwek!

Kelam-kabut Irshad yang sedang membuat kerja pejabatnya apabila mendengar suara tanggisan Farah Irdina. Lantas kaki menghampiri bayi tersebut.

"Shhh, kenapa ni sayang?" Soal Irshad, cemas. Sejujurnya, dia tidak pernah menjaga bayi. Setakat mandikan macam tu bolehlah.

Lagi dipujuk, lagi kuat si cilik Farah Irdina menangis, naik pusing kepala Irshad kebingungan ingin melakukan apa. Dia terus saja membawa Farah ke meja kerjanya. Laptop yang sudah sedia terbuka itu didekatkan. Youtube dibuka.

Tangan laju menype 'cara menidurkan baby yang menangis'

Scroll punya scroll, akhirnya dia terjumpa sebuah lagu. Tanpa berfikir apa dia terus saja memainkan video tersebut. Tanggisan Farah mula mereda. Irshad menghela nafas lega.

Kriukk~

Bunyi yang berasal dari perutnya itu dipandang. Baru dia teringat dia tidak memakan apa-apa pun harini. Sibuk sangat dengan kerjanya. Farah yang kejap-kejap ingin susu lagi.

Perlahan-lahan tubuh Farah yang sudah tertidur itu diletakkan diatas katil sebelum dia terus saja melangkah keluar dari bilik tidur. Dapur dituju.

Sekeping roti dicapai sebelum dibakar. Sementara menunggu, matanya mengerling sekilas kearah jam yang tergantung.

6:45 minit petang. Kejap lagi mesti Ezz, Azyiel dan Iman pulang dari kerja. Hanya Aydhan yang tidak bekerja. Namun hairan, duit lelaki itulah yang paling berkepuk-kepuk. Mana dia dapat agaknya ya?

Irshad meletakkan tangannya ke dagu. Berfikir bagaimana Aydhan boleh menghasilkan duit tanpa bekerja. Sedangkan jejaka itu pemalas nak mati.

"Kau termenung ni mesti fikir pasal aku kan?" Tersentak Irshad dengan sapaan tersebut. Matanya mengerling sekilas kearah Aydhan yang baru saja duduk diatas kerusi berhadapan dengannya.

"Tak," jawab Irshad, menipu. Padahal dia memang sedang terfikir bagaimana jejaka dihadapannya ini boleh mendapatkan duit.

"Cakap jelah, apasal?" Soal Aydhan, ingin tahu.

"Macam mana kau boleh dapat banyak duit eh? Kau kan tak kerja?" Terluah juga soalan dari mulut Irshad.

"Ouh kau nak tahu ke rahsia teragung aku tu?" Soal Aydhan menjungkit kening. Irshad mengangguk.

"Aku.." Irshad menjungkit kening.

"Aku.."

"Aku?"

"Aku buat.."

"Kau buat apa setan? Kau nak kena maki ke? Kalau nak kena maki cakap je wey, jangan provok," kata Irshad, bengang.

"Hahaha, yelah-yelah. Betul kau nak tahu?"

"Yalah setan,"

"Rahsia dia ni.." Aydhan mendekatkan mulutnya ke telinga Irshad sebelum dia membisikkan sesuatu.

"Jaga lilin, babi ngepet," bisiknya sebelum dia tertawa besar dan berlalu pergi. Irshad menayangkan riak bengang. Sial punya member.

Roti yang sudah siap dibakar itu diambil. Tidak sempat ingin meletakkan toping. Farah sudah memanggil dirinya naik keatas.

Haih.. mungkin betul dia akan menjadi mama. Bukan papa.

Tbc
[1412 words]
[13/3/2023]

04 | Secret Mama (hold on)Where stories live. Discover now